08 Januari 2015

Penilaian Duit Syiling - Asas (Coin Grading)


Home

Duit syiling edaran lazimnya dibahagikan kepada dua ketegori iaitu:

1. Syiling tidak diedarkan (Uncirculated Coin)

  • Jenis syiling "tidak diedarkan" adalah syiling yang telah disimpan setelah ianya baru mula diedarkan. Ada kalanya jenis ini masih boleh dijumpai di dalam edaran dengan beberapa kesan kecalaran yang minimum. Ianya akan memiliki penampilan dan penempaan sama seperti ianya ditempa dan tanpa sebarang kesan atau bukti kehausan padanya. 
  • Jenis ini tidak semestinya sempurna kerana kesempurnaan sesuatu syiling tergantung pada PLANCHET ianya ditempa dan juga kekemasan proses penempaan itu sendiri. Bukan sesuatu yang mudah bagi kita menjumpai jenis yang 100% sempurna dari segi PLANCHET sehingga proses penempaan. Namun ianya tidak mustahil jika anda telah memahami cara penilaian dan rajin mencarinya.

2. Syiling telah diedarkan (Circulated Coin)

  • Jenis syiling "telah diedarkan" adalah syiling yang telah memasuki edaran dan telah memiliki kesan dan bukti kehausan atau tahap kecalaran yang melampaui batasannya. Sebulan di dalam edaran pun sudah mampu untuk menghauskan butiran pada duit syiling. Mungkin ianya tidak kelihatan pada mata kasar namun bantuan kanta pembesar dan teknologi pada hari ini mampu mengesannya. 
  • Kehausan pada butiran syiling adalah bukti ianya telah diedarkan.

Penilaian gred duit syiling pada awalnya digunakan untuk syiling berkomposisi emas (gold), perak (silver) dan tembaga (copper). Peredaran masa dan kos tinggi bukan hanya telah terhadkan saiznya mala penggunaan logam-logam tersebut juga telah diubah kepada logam atau campuran logam yang lebih murah seperti Tembaga, Aluminium dan Keluli tahan karat (stainless steel). 

Namun penilaian gred lama terus dikekalkan sehingga ke hari ini dan dinilai mengikut saiz dan komposisi logam sesuatu syiling mengikut kondisinya.

Terdapat dua jenis penilaian yang telah diamalkan dan diguna-pakai oleh pengumpul tempatan sehingga ke hari ini iaitu sistem British dan USA. Kedua-dua sistem ini masih relevan dan semakin popular di kalangan numismatis.


Penilaian duit syiling mengikut sistem British

Penilaian gred duit syiling (coin grading) terawal yang diguna-pakai di Malaysia sebenarnya bersandarkan pada skala yang biasa diamalkan di British iaitu penilaian gred tanpa pernilaian bernombor (Numeric).


Penilaian duit syiling mengikut sistem USA

Penilaian bernombor (Numerik) 1 hingga 70 adalah sistem penilaian duit syiling yang diamalkan di Amerika Syarikat. Kini ianya menjadi semakin popular di kalangan numismatis Malaysia. Ini kerana terdapat beberapa syarikat penilaian duit pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan profesional seperti NGC dan PCGS. Syarikat-syarat tersebut berasal daripada USA maka penilaian mereka berasaskan pada sistem penilaian numerik 1 hingga 70. Anda boleh membaca berkait sistem numerik yang diamalkan oleh USA di sini




Butiran (detail) yang terdapat pada syiling Malaysia


  • Butiran Utama (Device) : Simbol/Lambang/Tulisan/Potret besar pada syiling tersebut. Biasanya mewakili motif atau tema ianya ditempa.
  • Butiran Kecil (legend) Simbol/Lambang/Tulisan/Potret kecil pada syiling tersebut. Biasanya mewakili keterangan berkait syiling tersebut seperti nama negara, slogan, nilai muka dan tahun.
  • Jejari (Rim) : Rim adalah jejari mengelilingi syiling. Pada umumnya posisi RIM lebih tinggi berbanding butiran lain demi melindungi permukaan dan butiran pada syiling. 
  • Permukaan (Field) : Field atau permukaan syiling adalah kawasan yang tidak memiliki sebarang butiran penempaan.

Asas Penilaian Gred Duit Syiling

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...