22 April 2018

Duit Syiling di Dalam Edaran Pada 31 Disember 2017



Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 31hb Dis 2017 dan berikut adalah angka dan jumlah berkait duit syiling yang berada di dalam edaran pada suku ke-4 2017.

Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  31hb Dis 2017.

Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
30 Jun
31 Dis
Keterangan
2017
2017
1   Sen
43,322,716
43,318,587
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
193,084,125
198,487,778
Termasuk Siri 1,2,3.
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.

10 Sen
739,251,037
758,900,219
20 Sen
960,199,189
987,649,054
50 Sen
1,077,780,240
1,118,762,302
RM   1
32,577,503
32,508,876
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,716,280
9.716,280
RM 10
3,102,810
3,142,350
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM 15
1,423,515
1,423,515
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM 25
14,879,325
14,879,250
Keluaran RM20 sejak
19 Januari   1976 &
RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
12,811,125
12,901,500
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,772,850
12,772,800
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
3,122,469,215
3,206,294,730
Numiscat
RM

* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 

Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

15 April 2018

Wang Kertas di Dalam Edaran Pada 31 Disember 2017




Ramai pembaca numiscat bertanya  dan menanti maklumat berkait jumlah matawang di dalam edaran. Ada juga pembaca sangsi dan ingin tahu dari mana kami mendapatkan maklumat berkait tulisan kami. 

Ianya agar sukar bagi kami untuk menerangkan dan kongsi segala punca berita kami namun, segala maklumat yang kami kongsikan berkait jumlah mata wang di dalam edaran adalah hasil maklumat yang kami perolehi daripada pihak BNM.

Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada suku keempat (31hb Dis) 2017.

Jumlah Wang Kertas di dalam edaran
Denom
30-Jun-17
31 Dis 2017*
RM 1
2,602,069,607
2,262,153,320
RM 2
125,942,030
125,832,010
RM 5
2,312,655,950
2,014,247,235
RM10
5,930,448,520
5,165,623,370
RM20
2,862,364,960
2,815,266,800
RM50
46,373,463,300
44,811,091,815
RM100
41,882,436,875
43,075,894,425
RM500
74,746,500
74,749,500
RM1000
24,447,000
24,429,000
Total  RM
102,188,574,742
100,369,287,475
*Pelarasan Tunai dalam transit.

(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. 

Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan nilai tambahan untuk wang tersebut.

Nantikan perkongsian berkait jumlah duit syiling di dalam edaran  dalam masa terdekat.

08 April 2018

Malam Anugerah Numismatik Malaysia 2017




Kelab Warisan Numismatik Malaysia telah mengadakan "Malam Anugerah Numismatik Malaysia 2017" yang ke 6 pada 7 April 2018 di Hotel Shahzan Inn, Kuantan, Pahang. Berikut adalah ringkasan pada majlis tersebut..  


Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM) telah menandatangani MOU dengan Universerti Malaysia Pahang (UMP) untuk mengadakan pengajian Diploma Eksekutif Numismatik.
 

Sebagai rekod untuk semua pembaca, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang memiliki pengajian numismatik yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara KWNM dan UMP.


Majlis pelancaran buku numismatik "Mengenalpasti Ketulinan Mata Wang". Buku ini ditulis oleh En.Ahmad Nasyuddin bin Ismail




Sebanyak 10 peserta daripada seluruh Malaysia telah dipilih oleh jawatan kuasa pemilihan untuk menerima Anugerah Khas Numismatik Malaysia 2017 .




Matawang Penjajahan Jepun -Dr.Dazmin bin Daud


Penulis Buku Rubber Coupon -Mr.Saran Singh (Mr.Dickson menerima bagi pihak)


Penulis Buku Error Coin --En.Ahmad Azhan bin Umat


Kepimpinan Muda Numismatik-En.Mohd Zulkhairi bin Ibrahim

Kepimpinan Muda Numismatik-Mr.Yogagajakumaran A/L Thirunaman


Penulis blog Numismatik -Mr.Ravi Soo


Penganjur Pameran dan Jualan Numismatik - Mr.Lim Syh Liang


Rakan Niaga Numismatik-En.Md Rezauddin bin Ayob


Aktivis Veteran Numismatik-En.Salleh bin Mat Tahar


Kelab Facebook Numismatik -Kelab Numismatik Malaya




Tahniah kepada semua penerima Anugerah Khas Numismatik Malaysia 2017.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...