31 Januari 2015

MYCC1977b: 20 Tahun Merdeka



MYCC
1977b
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
30 Ogo
1977
20 Tahun Merdeka
20th Anniversary of Independence Day

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun yang ke 20 sambutan Hari kemerdekaan Malaysia.

 
Bahagian Hadapan
  • Imej potret DYMH Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.
  • Perkataan "TUANKU ABDUL RAHMAN" dan "MALAYSIA"

Bahagian Belakang
  • Imej Jata Negara
  • Perkataan "20 TAHUN MERDEKA"
  • Tahun 1957-1977
  • Nilai Muka Duit Syiling : SATU RINGGIT


Ramai keliru dan tidak sedar bahawa Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman adalah dua individu berbeza dan ramai hanya kenal dengan "Abdul Rahman" Perdana Menteri Pertama Malaysia. Syiling ini mampu memberi pendedahan kepada mereka bahawa "Abdul Rahman" pada duit syiling ini adalah Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman. 

Duit syiling ini cukup unik serta tersendiri dan wajib dimiliki oleh semua numismatis dan pendatang baru atas faktor berikut:
  • Memiliki potret Tuanku Abdul Rahman.
  • Denominasi (nilai muka) ditulis dengan perkataan.
SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1977b
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Tebal
(mm)
NP
Normal Pruf
Kupro-Nikel Pruf
Copper-Nickel
(Cu75Ni25)
Satu
Ringgit
3,100
16.80
Diameter
33.40
NBU
Normal BU
Kupro-Nikel BU
Copper-Nickel
(Cu75Ni25)
500,000
Tebal
2.50
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat  | Round
Kilang
Franklin Mint, Amerika Syarikat

Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












MYCC1977c: 100 Tahun Getah Asli



MYCC
1977c
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
2 Jul
1977
100 Tahun Getah Asli
100th Anniversary of Natural Rubber

Anak getah spesis Hevea Brasiliensis telah di bawa dari negara Brazil pada tahun 1877 dan penanaman getah secara komersil bermula pada tahun1902. Secara berperingkat, getah asli telah menjadi  pendapatan utama dan industri besar di Malaysia sebelum kewujudan getah tiruan.  Untuk memperingati peranan dan sumbangan getah asli pada negara, Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan 100 getah asli bertapak di Malaysia.

100th Anniversary of Natural Rubber

Bahagian Hadapan
  • Imej Logo samputan 100 Tahun Getah Asli (sebatang pohon getah yang sedang ditoreh) dengan berlatar belakangkan globe dunia berserta dengan molekul
Bahagian Belakang
  • Perkataan "SERATUS TAHUN GETAH ASLI" dan "MALAYSIA"
  • Tahun 1877-1977
  • Nilai Muka Duit Syiling : $1
SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1977c
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Tebal
(mm)
NBU
Normal BU
Kupro-Nikel
Copper-Nickel
(Cu75Ni25)
$1
500,000
16.80
Diameter
33.40
Tebal
2.50
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat  | Round
Kilang
Kilang Wang BNM, Shah ALam

Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...