17 April 2019

Duit syiling di dalam edaran pada 31hb Dis 2018



Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 31hb Dis 2018 dan berikut adalah angka dan jumlah berkait duit syiling yang berada di dalam edaran bagi ke-empat-empat suku bagi 2018.

Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  tahun 2017.


Jumlah Duit Syiling di dalam edaran (RM Juta)
Denom
31 Mar
2018
30 Jun 2018
30 Sep 2018
31 Dis
2018
Keterangan
1   Sen
43.3
43.3
43.3
43.3
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
200.8
204.0
207.6
211.3
Termasuk Siri 1,2,3
10 Sen
768.5
779.1
789.3
798.7
20 Sen
1,000.9
1,015.5
1,030.0
1,043.5
50 Sen
1,139.4
1,161.2
1,182.3
1,203.0
RM   1
32.5
32.5
32.5
32.4
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9.7
9.7
9.7
9.7
Lain2
65.7
65.7
65.7
65.7
Selain dari denom yang tersenarai di atas
Total
RM
3,260.80
3,311.00
3,360.40
3,407.60
Numiscat
* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.
Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 


Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh tulisan kami berkait mata wang di dalam edaran sejak 2014

Lelongan Ke-8 Wang Kertas Malaysia Dengan Nombor Siri Istimewa



Bank Negara Malaysia bakal melelong 193 lot wang kertas Malaysia dengan nombor siri istimewa seperti nombor tangga (Ladder numbers), nombor kecil (low numbers) dan nombor penuh (Solid numbers).


Berikut adalah butiran acara lelongan tersebut:

Tarikh                 : 27 April 2019
Masa                   : 10:30am
Pendaftaran        : 8:30am
Venue                 : Auditorium, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia
Sesi pertama       : 10:30am
Sesi kedua          : 12:30am
Online Bidding  : www.best2bid.com

Nota : Bayaran tunai pada hari lelongan adalah dilarang

(STRICTLY NO CASH SETTLEMENT ON PURCHASE DURING AUCTION DAY.
***ONLY ONLINE TRANSFER / DEBIT / CREDIT CARD / BANK DRAFT ACCEPTED***)

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi :
017-400 6661
enquiries@mnp.com.my

14 April 2019

Wang Kertas di Dalam Edaran Pada 31 Dis 2018

Home




Agak lama kami menyepi  dan tidak dapat mengemas kini berkait jumlah wang di dalam edaran. Sudah pasti anda tertunggu-tunggu dan terus menanti di luar sana kan?.

Saya harap ramai sedar akan isu-isu semasa yang berkait rapat dgn BNM dan juga numismatik tempatan. Banyak perkara telah dan sedang diubah mengikut keperluan semasa. Maka kami juga terhalang dan terpaksa mengambil masa untuk kembali mendapatkan maklumat untuk berkongsi dengan anda semua.


Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi untuk ke empat-empat suku bagi tahun 2018.

Jumlah Wang Kertas di dalam edaran (RM juta)
Denom
31 Mar
2018
30 Jun 2018
30 Sep
2018
31 Dis
2018
RM 1
2,398.2
2,737.4
2,489.5
2,402.2
RM 2
125.8
125.7
125.7
125.7
RM 5
2,273.5
2,510.4
2,246.9
2,177.8
RM10
5,805.9
5,995.1
5,439.4
5,413.1
RM20
2,877.0
3,079.5
2,863.6
2,915.7
RM50
45,209.3
46,118.8
43,638.1
45,365.3
RM100
44,576.2
45,358.6
43,617.2
44,434.1
RM500
74.7
74.7
74.7
74.7
RM1000
24.4
24.4
24.4
24.4
Lain2*
6.5
7.0
7.8
7.8
Total  RM
103,371.5
106,031.6
100,527.3
102,940.8
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan
*Lain2 mewakili denominasi selain di senarai di atas.


(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. 


Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan nilai tambahan untuk wang tersebut.

Senarai duit syiling di dalam edaran akan menyusul dalam masa terdekat.

Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh tulisan kami berkait mata wang di dalam edaran sejak 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...