Coin Card Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga |
Duit syiling siri 3 lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling siri baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Duit syiling siri ketiga mula diedarkan pada 16 Julai 2012.
Berikut adalah senarai tahun dan jumlah tempaan bagi semua denominasi duit syiling siri ketiga.
Jumlah Tahun dan Jumlah Tempaan Siri 3
(Keunikan Malaysia)
Jumlah di dalam unit Juta keping
|
|||||
Siri 3
|
5 SEN
|
10 SEN
|
20 SEN
|
50 SEN
|
|
Berat grm
|
1.72
|
2.98
|
4.18
|
5.66
|
|
Diameter mm
|
17.78
|
18.80
|
20.60
|
22.65
|
|
Tebal mm
|
1.0
|
1.5
|
1.7
|
1.9
|
|
Komposisi
|
Stainless
Steel
|
Stainless
Steel
|
Nickel
Brass
|
Nickel
Brass
Clad
Copper
|
|
2011
|
500,000
|
500,000
|
500,000
|
500,000
|
|
2012
|
|||||
2013
|
|||||
2014
|
|||||
2015
|
|||||
2016
|
|||||
2017
|
|||||
2018
|
|||||
2019
|
|||||
2020
|
|||||
2021
|
|||||
2022
|
|||||
2023
|
|||||
2024
|
|||||
2025
|
|||||
2026
|
|||||
2027
|
|||||
2028
|
|||||
2029
|
|||||
2030
|
|||||
KEY DATE
(Paling Sedikit)
|
TEMPAAN KURANG
10 JUTA
|
||||
SEMY
KEY DATE
(Kedua
Sedikit)
|
TEMPAAN KURANG
20 JUTA
|
||||
Numiscat.blogspot.com
|
Bahagian Hadapan (Observe)
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza seperti berikut :
- 14 titik untuk melambangkan 13 negeri berserta Wilayah Persekutuan.
- Lima garis mendatar pula bagi menggambarkan 5 prinsip Rukun Malaysia (kecuali duit syiling 50 sen).
Ciri Keselamatan dan Anti Pemalsuan
Selain dari image terpendam, terdapat abjad mikro B, N, M pada muka depan duit syiling 20 sen dan 50 sen. Kita tidak dapat melihat tulisan mikro tersebut dengan mata kasar dan harus menggunakan bantuan kanta pembesar.
Ciri-ciri keselamatan dan anti pemalsuan tersebut menambahkan lagi KEUNIKAN duit syiling siri ketiga.