07 Januari 2015

Nombor Siri Pilihan



Sedikit fakta berkait istilah yang mungkin mengelirukan.
  • Angka adalah set simbol 0 hingga 9 di mana 0 tidak memiliki nilai.
  • Angka dua (2) dan dua angka (00) adalah dua perkara yang berbeza.
  • Nombor adalah keseluruhan angka yang dimaksudkan. Contoh : 021 dan 21 adalah nombor berbeza.
  • Prefix dan nombor siri adalah 2 perkara berbeza.
  • Prefix pada wang kertas keluaran BNM mewakili kumpulan/set yang memiliki 1 juta nombor siri atau 10 juta nombor siri.
  • Wang kertas siri 1 hingga 4 menggunakan nombor siri 6 angka.
  • Wang kertas siri 5 hingga terkini menggunakan nombor siri 7 angka.
Cuba baca dan fahami ayat di bawah untuk menguji kefaham anda. Sekiranya anda kurang faham atau keliru, adalah lebih baik cuba untuk memperbezakan dan memahami ayat di bawah dahulu sebelum teruskan membaca.


001, 01 dan 1 adalah tiga nombor berbeza kerana memiliki perbezaan digit namun memiliki nilai sama kerana kesemua nombor tersebut mempunyai angka kosong sebelum angka satu.



Nombor Siri Pilihan adalah Nombor siri yang biasanya menjadi pilihan dan buruan para pengumpul duit kertas.  Sebelum tahun 2000, masih mudah dan senang untuk menjumpai nombor pilihan di dalam edaran. Kini setelah hampir 15 tahun, saya merasakan agar sukar untuk menjumpai kebanyakan nombor pilihan. Kebanyakannya kini telah dijadikan item perniagaan. Situasi ini pasti akan membebankan para pengumpul baru atau para numismatis 'reborn' seperti saya. Apa pun situasi terkini, Nombor pilihan tetap menjadi pilihan dan tetap diburu. Jika ianya memiliki nilai numismatik, maka ianya adalah pelaburan bagus untuk masa depan. Tapi awas, pastikan anda tahu dan sedar kemampuan anda sebelum melabur di dalam bidang numismatik.

Beikut adalah senarai nombor siri pilihan:

1. Nombor kecil (Low Number)


Nombor kecil adalah 10 nombor pertama di dalam setiap prefix. 1 set lengkap nombor terkecil terdiri daripada angka 1 hingga 10. Nombor 1 adalah nombor pertama di dalam setiap prefixnya. Terdapat hanya 1 set di dalam setiap prefixnya. Ianya memang terhad dan agar sukar untuk dimiliki.



Nombor kecil dikumpul mengikut minat seseorang penggumpul. Disebabkan nombor kecil 1-10 terhad dan sukar untuk ditemui dan dimiliki maka set-set nombor kecil seterusnya menjadi pilihan bagi prefix tersebut iaitu nombor 100 terkecil, 1,000 terkecil dan 10,000 terkecil. 




2. Nombor Sama (Solid Number)


Nombor Sama ialah nombor yang dipenuhi dengan angka sama. Sekiranya set prefix tersebut memiliki 6 digit maka kesemua 6 digitnya adalah angka sama (111111-999999). Di dalam setiap prefix hanya mengandungi 9 nombor solid dan 1 nombor terbesar. Nombor terbesar adalah nombor terakhir bagi set tersebut. Jika diperhatikan betul-betul, nombor terbesarnya juga memiliki jumlah angka kosong yang sama jumlahnya seperti jumlah digit pada nombor penuh. 



Jika set tersebut memiliki 6 digit (wang kertas siri 1 hingga 4) maka nombor terakhirnya akan miliki 7 digit dengan 6 digit terakhirnya adalah angka kosong iaitu 1 juta (1000000).
Sekiranya set tersebut memiliki 7 digit (wang kertas siri 5 hingga terkini) maka nombor terakhirnya akan miliki 8 digit dengan 7 digit terakhirnya adalah angka kosong iaitu 10 juta (10000000).

Nombor Solid dan 1 juta | 10 Juta



Nombor Super Solid

    Nombor Super Solid harus memenuhi syarat-syarat berikut:

    Wang kertas dengan prefix campuran abjad dan nombor (prefix lama):
    • Memiliki nombor sama pada prefix dan nombor siri.
    Contoh : A/1 111111, B/5 555555, A/22 222222, B/11 111111

    Wang kertas dengan prefix abjad (prefix baru):
    • Memiliki prefix dengan abjad/huruf yang berulang
    • Memiliki Nombor penuh (Solid Number)

    Contoh : AA 9999999, BB 8888888, CC 5555555, AAA 1111111

    Nombor Hampir Sama (almost Solid)
    Nombor Hampir Sama adalah nombor yang memiliki semua angka sama kecuali 1 angka berlain. Terdapat 63 nombor hampir sama bagi setiap angka. Ini bermaksud terdapat sejumlah 567 nombor hampir penuh bagi angka 1 hingga 9 di dalam setiap prefix.


    Berikut adalah kesemua nombor hampir penuh bagi angka 1 iaitu 63 nombor.



    Ada yang mengakui bahawa wujud Nombor Almost Solid bagi angka kosong. Contoh : 0001000, 0100000

    Semua Nombor Almost Solid harus membuktikan bahawa ianya Almost Solid untuk Nombor Solid mana? 

    Contoh, 2221222 adalah nombor Almost Solid bagi nombor Solid 2222222. 

    Tetapi 0001000 tidak memiliki nombor Solid 0000000 bagi wang edaran. Maka 0001000 bukan nombor Almost Solid sebab tidak wujud nombor solid 0000000.


    3. Nombor Tangga (Ladder Number )

    Nombor tanga ada dua jenis iaitu naik tanga (ladder) dan turun tanga (reverse ladder).




    4. Nombor 9XX9XX9

    Nombor 9XX9XX9 adalah nombor yang memiliki angka 9 di depan, di tengah dan di hujungnya. Saya telah cuba kaji dan cuba dapatkan maklumat berkait nombor ini dan banyak versi dan kisah di sebaliknya.

    Saya difahamkan bahawa ianya nombor sempurna (Perfect Number). Ada daripada kenalan meminta saya mencarikannya untuk dia dan ada yang menyebut ianya nombor agak sukar ditemui kerana syarat tinggi dan memerlukan ketelitian tinggi kerana kita tidak akan perasan kewujudannya di dalam wang simpanan kita.

    Yang pasti adalah nombor 9xx9xx9 ini memiliki peminatnya tersendiri. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi berkait nombor 9xx9xx9 yang memiliki 2 jenis (variety) seperti Solid dan Almost Solid. Berikut adalah 2 jenis yang telah dinamakan oleh saya agar mudah dikenali dan dibezakan.
    • Nombor 9XX9XX9 50
    • Nombor 9XX9XX9 Pilihan
    'Nombor 9XX9XX9 50' adalah nombor di mana hasil tambah kesemua angka-angkanya mesti mendapat jumlah 50. Setelah dikaji dan disiasat, saya mendapati hanya 8 nombor sahaja yang melepasi syarat bagi jenis ini di dalam setiap prefix.




    'Nombor 9XX9XX9 Pilihan' adalah nombor di mana hasil tambah kesemua angka-angkanya tidak dipersoalkan akan tetapi 'X' mestilah daripada angka 2, 3, 5, 6, 8 atau 9. Ini bermaksud nombor yang memiliki angka 0, 1, 4 atau 7 pada kedudukan 'X' tidak diterima sebagai 'Nombor 9XX9XX9 Pilihan'.

    Dengan mengambil kira syarat yang dinyatahkan, saya mendapati terdapat 216 nombor bagi setiap set dan terdapat 6 set dengan sebanyak 1296 'Nombor 9XX9XX9 Pilihan' di dalam setiap prefix.





    4. Nombor Berulang (Repeater Number)

    Nombor Berulang adalah nombor dengan 2 atau 3 angka di dalamnya yang berluang.





    5. Nombor Radar (Radar)

    Nombor radar adalah nombor yang memiliki persamaan pada digit pertama dan terakhir, digit kedua dan keenam, ketiga dan keempat. ABCDCBA di mana A,B,C,D boleh jadi angka yang sama atau angka berlainan.





    6. Nombor Binari & Trinary (Binary & Trinary Number)


    Nombor Binari adalah kombinasi 2 angka A dan B. A dan B akan memenuhi nombor binari dan minimum 2 angka dari A atau B.

    Nombor Trinary pula adalah kombinasi 3 angka A, B dan C.





    7. Nombor Bookend (Bookend Number)

    Nombor Bookend adalah nombor yang memiliki pangkal dan hujung dengan 2 angka yang sama.





    8. Nombor Berturutan (Running Numbers @ Consecutive Serial Numbers)

    Nombor berturutan adalah 2 atau lebih nombor yang ikut turutannya.




    9. Nombor Hari Lahir ( Birthday Number)


    Nombor Hari Lahir adalah nombor yang menggandungi tarikh sesuatu kejadian. Kejadian seperti tarikh lahir, ulang tahun, tarikh bersejarah atau apa saja tarikh yang perlu diingati oleh pengumpul. Ramai memilih nombor tarikh lahir artis atau VIP. Anda bagaimana?









    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...