20 Januari 2015

MYCC1992b: Syiling Malaysia Siri kedua ~ 1992 Pruf Perak (Set 6 dalam 1)


MYCC
1992b
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
1992
Syiling Edaran Siri kedua ~ 1992 Pruf Perak
(Set 6 dalam 1)


Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling peringatan bagi duit syiling edaran siri kedua dengan jenis Perak pruf. Set yang mengandungi 6 dalam 1 tersebut (dipercayai) ditempa/dikeluarkan khas untuk kaki-tangan Bank Negara Malaysia dan tidak dijual kepada umum. Set ini memiliki 6 keping duit syiling iaitu setiap satu dari denominasi 1 sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen, 50 Sen dan $1 dengan komposisi logam perak 92.5% dan tembaga 7.5%. Kesemua 6 keping tersebut memiliki reka bentuk sama pada kedua mukanya dan yang membezakan set ini dengan syiling biasa adalah komposisi logam dan jenis tempaan iaitu pruf.


Bahagian Hadapan

Duit syiling Malaysia siri kedua bertemakan 'Artifak Budaya'. Reka bentuk muka depan berbeza pada setiap denominasi iaitu,

Bahagian Belakang
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dan SEN
  • Bunga kebangsaan, Bunga Raya
  • Tahun 1992
  • Nilai muka duit syiling

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1992b
$1
50 SEN
20 SEN
10 SEN
5 SEN
1 SEN
Elemen
Logam
Aloy
Perak Pruf  (Ag 92.5)
Perak 92.5% Tembaga 7.5%
Tempaan
Mintage
5,000 Set
Berat
Weight (g)






Diameter
 (mm)






Tebal
(mm)






Harga
Price (RM)
-
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge kecuali $1 & 50sen dengan sisi kosong berabjad
Bentuk
Shape
Bulat  | Round
Kilang
Kilang Wang BNM
Disebabkan duit syiling peringatan ini adalah keluaran khas dan tidak dijual kepada umum, maka pihak BNM tidak membekalkan sebarang maklumat berkait spesifikasi teknikalnya kepada umum.  Secara logiknya, berat syiling perak sepatutnya berbeza dengan syiling edaran biasa yang berkomposisi kupro-nikel. 

Info
Penting
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...