10 Januari 2015

Denominasi Unik di dalam siri Keunikan Malaysia.

MYB
1250S
Wang Kertas Malaysia RM50
2007
2008
2012
Denominasi Unik pada Siri Keunikan Malaysia

2007
2008
2012
Menjadi Duta Siri Keunikan Malaysia dan menemui umum dengan mambawa logo 50 tahun Merdeka.
Merasmikan Siri Keunikan Malaysia dan diedarkan dengan logo 50 tahun Merdeka..
Mengiringi denominasi lain dengan keunikan dan perbezaan tersendiri.

Wang kertas RM50 di dalam siri ke 12 @ Siri Keunikan Malaysia memang unik dan istimewa. Mungkin keunikan ini terjadi sebab reka bentuknya telah terhasil sebelum denominasi lain. Apapun RM50 tetap memiliki perbezaan ketara berbanding denominasi lain di di dalam siri keunikan. Perbezaan ketara sebegini tidak pernah terjadi di dalam mana-mana siri mahupun denominasi sebelum ini.

Jika anda adalah pengumpul wang kertas tetapi hanya mengumpul denominasi kecil seperti RM1, RM5 dan Rm10, nasihat saya jangan lepaskan peluang untuk memiliki 1 keping RM50 siri ke 12 iaitu siri Keunikan Malaysia dengan kondisi UNC. Berikut adalah sebab kenapa saya katakan denominasi RM50 adalah unik dan istimewa:


Ianya adalah "duta" siri keunikan Malaysia sebab Wang kertas peringatan telah dijual kepada umum pada 26 Disember 2007.


Ianya dijadikan pilihan wang kertas peringatan sempena 50 tahun Merdeka sebab ianya memiliki nombor 50 pada denominasinya.


30 Januari 2008
<2009>
<2010>
<2011> 
16 Julai 2012

Ianya telah merasmikan siri ini dengan mula diedarkan 4 tahun sebelum denominasi lain.



Setakat ini Ianya memiliki 2 jenis wang peringatan dengan 2 jenis prefix iaitu prefix 2 abjad dan 3 abjad iaitu prefix AA dan AAA



Denominasi yang menggunakan prefix 3 abjad sebelum prefix 2 abjadnya habis dicetak. Prefix AAA dicetak sebelum prefix AA habis digunakan bagi tujuan wang kertas peringatan. Ini menjadikan set premium wang peringatan siri Keunikan Malaysia memiliki prefix AAA (prefix 3 abjad) hanya pada denominasi RM50.



Satu-satunya denominasi di dalam siri ini yang memiliki Jalur Holografik (Holographic Stripe).



Satu-satunya denominasi di dalam siri ini dengan benang keselamatan (Security Thread) kelihatan terputus-putus pada bahagian belakang. 



Satu-satunya demominasi di dalam siri ini dengan ciri keselamatan Imej Terpendam pelbagai warna MCLI (Multi Colour Latent Image)


Klik gambar untuk saiz besar
Klik gambar untuk saiz besar
Satu-satunya denominasi di dalam siri ini TANPA Tulisan Mikro yang tertulis nama penuh Tuanku Abdul Rahman secara tersembunyi.



Satu-satunya denominasi di dalam siri ini yang mengunakan tanda buta (Braille Feature) dengan bentuk wajik (Diamond Shape) berbanding denominasi lain dengan bentuk garisan mendatar atau menegak.




Satu-satunya denominasi yang memiliki no siri menegak berwarna merah di sebelah kanan.



Satu-satunya mata wang Malaysia yang memiliki dua potret, Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman di dalam mata wang sama.



Satu-satunya wang kertas Malaysia yang memiliki imej tokoh/pemimpin negara sebagai motif reka bentuk.



Satu-satunya denominasi yang memiliki kawasan/permukaan tera air tanpa sebarang ukiran/tulisan pada muka belakang.



Satu-satunya denominasi yang memiliki Tanda Pandang Telus Sempurna (Perfect see-through register) berbentuk bukan numerik.


15 keunikan dan perbezaan di atas adalah apa yang mampu saya kongsikan dengan anda semua.  Saya sengaja tidak menyenaraikan beberapa keistimewaan dan perbezaan lain agar anda mampu mencarinya sendiri. Mencari dan menemui sendiri adalah salah satu keseronokan dan kepuasan di dalam hobi numismatik. Andainya anda gagal mencari dan ingin mengetahuinya, boleh hubungi saya.


1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...