08 Januari 2015

MYC01: Duit Syiling Siri Pertama

Siri Parlimen ~ 1967-1988
Potret Bangunan Parlimen pada wang syiling siri pertama (pic)

Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan duit syiling sejak 1967. Ketika itu duit syiling Malaysia ditempa di luar negara iaitu di Royal Mint London dan Hamburg  Mint Germany

Malaysia telah menempa duit syiling pertama pada 1hb Mei 1971 dan ianya ditempa oleh :-

Kilang Wang Bank Negara,
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2 Persiaran Selangor,  Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bank Negara Malaysia memperkenalkan duit syiling Siri Pertama dengan 5 denominasi iaitu 1 Sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen dan 50 Sen pada 12hb Jun 1967 dan denominasi $1 pada tahun 1971.

Tahun 1973 merupakan tahun paling banyak wang syiling Siri Pertama dikeluarkan iaitu sebanyak 505.385 juta keping syiling dengan nilai muka berjumlah RM75.127 juta.

Tahun 1970 merupakan tahun paling sedikit duit syiling siri pertama dikeluarkan. Hanya 2 denominasi ditempa dan dikeluarkan iaitu 1 sen dan 20 sen. Masing-masing ditempa sebanyak 2,535,000 keping  dan 1,054,000 keping dengan jumlah nilai muka RM236,150

Tempaan paling banyak adalah bagi syiling 10 sen tahun 1981 dengan jumlah 236,638,957 keping. Manakala tempaan paling sedikit juga adalah bagi syiling 10 sen tahun 1971 dengan hanya 32,236 keping dengan nilai muka RM3,223.60. Jumlah tempaan paling sedikit tersebut telah menjadikannya salah satu 'bintang pujaan' oleh para pengumpul sehingga mampu menawarkan harga tinggi untuk memilikinya. Bagi seorang pengumpul duit syiling siri pertama, koleksinya tidak akan lengkap tanpa 10 sen 1971.

BNM tidak mengeluarkan sebarang duit syiling edaran pada tahun 1972, 1974 dan 1975. 

Berikut adalah senarai tahun dan jumlah tempaan bagi semua denominasi duit syiling siri pertama:

Jumlah Tahun dan Jumlah Tempaan Siri 1 (Parlimen)
 Jumlah di dalam unit Juta keping
Siri 1
1 SEN
5 SEN
10 SEN
20 SEN
50 SEN
$1
Berat grm
1.94 | 1.72
1.41
2.82
5.66
9.33
16.90
Diameter mm
17.78
16.25
19.40
23.59
27.76
33.4
Tebal mm
1.26
1.04
1.37
1.75
2.18
2.60
Komposisi
Copper | CCS
Cu75 Ni25
Cu84 Zn12 SN4
1967
45.00
75.46
106.71
49.56
15.00
-
1968
10.50
74.54
128.29
40.44
12.00
-
1969
-
-
-
15.00
2.000
-
1970
2.535
-
-
1.054
-
-
1971
47.86
16.66
32.23k
9.958
8.404
2.379
1972
-
-
-
-
-
-
1973
21.40
102.94
214.83
116.08
50.13
-
1974
-
-
-
-
-
-
1975
-
-
-
-
-
-
1976
27.41
65.66
148.84
47.40
-
-
1977
21.75
10.61
52.72
66.14
17.72
-
1978
30.84
50.04
21.16
6.85
11.03
-
1979
15.71
38.82
50.63
17.35
5.361
-
1980
16.15
33.89
51.80
32.84
15.91
472k
1981
24.63
51.49
236.64
144.13
22.97
765k
1982
37.30
118.59
145.64
97.90
20.58
202k
1983
19.33
-
30.83
-
11.56
-
1984
26.27
-
-
-
10.19
355k
1985
52.40
15.55
-
-
7.115
302k
1986
48.92
-
-
-
8.193
252k
1987
35.28
16.72
-
26.23
7.696
-
1988
56.75
26.79
17.85
67.22
26.79
-
KEY DATE
(Paling Sedikit)
TEMPAAN KURANG
10 JUTA
SEMY KEY DATE
(Kedua Sedikit)
TEMPAAN KURANG
 20 JUTA
Numiscat.blogspot.com

Klik pada denominasi di bawah untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitnya.


Jenis sisi pada wang edaran siri pertama.   Klik pada gambar untuk besarkannya
Duit syiling 50 sen adalah nilai muka terbesar ketika siri pertama memasuki edaran dan nilai wang 50 sen ketika tahun 60an adalah cukup tinggi. Oleh yang demikian denominasi 50 sen ditempa dengan ciri keselamatan iaitu dengan sisi keselamatan (Sucurity Edge @ SE) bagi tahun 1967,1968 dan 1969.

Pada tahun 1967 hingga 1969 juga terjumpa syiling 50 sen tanpa sisi keselamatan iaitu sisi kasar (Milled Edge @ ME) dengan jumlah yang terlalu terhad. 50 sen bersisi ME adalah variasi (variety) rare kerana terdapat kecacatan pada sisinya. Ianya bukan hanya sekadar bintang pujaan siri pertama namun bagi saya ianya adalah duta besar numismatik tempatan kerana telah membantu numismatik Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1970 sisi 50 sen diubah kepada sisi kosong (sisi rata) dengan tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA".

Duit syiling denominasi 1 Ringgit dengan simbol Dollar '$' mula dikeluarkan pada tahun 1971. BNM belum menggunakan simbol 'Ringgit' atau 'RM' pada wang syiling edaran ketika itu. Perkataan 'Sen' adalah peralihan bunyi (bukan peralihan bahasa) dari perkatan english 'Cent' yang terdapat pada wang era Queen Elizaberth dan sebelumnya. Cent menandakan 1/100 bahagian dari 1 dollar. Maka '1 CENT' = '1 perCENT' dari 1 dollar iaitu 1 peratus dari 1 dollar dan 50 cent disebut sebagai half dollar. Ini telah menjadi ikutan sehingga Cent telah ditulis dalam bahasa Malayu sebagai SEN.

Singkatan RM yang kita guna untuk maksudkan 'Ringgit Malaysia' pada hari ini sebenarnya belum wujud pada era 80an dan sebelumnya. Perkataan 'RINGGIT' dan singkatan 'RM' pada duit syiling mula digunakan sejak tahun 1993 setelah ianya dicadangkan oleh menteri kewangan ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim  pada 11 Nov 1992 (ketika membentangkan belanjawan 1993) agar mata wang Malaysia perlu memiliki identiti tersendiri. 

Sebanyak 500,000 keping duit syiling denominasi $1 tahun 1971 telah ditempa di Royal Mint London dan selebihnya ditempa di Royal Mint Malaysia (Kilang Wang BNM). Oleh yang demikian, duit syiling $1 tahun 1971 memiliki 2 variasi (variety) iaitu tempaan Landon dan tempaan Malaysia.

Kesemua denominasi duit syiling siri pertama ditempa dengan mengunakan komposisi Kuprum-Nikel (copper-nickel) kecuali denominasi 1 sen. 1 Sen ditempa menggunakan kepingan tembaga (Copper).

Pada tahun 1973, penggunaan logam tembaga dihentikan untuk menempa denominasi 1 sen dan digantikan dengan Cooper Clad Steel (CCS) iaitu keluli bersalut kuprum (besi disaluti dengan tembaga). Oleh yang demikian, 1 Sen tahun 1973 terdapat dengan 2 variasi (veriety) iaitu :-

  • 1 sen 1973 tembaga (Copper)
  • 1 sen 1973 Copper Clad Steel (CCS) (kuantiti terhad)

Duit syiling denominasi $1 dihentikan pengeluarannya pada tahun 1986 manakala denominasi lain siri pertama dihentikan pengeluarannya pada tahun 1988. 


Bahagian Depan (Observe) 

Bahagian hadapan duit syiling edaran siri pertama

Kesemua denominasi syiling siri pertama ditempa bertemakan 'Parlimen'. Kesemua denominasi bahagian depan duit syiling siri pertama ditempa dengan butiran-butiran (details) berikut:-
  • Bangunan Parlimen Malaysia
Potret Parlimen menandakan Malaysia adalah negara merdeka dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
  • Bulan Sabit*
Bulan Sabit menandakan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  • Bintang 13 bucu (1 Sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen & 50 Sen)
Bintang 13 bucu menandakan Malaysia mempunyai 13 buah negeri.

  • Bintang 14 bucu* ($1)

Bintang 14 bucu menandakan Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan.
  • GC -Parap Pereka @ Tanda Pereka (Designer Initial Engraver's Mark)
Abjad 'GC' yang kecil dan halus di bawah dan hujung sebelah kanan potret Parlimen,adalah parap (initial) kepada nama Geoffrey Colley iaitu pereka-cipta bentuk muka hadapan wang syiling siri Parlimen.

*Simbol bintang dan bulan pada duit syiling siri pertama adalah simbol dan definasi sama seperti di bendera Malaysia. 


Bahagian Belakang (Reverse)
Bahagian belakang duit syiling edaran siri pertama

Bahagian belakangnya duit syiling ditempa dengan butiran-butiran (details) berikut:-
  • Perkataan MALAYSIA 
  • Simbol Bunga Raya, iaitu Bunga Kebangsaan kembar di kedua sisi syiling.
  • Nilai muka syiling dengan nombor dan perkataan SEN.
  • Nilai muka syiling dengan nombor dan simbol dollar $.
  • Tahun Penempaan
  • • Titik pemisah (interpunct)
Kesemua denominasi duit syiling siri pertama masih sah diperlakukan dengan nilai muka yang tertera pada bahagian belakangnya. Ianya bebas digunakan sebagai medium penukaran dan duit yang sah sehingga ianya ditarik balik dan dinyahwangkan oleh BNM. 



3 billion kepingan duit syiling siri pertama telah ditempa dan dikeluarkan sejak tahun 1967 sehingga 1988 dengan nilai muka sebanyak RM440 juta. Namun jumlah tersebut kini hanya tinggal di atas kertas sahaja kerana duit syiling Siri Parlimen semakin sukar ditemui dalam edaran. 

Saya pasti suatu hari nanti ianya akan hilang dari edaran sepenuhnya. Ianya akan meninggalkan kenangan bersama kisah suka dan duka mengaitkan duit syiling berpotretkan PARLIMEN. Ramai dikalangan rakyat kita fikirnkan potret Parlimen yang terdapat pada bahagian hadapan duit syiling siri pertama adalah PISTOL. Adakah anda adalah salah seorang daripada mereka?

Berapa kepingkah duit syiling Siri Parlimen ada di dalam simpanan anda untuk ditunjukan dan diwariskan pada anak cucu anda? Masih belum terlambat dan anda tidak perlu menjadi seorang pengumpul duit TEGAR untuk melakukannya. 

Dengan hanya bermodalkan RM10-RM20, anda mampu memenuhkan 1 album dengan duit syiling siri parlimen. Ianya masih wujud dan boleh dijumpai di dalam edaran. Korbankan RM10-RM20 agar ianya menjadi tatapan generasi akan datang dan wujudkan peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami sejarah dan warisan negara melalui syiling lama.... ... .. .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...