24 September 2015

Salam Aidil Adha


Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban khas buat semua pembaca yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada seluruh warga Malaysia.


20 September 2015

Kenali Penulis Khat Wang Kertas Malaysia


Kita sedia maklum berkait siapa pereka bentuk muka hadapan duit syiling siri Parlimen. Namun tidak memiliki apa-apa maklumat berkait siapa pereka bentuk wang kertas. Hari ini saya telah terbaca sesuatu yang cukup bermakna bagi kita semua numismatis tempatan. Biarpun ianya hanya sebahagian kecil dari reka bentuk di dalam wang kertas namun bagi saya jasa dan bakat penyumbang harus dikenang dan terus dihargai. 

Berita berikut adalah 100% disalin dan dikongsi (Copy paste)  dari laman mstar.com.my


Kenali Penulis Khat Wang Kertas Malaysia


Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 2:00 AM

Sulaiman Awang kini menghabiskan masa dengan menulis khat pada batu nisan. Foto IBRAHIM MOHTAR/THESTAR.
BERBAKAT menghasilkan seni tulisan khat nyata membawa tuah kepada insan bernama Sulaiman Awang. Biarpun kenangan itu sudah berlalu hampir 18 tahun, namun memori menulis khat pada wang kertas Malaysia bermula daripada RM2 hingga RM1,000 disifatkan saat berharga yang sukar dilupakan.
"Peluang menulis khat wang kertas Malaysia pada 1997 satu pengalaman yang cukup indah dan sukar dilupakan.
"Saya masih simpan lagi koleksi wang kertas bercantum untuk siri wang kertas RM2 dan RM10 yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di rumahnya di Setiawangsa baru-baru ini.   


Antara koleksi wang kertas yang seni khatnya ditulis Sulaiman. 
Diajak mengimbau kembali kisah lampau itu, nyata bapa kepada empat cahaya mata ini cukup merendah diri dengan bakat yang dimilikinya.
"Tak ada apa-apa pun yang menarik, semuanya cerita lama dan sudah tidak ada apa yang ingin dibanggakan lagi," kata Sulaiman yang lebih mesra dipanggil Pak Aji.
Menurut Pak Aji yang kini menjangkau usia 73 tahun ini, pada 1997, beliau telah didatangi oleh seorang individu yang juga pemilik syarikat pengiklanan yang dikenali sebagai Hj Mohamad yang memaklumkan mengenai peluang untuk menulis tulisan khat pada wang kertas Malaysia.
"Masa itu Hj Mohamad minta saya tulis perkataan 'Bank Negara' pada kertas biasa dan menghantarkannya kepada Bank Negara untuk masuk tender menulis perkataan 'Bank Negara' dalam jawi.
"Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, Hj Mohamad beritahu dia menang tender tersebut dan saya dikehendaki menulis perkataan 'Bank Negara' dalam ejaan jawi untuk dicetak pada duit kertas Malaysia. Masa itu rasa bangga pun ada juga," ujarnya yang mendapat pendedahan awal mengenai tulisan khat ketika dia menuntut Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi, di Bagan Serai, Perak.

Sulaiman mengambil masa sekitar dua minit untuk menyiapkan satu tugasan.
Beliau berkata, dia tidak ingat berapa helai kertas yang digunakan untuk menulis perkataan 'Bank Negara Malaysia' pada wang kertas, namun apa yang masih segar dalam kotak fikirannya ialah menulis tulisan khat berkenaan pada siri wang kertas bermula daripada RM2 hingga RM1,000.
"Saya dibayar RM10,000 secara lump sum, atas hasil kerja saya. Seronok juga, bila kenang kembali kenangan manis dapat menulis pada wang kertas Malaysia," katanya yang kini menghabiskan masa menulis nama mereka yang telah meninggal dunia pada kertas sebelum ia dicetak pada batu nisan.
Menurut Pak Aji, pada usia emas inilah amal jariah yang dilakukannya untuk membantu mereka yang telah meninggal dunia.
"Sejak pencen pada 1996, saya lebih suka habiskan masa di masjid menyertai aktiviti keagamaan dan bersantai bersama keluarga. Selain itu, inilah hobi saya menulis nama orang yang telah meninggal dunia menggunakan tulisan khat.
"Kadang-kadang itu tak cukup masa sebab banyak sangat tempahan yang perlu disiapkan. Selepas saya tulis pada kertas, ia boleh dipindahkan terus menggunakan teknologi komputer untuk dicetak pada batu nisan," katanya yang memerlukan tempoh sekitar dua minit untuk menyiapkan setiap tempahan dengan bayaran serendah RM10.
Ditanya jenis tulisan khat yang paling sukar untuk dipelajari, Pak Aji berkata, semuanya tidak terlalu sukar namun ia memerlukan ketelitian, kesabaran serta teknik yang betul dalam mempelajarinya.
"Antara jenis tulisan khat yang ada ialah khat nasakh, khat tuluth, riq'ah, khat diwan. Saya sendiri lebih gemar menggunakan pen dakwat yang diperbuat daripada kayu resam beserta dakwat hitam.
"Dengan kemahiran menulis khat ini saya pernah diamanahkan untuk mereka kulit buku teks sekolah dan majalah kanak-kanak seperti Bambino," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pegawai seni reka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama hampir 26 tahun. 

Kalung Merah antara koleksi komik yang dilukis oleh Sulaiman. 
Ketika berkhidmat di DBP juga tulisannya pernah menghiasi pingat-pingat DiRaja, buku cenderamata pada majlis keraian serta logo bank konvensional satu ketika dahulu.
Selain daripada bakat menulis khat, bapa kepada pelakon Intan Azura ini, turut mempunyai kemahiran bakat melukis komik dan menulis cerpen serta puisi. Antara komik hasil rekaannya ialah Panglima Garang, Gerimis dan Kalung Merah.
Nyata bakat seni Pak Aji turut diwarisi anaknya, apabila dua daripada cahaya matanya mempunyai bakat menulis dan melukis karikatur sejak kecil, hasilnya salah seorang daripada mereka kini bergelar karikatur di sebuah akhbar tempatan.
"Intan Azura pernah menjadi juara pertandingan jawi ketika dia menuntut di sekolah menengah namun tidak mengembangkan bakat yang dimilikinya itu, sementara anak sulung saya Kamarul Kazim kini merupakan karikatur di akhbar Kosmo," katanya yang menjadikan Ustaz Usop Bakar sebagai mentornya dalam tulisan khat.
Mengakui agak payah untuk mengembalikan kegemilangan tulisan khat, Pak Aji berkata, generasi muda pada hari ini perlu meneruskan legasi tulisan khat bagi mengelakkan ia terus pupus ditelan zaman.
"Memang agak payah untuk kembalikan era tulisan khat ketika era kegemilangn akhbar edisi Jawi. Lagipun ia tulisan jawi ini bahasa al-Quran. Kita harus pertahankannya untuk tatapan generasi akan datang," katanya mengakhiri perbualan. 

19 September 2015

Lelongan MNS yang ke 165




Persatuan Numismatik Malaysia (Malaysia Numismatic Society - MNS) bakal mengadakan lelongan yang ke165. Berikut adalah butiran berkait lelongan tersebut:-

Tarikh     : 27 September 2015 ( AHAD)
Masa      : 10:30 pagi 
Lokasi    : Muzium Negara, Kuala Lumpur
Web       : www.money.org.my
Email     : info@money.org.my

Anda boleh melihat dan mendapatkan butiran berkait senarai bahan lelongan dengan klik link berikut :-


(Senarai di atas telah dibuat dan dikongsi oleh Sifu Dickson Niew di lamannya. Beliau juga merupakan setiausaha Persatuan Numismatik Malaysia)

Lelongan Persatuan Numismatik Malaysia  menawarkan pelbagai pilihan koleksi khas kepada semua ahli persatuan. Sekiranya anda bukan ahli berdaftar tetapi ingin menyertai lelongan MSN, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli di lokasi lelongan pada hari lelongan. 

Semua ahli berdaftar boleh menyertai dan membida di dalam kesemua lelongan yang akan diadakan oleh MNS. Ahli juga boleh melelong (menjual) bahan koleksi di dalam mana-mana lelongan yang bakal diadakan.



16 September 2015

Akta Bank Negara Malaysia 2009

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 701
Akta Bank Negara Malaysia 2009



Tarikh Persetujuan Diraja19-Aug-2009
Tarikh diterbitkan dalam Warta3-Sep-2009


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Bank Negara Malaysia dan bagi pentadbiran, matlamat, fungsi dan kuasa Bank, dan bagi perkara berbangkit atau bersampingan dengannya.
[25 November 2009
kecuali perenggan 23(8)(b) dan seksyen 61 hingga 66
.]
PU(B) 533/2009.
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1.Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2.Tafsiran
BAHAGIAN II
BANK, MATLAMAT DAN FUNGSINYA
3.Bank yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958
4.Bank pusat bagi Malaysia
5.Matlamat dan fungsi utama Bank
BAHAGIAN III
PERUNTUKAN KEWANGAN
6.Modal
7.Kumpulan Wang Rizab Am
8.Tahun kewangan
9.Kehendak untuk menyimpan akaun dan rekod lain
10.Piawaian perakaunan
11.Audit luar
12.Penyata aset dan liabiliti
13.Penyediaan dan penerbitan penyata kewangan dan laporan
BAHAGIAN IV
TADBIR URUS BANK
14.Lembaga Pengarah
15.Gabenor dan Timbalan Gabenor
16.Pelantikan pengarah
17.Kehilangan kelayakan Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah
18.Kekosongan jawatan Gabenor, Timbalan Gabenor atau pengarah
19.Mesyuarat Lembaga
20.Penzahiran kepentingan
21.Jawatankuasa Lembaga
BAHAGIAN V
FUNGSI DAN OPERASI MONETARI BANK
22.Dasar monetari
23.Jawatankuasa Dasar Monetari
24.Penyiaran pernyataan dasar monetari
25.Operasi dasar monetari
26.Penjalanan operasi dasar monetari
BAHAGIAN VI
FUNGSI KESTABILAN KEWANGAN DAN KUASA BANK
Bab 1
Kuasa untuk menggalakkan kestabilan kewangan
27.Dwisistem kewangan
28.Kuasa kestabilan kewangan di bawah undang-undang
29.Tafsiran
30.Maklumat bagi maksud kestabilan kewangan
31.Langkah-langkah kestabilan kewangan
32.Kuasa untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kepada kestabilan kewangan
33.Usaha wajar
34.Bantuan kecairan di bawah perenggan 32(1)(a) atau (b)
35.Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(i)
36.Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(iii)
37.Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan
38.Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan
39.Bentuk relief
40.Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain
41.Nasihat atau syor tentang kestabilan kewangan kepada pihak berkuasa penyeliaan
42.Kerahsiaan
Bab 2
Pasaran wang dan pasaran pertukaran asing
43.Kaedah, garis panduan, dsb., bagi pasaran wang, dsb.
44.Bank boleh menubuhkan sistem bagi dana, sekuriti hutang, dsb.
Bab 3
Perkhidmatan kewangan dan fungsi lain
45.Kerjasama dengan institusi kewangan
46.Rumah penjelasan dan penyelesaian baki antara institusi kewangan
47.Biro kredit
48.Penubuhan pertubuhan perbadanan, dsb.
49.Pembiayaan bagi maksud khas
50.Had ke atas pelaburan dan pembiayaan
BAHAGIAN VII
PERNIAGAAN KEWANGAN ISLAM
Bab 1
Majlis Penasihat Shariah
51.Penubuhan Majlis Penasihat Shariah
52.Fungsi Majlis Penasihat Shariah
53.Pelantikan anggota Majlis Penasihat Shariah
54.Urus setia Majlis Penasihat Shariah
55.Bank dan institusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah
56.Rujukan kepada Majlis Penasihat Shariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara
57.Kesan keputusan Shariah
58.Keputusan Majlis Penasihat Shariah terpakai
Bab 2
Kuasa Bank
59.Bank hendaklah mengeluarkan pekeliling, garis panduan, dsb., mengenai perkara Shariah
60.Mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa
BAHAGIAN VIII
MATA WANG
61.Unit mata wang
62.Hak untuk mengeluarkan, mencetak atau menempa mata wang
63.Sah diperlakukan
64.Bank boleh memanggil balik mata wang
65.Bank boleh membeli dan menjual ringgit
66.Rejim kadar pertukaran bagi ringgit
BAHAGIAN IX
RIZAB LUAR NEGARA
67.Kewajipan Bank untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara
68.Dasar dan garis panduan mengenai rizab luar negara
BAHAGIAN X
HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN
69.Jurubank dan ejen kewangan kepada Kerajaan
70.Nasihat kepada, dan bertindak secara am sebagai ejen, Kerajaan
71.Pembiayaan sementara kepada Kerajaan
72.Perkara dasar
BAHAGIAN XI
KUASA BANK YANG LAIN
73.Pematuhan Shariah
74.Pemerolehan harta tak alih
75.Kuasa am Bank
76.Perniagaan yang tidak boleh diurusniagakan oleh Bank
77.Langkah bagi menjaga kestabilan monetari dan kewangan
78.Rekod akaun antarabangsa
BAHAGIAN XII
PERKARA ANTARABANGSA
79.Kerjasama antarabangsa
80.Keanggotaan dalam organisasi antarabangsa
81.Penyertaan dalam Bank Penyelesaian Antarabangsa dan institusi kewangan antarabangsa lain
82.Peraturan-peraturan atau arahan untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu
BAHAGIAN XIII
PEGAWAI DAN PEKERJA
83.Pegawai dan pekerja Bank
84.Pembiayaan bagi perumahan, kenderaan, pengajian dan biasiswa
85.Saraan tidak dikaitkan dengan keuntungan
BAHAGIAN XIV
AM
86.Pemeliharaan kerahsiaan
87.Kekebalan
88.Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki
89.Kuasa mengkompaun
90.Pendakwaan
91.Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
92.Bank boleh diwakili oleh pegawai atau pekerja Bank dalam prosiding sivil
93.Fi dan caj
94.Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
95.Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, dsb.
96.Pengecualian
97.Kuasa untuk meminda Jadual
98.Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran
BAHAGIAN XV
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
99.Pemansuhan
100.Kecualian dan peralihan
JADUAL PERTAMASeksyen 21 dan 23
JADUAL KEDUASeksyen 28
JADUAL KETIGASeksyen 36
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa1.   (1)   Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
  (2)   Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran2.   (1)   Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
Akta 519.   “Akta dimansuhkan” ertinya Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
   “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia atau dalam bahasa Inggeris, “Central Bank of Malaysia”;
   “cagaran kewangan” ertinya mana-mana yang berikut yang tertakluk kepada suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak atau yang tertakluk kepada perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik:Akta A1448.
(a)wang tunai atau yang bersamaan dengan wang tunai, termasuk surat cara boleh niaga dan deposit tuntutan;
(b)sekuriti, suatu akaun sekuriti atau suatu hak untuk memperoleh sekuriti; atau
(c)perjanjian niaga hadapan atau akaun niaga hadapan;
   “ditentukan” ertinya ditentukan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa secara bertulis;
   “ditetapkan” ertinya ditetapkan di bawah Akta ini dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
   “dokumen konstituen”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, ertinya apa-apa dokumen atau surat cara, yang di bawahnya atau dengannya badan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan, atau struktur pengelolaan dan pentadbirannya, skop fungsi, urusan, kuasa atau kewajipannya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih tetapi tidak terhad kepada dokumen atau surat cara yang berikut:
(a)statut;
(b)piagam;
(c)memorandum persatuan;
(d)perkara-perkara persatuan;
(e)perlembagaan;
(f)kaedah atau undang-undang kecil; dan
(g)perjanjian perkongsian;
   “Gabenor” ertinya Gabenor Bank;
   “institusi kewangan” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan kewangan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan sebagai tambahan termasuklah mana-mana—
(a)orang yang mengendalikan apa-apa sistem pembayaran atau mengeluarkan apa-apa instrumen pembayaran; dan
(b)orang yang menjalankan apa-apa perniagaan kewangan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;
   “institusi kewangan antarabangsa” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia oleh lebih daripada satu negara, bank pusat atau pihak berkuasa monetari berhubung dengan perkara kewangan atau monetari dan termasuklah Bank Pembangunan Asia, Bank Penyelesaian Antarabangsa, Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Pembangunan Islam dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam;
   “institusi kewangan Islam” ertinya sesuatu institusi kewangan yang menjalankan perniagaan kewangan Islam;
   “instrumen modal” ertinya syer keutamaan, stok pinjaman, hutang bawahan bertempoh atau instrumen lain yang diluluskan oleh Bank untuk layak sebagai modal;
   “Jawatankuasa Dasar Monetari” ertinya Jawatankuasa Dasar Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
   “Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan” ertinya Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 37;
   “Jawatankuasa Audit Lembaga” ertinya Jawatankuasa Audit Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(b);
   “Jawatankuasa Risiko Lembaga” ertinya Jawatankuasa Risiko Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(c);
   “Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga” ertinya Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga yang ditubuhkan di bawah perenggan 21(1)(a);
   “Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah Bank;
   “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 51;
   “mata wang asing” ertinya mata wang kertas atau syiling yang sah diperlakukan dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia dan apa-apa sebutan mengenai mata wang asing dalam Akta ini termasuklah sebutan mengenai apa-apa hak untuk menerima mata wang asing berkenaan dengan apa-apa kredit atau baki di sesuatu bank atau mana-mana institusi lain seumpamanya di dalam atau di luar Malaysia;
   “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
   “pasaran kewangan” termasuklah pasaran wang, pasaran pertukaran asing, pasaran modal dan pasaran terbitan;
   “pegawai” ertinya mana-mana pegawai Bank yang dilantik di bawah seksyen 83;
   “pembiayaan” ertinya pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman, kredit atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua nama dipanggil, termasuklah pemberian suatu jaminan atau aku janji bagi apa-apa obligasi jaminan bagi seorang yang lain dan jika pembiayaan itu diberikan menurut Shariah termasuklah, dan boleh dalam bentuk, tanpa batasan, apa-apa perkiraan jualan atau pembelian, perkiraan usaha sama, jualan bayaran tertangguh, perkiraan perkongsian pulangan atau apa-apa perkiraan pembiayaan lain yang dibuat mengikut Shariah;
   “pengarah” ertinya pengarah Bank yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan termasuk Gabenor dan Timbalan Gabenor;
Akta 125.   “perbadanan berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya sesuatu perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan perbadanan yang mula-mula disebut di bawah seksyen 6 Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
   “perjanjian kewangan yang layak” ertinya—Akta A1448.
(a)suatu perjanjian induk berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak yang di bawahnya sekiranya hal tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu berlaku—
(i)transaksi yang disebut dalam perjanjian itu tamat atau boleh ditamatkan;
(ii)nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a) dikira atau boleh dikira; dan
(iii)nilai penamatan transaksi di bawah perenggan (a) adalah bersih atau boleh bersih, supaya suatu amaun bersih kena dibayar,
dan jika suatu perjanjian adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak dan apa-apa penguatkuasaan yang dibenarkan oleh pihak-pihak mengenai hak mereka di bawah perjanjian itu;
(b)suatu perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan, termasuk perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam perenggan (a); atau
(c)mana-mana perjanjian lain berkenaan dengan suatu transaksi kewangan yang boleh dibuat oleh pihak dalam pasaran kewangan yang ditetapkan sebagai perjanjian kewangan yang layak oleh Bank, selain suatu derivatif terselaras atau suatu perjanjian berkenaan dengan transaksi sekuriti yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu bursa saham dan pusat penjelasan yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
   “perjanjian sokongan kredit pindah hakmilik” ertinya suatu perjanjian yang di bawahnya hakmilik kepada harta telah diperuntukkan bagi maksud menjamin pembayaran atau pelaksanaan suatu obligasi berkenaan dengan perjanjian kewangan yang layak;Akta A1448.
   “perniagaan kewangan Islam” ertinya apa-apa perniagaan kewangan dalam ringgit atau mata wang lain yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank dan selaras dengan Shariah;
   “pihak berkuasa penyeliaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan atau agensi di dalam atau di luar Malaysia selain Bank yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pengawasan mana-mana institusi kewangan, pasaran kewangan, perantara atau peserta pasaran modal atau sistem pembayaran;
   “pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, keuntungan, dividen atau faedah, termasuklah apa-apa fi atau alang, yang kena dibayar atau diberikan berhubung dengan pembiayaan yang diberikan mengikut Shariah;
   “sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti;
   “terbitan” ertinya mana-mana perjanjian, termasuk suatu opsyen, swap, kontrak niaga hadapan atau kontrak hadapan, yang harga pasaran, nilai, penghantaran atau obligasi pembayarannya berpunca daripada, dirujuk kepada atau berdasarkan, tetapi tidak terhad kepada, sekuriti, komoditi, aset, kadar (termasuk kadar faedah, kadar keuntungan atau kadar pertukaran) atau indeks;Akta A1448.
   “Timbalan Gabenor” ertinya seseorang Timbalan Gabenor Bank;
   “transaksi kewangan yang layak” ertinya—Akta A1448.
(a)suatu terbitan, sama ada akan diselesaikan melalui pembayaran atau hantar serah; atau
(b)suatu perjanjian beli semula, beli semula songsang atau jual beli balik berkenaan dengan sekuriti.
  (2)   Bagi maksud Akta ini—
   “Jawatankuasa Lembaga” secara kolektifnya merujuk kepada jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 21;
   “perniagaan kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada perniagaan kewangan konvensional dan perniagaan kewangan Islam;
   “sistem kewangan” secara kolektifnya merujuk kepada institusi kewangan, perantara atau peserta pasaran modal, pasaran kewangan dan sistem pembayaran di Malaysia.
  (3)   Bagi maksud Akta ini—
(a)kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah, bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan; dan
(b)suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
  (4)   Sebutan mengenai suatu institusi kewangan atau orang termasuklah sebutan mengenai golongan, kategori atau perihalan mengenai institusi atau orang itu.
  (5)   Jika di bawah Akta ini, kuasa diberikan kepada Bank untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah Akta ini, untuk mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen kepada Bank—
(a)Bank boleh menentukan bahawa data, maklumat atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut cara atau dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank dalam penentuan itu; dan
(b)orang itu tidak boleh mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen—
(i)yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan; atau
(ii)yang berkenaan dengannya terdapat kesilapan atau peninggalan material.
BAHAGIAN II
BANK, MATLAMAT DAN FUNGSINYA
Bank yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 19583.   (1)   Walau pun Akta Bank Negara Malaysia 1958 dimansuhkan oleh seksyen 99, pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan di bawah nama “Bank Negara Malaysia” atau, dalam bahasa Inggeris, “Central Bank of Malaysia” hendaklah terus wujud di bawah dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini.
  (2)   Bank ialah pertubuhan perbadanan yang sama yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan.
  (3)   Bank hendaklah terus kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.
  (4)   Bank hendaklah mempunyai Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur dan boleh membuka cawangan dan melantik ejen dan koresponden di dalam atau di luar Malaysia.
  (5)   Bank boleh, melalui surat cara, di bawah meterai perbadanannya, melantik seseorang sama ada di dalam atau di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya, dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakan.
Bank pusat bagi Malaysia4.   Bank hendaklah menjadi bank pusat bagi Malaysia.
Matlamat dan fungsi utama Bank5.   (1)   Matlamat utama Bank adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.
  (2)   Fungsi utama Bank adalah seperti yang berikut:
(a)untuk merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia;
(b)untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia;
(c)untuk mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank;
(d)untuk mengadakan pengawasan ke atas pasaran wang dan pasaran pertukaran asing;
(e)untuk menjalankan pengawasan ke atas sistem pembayaran;
(f)untuk menggalakkan sistem kewangan yang kukuh, progresif dan merangkumi semua;
(g)untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara Malaysia;
(h)untuk menggalakkan rejim kadar pertukaran asing yang selaras dengan asas ekonomi; dan
(i)untuk bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan.
  (3)   Bank hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bersampingan atau berkaitan untuk melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya.
  (4)   Bank dalam melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini hendaklah mengambil kira kepentingan negara.
BAHAGIAN III
PERUNTUKAN KEWANGAN
Modal6.   (1)   Modal Bank hendaklah sebanyak satu ratus juta ringgit.
  (2)   Modal itu boleh ditambah dengan apa-apa amaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa dan Kerajaan hendaklah melanggan dan membayar amaun pertambahan itu kepada Bank.
  (3)   Bayaran bagi pertambahan modal yang disebut dalam subseksyen (2) boleh dibuat melalui pindahan daripada Kumpulan Wang Rizab Am sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Kumpulan Wang Rizab Am7.   (1)   Hendaklah ada suatu Kumpulan Wang Rizab Am yang hendaklah termasuk amaun yang ada pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am yang ditubuhkan di bawah seksyen 7 Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa amaun lain yang diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am di bawah Akta ini.
  (2)   Pada akhir setiap tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas mengambil kira perbelanjaan operasi dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan melakukan urusan atau hal ehwalnya, termasuk sumbangan kepada kumpulan wang kebajikan kakitangan, simpanan dan pencen, pemberian atau sumbangan lain kepada mana-mana orang yang diperuntukkan oleh Akta ini atau undang-undang bertulis lain dan selepas peruntukan telah dibuat bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai aset dan kontingensi lain yang biasanya diperuntukkan oleh bank-bank.
  (3)   Bank boleh memindahkan apa-apa amaun daripada keuntungan bersih itu kepada mana-mana rizab kontingensi, rizab turun naik atau apa-apa rizab lain sebagaimana yang disifatkan berhemat atau perlu oleh Lembaga.
  (4)   Untung bersih Bank ditolak apa-apa laba belum terealisasi dan selepas pindahan di bawah subseksyen (3) hendaklah diuruskan seperti yang berikut:
(a)apa-apa amaun yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Lembaga, hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am; dan
(b)bakinya hendaklah dibayar kepada Kerajaan:
   Dengan syarat bahawa—
(i)dalam hal mana-mana tahun yang pada akhir tahun itu Kumpulan Wang Rizab Am adalah kurang daripada modal Bank, keseluruhan untung bersih itu hendaklah dikreditkan pada Kumpulan Wang Rizab Am; dan
(ii)dalam hal mana-mana tahun yang pada akhir tahun itu Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada modal Bank, tetapi kurang daripada dua kali ganda modal Bank, tidak kurang daripada tiga puluh peratus untung bersih itu hendaklah dikreditkan pada Kumpulan Wang Rizab Am.
  (5)   Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada memindahkan apa-apa amaun daripada Kumpulan Wang Rizab Am kepada mana-mana rizab kontingensi, rizab turun naik atau apa-apa rizab lain sebagaimana yang disifatkan berhemat atau perlu oleh Lembaga.
Tahun kewangan8.   Tahun kewangan bagi Bank hendaklah bermula pada hari pertama Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu Disember pada setiap tahun.
Kehendak untuk menyimpan akaun dan rekod lain9.   Bank hendaklah memastikan supaya akaun sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan urusan, hal ehwal dan operasinya disimpan dan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhir setiap tahun kewangan, memastikan supaya penyata kewangan disediakan bagi tahun kewangan itu.
Piawaian perakaunan10.   Dalam menyediakan penyata kewangannya, Bank hendaklah mematuhi piawaian perakaunan setakat yang, pada pendapat Lembaga, wajar untuk berbuat demikian, dengan mengambil kira matlamat dan fungsi Bank.
Audit luar11.   Ketua Audit Negara hendaklah mengaudit akaun Bank.
Penyata aset dan liabiliti12.   (1)   Bank hendaklah, sebaik selepas hari kelima belas dan selepas hari terakhir pada setiap bulan, menyediakan dan menyiarkan suatu penyata aset dan liabilitinya setakat urusan ditutup pada hari- hari yang berkenaan masing-masing atau, jika mana-mana hari yang berkenaan itu ialah hari kelepasan, maka setakat urusan ditutup pada hari terakhir urusan sebelum hari kelepasan itu.
  (2)   Suatu salinan penyata yang dibuat di bawah subsekyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Menteri.
Penyediaan dan penerbitan penyata kewangan dan laporan13.   (1)   Bank hendaklah dalam tempoh tiga bulan dari tutupnya tahun kewangannya—
(a)mengemukakan kepada Menteri suatu salinan penyata kewangan Bank yang disediakan di bawah seksyen 9 dan diperakui oleh Ketua Audit Negara, dan penyata itu kemudiannya hendaklah disiarkan dalam Warta; dan
(b)mengemukakan kepada Menteri suatu laporan oleh Lembaga mengenai urusan Bank sepanjang tahun itu dan laporan itu hendaklah diterbitkan oleh Bank.
  (2)   Penyata kewangan Bank dan laporan yang disebut dalam perenggan (1)(b)hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau jika Dewan Negara dan Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang berikutnya.
BAHAGIAN IV
TADBIR URUS BANK
Lembaga Pengarah14.   (1)   Hendaklah ada suatu Lembaga Pengarah Bank.
  (2)   Lembaga hendaklah—
(a)bertanggungjawab bagi pentadbiran am hal ehwal dan urusan Bank dan kelulusan bagi belanjawan dan rancangan operasi Bank;
(b)mempunyai pengawasan ke atas pengurusan Bank dan sentiasa mengkaji semula prestasi Bank dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan penggunaan sumber Bank; dan
(c)bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
  (3)   Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)Gabenor;
(b)tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Gabenor; dan
(c)tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada lapan orang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1).
  (4)   Lembaga boleh menghendaki Bank untuk mengemukakan apa-apa buku atau dokumen dan hendaklah mempunyai akses kepada apa-apa maklumat yang perlu atau berkaitan bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
  (5)   Bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Lembaga boleh mengeluarkan undang-undang kecil sebagaimana yang perlu dan suai manfaat berhubung dengan pentadbiran, hal ehwal dan urusan Bank atau berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang dinyatakan dalam Akta ini.
Gabenor dan Timbalan Gabenor15.   (1)   Gabenor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor oleh Menteri.
  (2)   Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah orang yang mempunyai reputasi yang sungguh baik dengan pengalaman yang telah terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam hal monetari atau kewangan.
  (3)   Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah dilantik atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.
  (4)   Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama lima tahun dan Timbalan Gabenor hendaklah setiap seorang dilantik bagi tempoh selama tiga tahun.
  (5)   Gabenor dan Timbalan Gabenor adalah layak untuk dilantik semula.
  (6)   Gabenor hendaklah menguruskan Bank dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Bank di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis.Akta A1448.
  (7)   Semasa ketiadaan Gabenor atau Gabenor tidak berdaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga, atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, hendaklah menguruskan Bank dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Gabenor di bawah subseksyen (6).
  (8)   Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Bank dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak:
   Dengan syarat bahawa mereka boleh jika dilantik sedemikian dengan kelulusan Menteri—
(a)menjadi pengarah, gabenor atau anggota sesuatu lembaga, tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, atau sesuatu jawatankuasa atau pasukan petugas mana-mana institusi kewangan antarabangsa atau organisasi antarabangsa yang disertai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dianggotai oleh Kerajaan atau Bank atau yang dengannya Kerajaan terikat atau kepadanya Kerajaan memberikan sokongan atau kelulusan;
(b)menjadi pengarah mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah Akta ini atau mana-mana perbadanan di Malaysia yang diperoleh oleh Bank atau yang syer dalamnya dipegang oleh Bank;
(c)menjadi anggota mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen 70(1); atau
(d)menjadi anggota mana-mana organisasi khairat atau pendidikan.
  (9)   Walau apa pun subseksyen (8) atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Gabenor atau Timbalan Gabenor boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan apa-apa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang- undang bertulis itu.
  (10)   Gabenor dan Timbalan Gabenor hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga bagi perbuatan dan keputusan mereka.
  (11)   Gabenor boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong dan dalam hal seseorang Timbalan Gabenor melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Menteri.
Pelantikan pengarah16.   (1)   Pengarah yang disebut dalam perenggan 14(3)(c) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.
  (2)   Sebelum memberikan nasihat mengenai pelantikan seseorang ke jawatan pengarah di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah mengambil kira—
(a)kejujuran dan kedudukan orang itu;
(b)pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, ekonomi atau kewangan; dan
(c)kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Bank dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.
  (3)   Seseorang pengarah hendaklah, pada setiap masa, bertindak secara jujur dan demi kepentingan Bank dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.
  (4)   Seseorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
  (5)   Seseorang pengarah tidak boleh bertindak sebagai wakil atau perwakilan dalam Lembaga daripada mana-mana kepentingan komersial, kewangan, pertanian, perindustrian atau kepentingan lain yang dengannya dia mempunyai kaitan:
   Dengan syarat bahawa larangan itu tidak terpakai bagi mana-mana pengarah yang memegang atau pada masa yang berkenaan sedang memangku jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
  (6)   Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 17(2)(a), pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
  (7)   Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
  (8)   Seseorang pengarah boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kehilangan kelayakan Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah17.   (1)   Tiada seorang pun boleh dilantik atau terus kekal sebagai Gabenor, Timbalan Gabenor atau pengarah lain Bank jika dia—
(a)ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
(b)tertakluk kepada perenggan (2)(a), ialah atau menjadi seorang pegawai awam;
(c)tertakluk kepada perenggan (2)(b), ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank;
(d)telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;
(e)ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;
(f)terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau
(g)bukan seorang warganegara Malaysia.
  (2)   Walau apa pun subseksyen (1)—
(a)seorang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) boleh merupakan seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan walau apa pun subseksyen 16(6) hendaklah terus kekal sebagai anggota Lembaga selagi dia masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau bagi apa-apa tempoh yang lebih singkat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikannya; dan
(b)seorang Timbalan Gabenor yang dilantik dengan kelulusan Lembaga kepada lembaga mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah seksyen 48 tidaklah dikehendaki untuk mengosongkan jawatannya sebagai anggota Lembaga.
  (3)   Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan pelantikan Gabenor atau mana-mana pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), dan Menteri boleh menamatkan pelantikan mana-mana Timbalan Gabenor, jika dia—
(a)menjadi tidak siuman atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya;
(b)bersalah atas salah laku serius berhubung dengan kewajipannya;
(c)tidak hadir, kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Menteri dalam hal Gabenor, atau oleh Gabenor dalam hal kesemua pengarah lain, dalam semua mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tempoh dua bulan berturut-turut atau dalam tempoh mana-mana tiga bulan dalam mana-mana tempoh dua belas bulan;
(d)tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau
(e)hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).
Kekosongan jawatan Gabenor, Timbalan Gabenor atau pengarah18.   Jika jawatan Gabenor atau mana-mana Timbalan Gabenor atau mana-mana pengarah lain menjadi kosong sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik, seorang lain boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam hal Gabenor atau seorang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1), atau oleh Menteri dalam hal seorang Timbalan Gabenor, bagi tempoh jawatan yang belum habis bagi orang yang digantikannya itu.
Mesyuarat Lembaga19.   (1)   Gabenor hendaklah menjadi pengerusi Lembaga dan semasa ketiadaannya, pengarah-pengarah yang hadir hendaklah memilih seorang pengerusi daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) dan orang yang dipilih sedemikian hendaklah menjadi pengerusi dan mempunyai segala kuasa pengerusi.
  (2)   Lembaga boleh bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada sekali dalam setiap bulan.
  (3)   Pengerusi atau mana-mana pengarah lain boleh, pada bila-bila masa, memanggil suatu mesyuarat Lembaga.
  (4)   Orang yang memanggil suatu mesyuarat hendaklah memastikan bahawa—
(a)setiap pengarah diberi notis sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat itu; atau
(b)jika mesyuarat akan diadakan sebagai suatu hal mendesak, pengarah-pengarah bersetuju untuk mengabaikan kehendak di bawah perenggan (a).
  (5)   Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, kuorum ialah lima orang pengarah, yang majoritinya ialah pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) dan keputusan hendaklah diambil melalui majoriti mudah undian pengarah-pengarah yang hadir dan mengundi:
   Dengan syarat bahawa dalam hal bilangan undi sama banyak, pengerusi hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
  (6)   Pengerusi Lembaga boleh membenarkan seseorang pengarah untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada pengerusi, telah memohon kebenaran itu dan pengarah itu hendaklah dikira sebagai hadir bagi mesyuarat itu.
  (7)   Suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua pengarah, hendaklah menjadi sah dan berkesan seolah-olah ia telah diluluskan pada suatu mesyuarat Lembaga yang dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan apa-apa ketetapan itu boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk serupa yang ditandatangani setiap satunya oleh seorang pengarah atau lebih.
Penzahiran kepentingan20.   (1)   Seseorang pengarah yang mempunyai apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urus niaga atau urusan dengan Bank atau dalam penjalanan atau cadangan penjalanan kuasa oleh Bank hendaklah menzahirkan kepentingan itu pada mesyuarat pertama Lembaga yang dihadirinya selepas fakta yang berkaitan sampai ke pengetahuannya.
  (2)   Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga itu dan, selepas penzahiran itu, pengarah itu—
(a)tidak boleh hadir pada, atau mengambil bahagian dalam, apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga berhubung dengan urus niaga atau urusan itu atau penjalanan atau cadangan penjalanan kuasa itu; dan
(b)tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga bagi apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan itu.
  (3)   Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan pelanggaran subseksyen (1) oleh seseorang pengarah.
  (4)   Seseorang pengarah yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Jawatankuasa Lembaga21.   (1)   Lembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa Lembaga yang berikut:
(a)Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga;
(b)Jawatankuasa Audit Lembaga; dan
(c)Jawatankuasa Risiko Lembaga.
  (2)   Setiap Jawatankuasa Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara dan hendaklah mempunyai apa-apa fungsi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
  (3)   Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)untuk mengesyorkan anggota bagi Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pentaksir dan jawatankuasa lain Bank yang dilantik atau ditubuhkan oleh Bank dari semasa ke semasa;
(b)untuk memeriksa dan mengesyorkan belanjawan dan rancangan operasi Bank kepada Lembaga untuk kelulusan; dan
(c)untuk bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
  (4)   Fungsi Jawatankuasa Audit Lembaga adalah untuk membantu Lembaga dalam pengawasannya ke atas—
(a)integriti akaun dan penyata kewangan Bank;
(b)keberkesanan sistem kawalan dalaman Bank;
(c)pelaksanaan fungsi audit dalaman Bank; dan
(d)pematuhan oleh Bank dengan kehendak undang-undang dan pengawalseliaan.
  (5)   Fungsi Jawatankuasa Risiko Lembaga adalah untuk membantu Lembaga dalam pengawasannya ke atas kajian semula dan pengurusan risiko perusahaan Bank.
  (6)   Setiap Jawatankuasa Lembaga hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1).
  (7)   Melainkan jika Lembaga menentukan selainnya, tatacara bagi setiap Jawatankuasa Lembaga hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
BAHAGIAN V
FUNGSI DAN OPERASI MONETARI BANK
Dasar monetari22.   (1)   Dalam menggalakkan kestabilan monetari, Bank hendaklah membentuk dan menjalankan suatu dasar monetari yang memenuhi kepentingan negara dengan matlamat utama untuk mengekalkan kestabilan harga dengan mengambil kira perkembangan dalam ekonomi.
  (2)   Dasar monetari Bank hendaklah dirumuskan dan dilaksanakan secara autonomi oleh Bank, tanpa apa-apa pengaruh luar.
Jawatankuasa Dasar Monetari23.   (1)   Hendaklah ada suatu jawatankuasa Bank yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Dasar Monetari” yang hendaklah mempunyai tanggungjawab bagi merumuskan dasar monetari dan dasar bagi penjalanan operasi dasar monetari.
  (2)   Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah terdiri daripada Gabenor, Timbalan-Timbalan Gabenor dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada tujuh anggota lain.
  (3)   Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari boleh dilantik daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) atau pegawai dan anggota itu hendaklah dilantik oleh Lembaga atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga.
  (4)   Sebagai tambahan kepada subsekyen (3), Menteri boleh melantik mana-mana orang lain sebagai anggota Jawatankuasa Dasar Monetari atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga.
  (5)   Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, dalam mengesyorkan mana-mana orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa Dasar Monetari, hendaklah pada setiap masa berpuas hati bahawa orang itu mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dengan tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa Dasar Monetari dan ialah seorang yang jujur, berwibawa dan berfikiran waras.
  (6)   Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari, selain Gabenor dan Timbalan-Timbalan Gabenor, boleh setiap seorang dilantik bagi tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.
  (7)   Gabenor dan Timbalan-Timbalan Gabenor hendaklah terus kekal menjadi anggota Jawatankuasa Dasar Monetari selagi Gabenor atau Timbalan-Timbalan Gabenor masih memegang jawatan sebagai Gabenor atau Timbalan Gabenor.
  (8)   Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Dasar Monetari atau terus kekal sebagai seorang anggota jika dia—
(a)ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
(b)ialah atau menjadi seorang pegawai atau seorang pengarah mana-mana entiti di bawah pengawasan Bank;[belum berkuatkuasa]
(c)ialah atau menjadi seorang pegawai awam melainkan jika diluluskan selainnya oleh Lembaga atau dalam hal seorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri;
(d)telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;
(e)ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;
(f)terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau
(g)bukan seorang warganegara Malaysia.
  (9)   Lembaga, atau dalam hal seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (4), Menteri, boleh memecat seseorang anggota Jawatankuasa Dasar Monetari jika—
(a)Lembaga atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa dia bersalah atas suatu salah laku serius berhubung dengan kewajipannya sebagai seorang anggota jawatankuasa itu;
(b)dia menjadi tidak sempurna akal atau tidak upaya untuk menjalankan kewajipannya; atau
(c)dia hilang kelayakan di bawah subseksyen (8).
  (10)   Dasar monetari Bank hendaklah dirumuskan hanya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang diadakan dengan sewajarnya.
  (11)   Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah dipengerusikan oleh Gabenor atau semasa ketiadaan Gabenor, oleh Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7).
  (12)   Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa Dasar Monetari.
Penyiaran pernyataan dasar monetari24.   Berikutan dengan setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari, Bank hendaklah menyiarkan suatu pernyataan dasar Monetari mengenai keputusan yang dibuat pada mesyuarat itu dan rasional bagi keputusan itu.
Operasi dasar monetari25.   (1)   Dalam Bahagian ini, “operasi dasar monetari” ertinya apa-apa transaksi yang dijalankan oleh Bank untuk menguruskan kecairan dalam sistem kewangan.
  (2)   Jawatankuasa Dasar Monetari hendaklah mewujudkan prinsip am, garis panduan, dan terma dan syarat bagi operasi dasar monetari yang dijalankan oleh Bank di bawah Bahagian ini.
Penjalanan operasi dasar monetari26.   (1)   Bank hendaklah menjalankan operasi dasar monetari untuk melaksanakan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari.
  (2)   Bagi maksud menjalankan operasi dasar monetari, Bank—
(a)boleh menerbitkan sekuriti atas namanya sendiri dengan syarat bahawa amaun keseluruhan sekuriti yang diterbitkan tidak boleh pada bila-bila masa melebihi amaun rizab luar negara;
(b)boleh membeli, menjual dan menebus sekuriti yang diterbitkan oleh Bank menurut perenggan (a);
(c)boleh menghendaki suatu rizab disimpan di Bank oleh setiap institusi kewangan;
(d)hendaklah mempunyai kuasa yang dinyatakan dalam seksyen 75, khususnya perenggan (c)(d)(e)(f)(g)(h)(i) dan (l); dan
(e)boleh menjalankan apa-apa transaksi kewangan lain yang melibatkan mata wang, sekuriti, logam berharga atau apa-apa komoditi atau instrumen kewangan lain yang diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari.
  (3)   Terma dan syarat bagi kehendak di bawah perenggan (2)(c) boleh termasuk—
(a)prinsip dan kaedah bagi penentuan rizab;
(b)penalti yang tidak boleh melebihi satu per sepuluh daripada satu peratus amaun yang kurang itu bagi tiap-tiap hari kekurangan itu berterusan atau sanksi lain bagi apa-apa ketidakpatuhan kehendak itu;
(c)dalam hal—
(i)suatu institusi kewangan Islam, pulangan yang boleh diberikan; atau
(ii)mana-mana institusi kewangan lain, faedah yang boleh dibayar,
oleh Bank atas rizab itu.
BAHAGIAN VI
FUNGSI KESTABILAN KEWANGAN DAN KUASA BANK
Bab 1
Kuasa untuk menggalakkan kestabilan kewangan
Dwisistem kewangan27.   Sistem kewangan di Malaysia hendaklah terdiri daripada sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam.
Kuasa kestabilan kewangan di bawah undang-undang28.   Kuasa yang diberikan kepada Bank di bawah Akta ini dan undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual Kedua adalah bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan.
Tafsiran29.   Bagi maksud Bab ini, “risiko kepada kestabilan kewangan” ertinya risiko yang pada pendapat Bank menggugat, atau berkemungkinan untuk menggugat, proses pengantaraan kewangan termasuk penjalanan fungsi pasaran wang dan pasaran pertukaran asing yang teratur, atau menjejaskan, atau berkemungkinan untuk menjejaskan, keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan atau kestabilan sistem kewangan.
Maklumat bagi maksud kestabilan kewangan30.   (1)   Demi kepentingan kestabilan kewangan, Bank boleh meminta mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan di Malaysia yang mengawasi orang yang berikut untuk mengemukakan kepada Bank apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan aktiviti, pembiayaan, akaun, transaksi, akaun pelanggan atau apa-apa maklumat lain orang itu yang dianggap perlu oleh Bank untuk melaksanakan matlamat kestabilan kewangan di bawah Akta ini:
(a)mana-mana institusi kewangan;
(b)mana-mana peserta, perantara, bursa, depositori atau penyedia perkhidmatan penjelasan, penyelesaian atau perkhidmatan lain dalam pasaran kewangan;
(c)mana-mana orang lain yang pada pendapat Bank mungkin menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan; atau
(d)mana-mana perbadanan berkaitan bagi orang yang disebut dalam perenggan (a)(b) atau (c).
  (2)   Jika mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a)(b)(c) atau (d)tidak berada di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan, Bank hendaklah melalui perintah secara bertulis menghendaki orang itu supaya mengemukakan maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (1).
Langkah-langkah kestabilan kewangan31.   (1)   Jika Bank berpendapat ia perlu demi kepentingan kestabilan kewangan, Bank boleh—Akta A1448.
(a)menentukan langkah-langkah, yang pada pendapat Bank akan menyumbang kepada daya tahan sistem kewangan atau mengehadkan penumpuan mana-mana risiko kepada kestabilan kewangan, kepada suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan; atau
(b)mengeluarkan suatu perintah secara bertulis yang menghendaki mana-mana orang dalam suatu golongan, kategori atau perihalan orang, termasuk suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan, untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang Bank berpendapat perlu atau wajar untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan.
  (2)   Sebelum mengeluarkan suatu perintah di bawah perenggan (1)(b), Bank hendaklah memberi orang itu peluang untuk membuat representasi.
  (3)   Walau apa pun subseksyen (2), suatu perintah di bawah perenggan (1)(b)boleh dikeluarkan dahulu dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberi sebaik sahaja selepas perintah itu dikeluarkan sekiranya apa-apa kelengahan akan menambahkan lagi risiko kepada kestabilan kewangan.
  (4)   Suatu perintah yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(b) boleh dipinda atau diubahsuai jika representasi itu dibuat selepas perintah itu dikeluarkan.
  (5)   Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mematuhi apa-apa langkah atau perintah dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank walau apa pun mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang berlawanan.
  (6)   Bank boleh menjalankan usaha wajar atau menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat atau melantik juruaudit atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Bank untuk menjalankan suatu penilaian, untuk memastikan sama ada orang itu telah mematuhi apa-apa langkah atau perintah di bawah subseksyen (1).
  (7)   Saraan juruaudit atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen (6) dan perbelanjaan lain yang berhubungan dengan penilaian itu hendaklah dibayar oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1).
  (8)   Walau apa pun subseksyen (5), apa-apa langkah atau perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
  (9)   Mana-mana orang yang gagal mematuhi subseksyen (5) atau apa-apa kehendak Bank di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kepada kestabilan kewangan32.   (1)   Tanpa menjejaskan seksyen 31, Bank boleh, bagi maksud mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan kewangan—
(a)memberikan bantuan kecairan kepada mana-mana institusi kewangan;
(b)membuat perkiraan dengan bank pusat lain untuk memberikan bantuan kecairan kepada subsidiari atau cawangan di luar Malaysia bagi mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia; atau
(c)dalam hal mana-mana institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju—
(i)membeli atau melanggan syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan itu;
(ii)mengadakan pembiayaan kepada mana-mana institusi kewangan lain atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d) untuk membeli keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain institusi kewangan itu; atau
(iii)tertakluk kepada subseksyen 38(2), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meletak hak pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan lain atau mana-mana orang lain keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh, institusi kewangan itu.
  (1A)   Penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak tidak akan terjejas oleh pembuatan suatu perintah peletakhakan, bagi keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau semua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang dikeluarkan oleh, suatu institusi kewangan menurut subperenggan (1)(c)(iii).Akta A1448.
  (2)   Walau apa pun takrif “institusi kewangan” dalam subseksyen 2(1), institusi kewangan bagi maksud perenggan (1)(a) hendaklah termasuk mana-mana institusi kewangan yang di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan yang lain atau bukan di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank atau mana-mana pihak berkuasa penyeliaan yang lain.
Usaha wajar33.   Berhubung dengan suatu institusi kewangan yang disebut dalam perenggan 32(1)(a) atau (b) atau mana-mana perbadanan berkaitannya, Bank boleh menjalankan usaha wajar dan memeriksa, mengambil milikan atau membuat salinan atau cabutan daripada apa-apa buku, dokumen, akaun dan transaksi institusi kewangan itu atau mana-mana perbadanan berkaitannya atau menghendaki institusi itu atau mana-mana perbadanan berkaitannya untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank sebelum pembentangan apa-apa cadangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan di bawah subperenggan 38(1)(a)(ii) atau sebelum memberikan apa-apa bantuan kecairan atau semasa tempoh yang apa-apa bantuan sedemikian diberikan.
Bantuan kecairan di bawah perenggan 32(1)(a) atau (b)34.   Bantuan kecairan di bawah perenggan 32(1)(a) atau (b) boleh diberikan melalui—
(a)pembiayaan bersandarkan apa-apa bentuk sekuriti yang dianggap mencukupi oleh Bank;
(b)pembelian atau komitmen untuk membeli aset institusi kewangan itu;
(c)pemberian pinjaman atau pertukaran aset Bank dengan aset institusi kewangan itu;
(d)jaminan atau tanggung rugi; atau
(e)apa-apa perkiraan lain yang dianggap sesuai oleh Bank,
atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Bank dalam hal keadaan itu.
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(i)35.   (1)   Bank boleh, sebagaimana yang difikirkannya perlu, dalam menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 32(1)(c)(i) berhubung dengan suatu institusi kewangan, melalui perintah secara bertulis—
(a)menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu;
(b)mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau
(c)melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
  (2)   Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Bank hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu peluang untuk membuat representasi.
  (3)   Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun—
(a)apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini;
(b)apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau
(c)apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu.
Peruntukan tambahan yang berhubungan dengan subperenggan 32(1)(c)(iii)36.   (1)   Jadual Ketiga hendaklah terpakai berhubung dengan suatu perintah Bank di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) dan perintah itu hendaklah mengikat semua orang yang baginya perintah itu dibuat atau yang tersentuh oleh perintah itu tidak kira bahawa orang itu tidak mengetahui mengenai apa-apa hal keadaan yang menyebabkan perintah itu dibuat, atau tidak mempunyai peluang untuk didengar oleh, atau untuk membuat apa-apa representasi kepada, Bank berhubung dengan perintah itu.
  (2)   Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan berkesan sepenuhnya walau apa pun—
(a)apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara seksyen ini dengan mana-mana peruntukan lain Akta ini;
(b)apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang termasuk undang-undang yang dengannya atau di bawahnya institusi kewangan itu dibentuk, ditubuhkan, diperbadankan atau didaftarkan; atau
(c)apa-apa yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang dibuat oleh atau bagi pihak institusi kewangan itu atau dalam mana-mana kontrak yang menyentuh syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh atau selainnya yang berhubungan dengan institusi kewangan itu.
  (3)   Jika Bank membuat suatu perintah bagi suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii), Bank hendaklah memberikan notis mengenai perintah itu melalui penyiaran dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
  (4)   Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah termasuk harga urus niaga bagi pemindahan itu dan hak mana-mana orang yang terjejas untuk merayu di bawah subseksyen (11) mengenai harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12).
  (5)   Harga urus niaga yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah ditentukan oleh seorang penilai bebas.
  (6)   Tertakluk kepada subseksyen (14), penerima pindahan dan pemindah hendaklah sama-sama bersetuju tentang orang yang akan dilantik oleh Bank sebagai penilai bebas di bawah subseksyen (5).
  (7)   Jika suatu persetujuan di bawah subseksyen (6) tidak dicapai antara penerima pindahan dengan pemindah dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank sebagai munasabah, pelantikan seorang penilai bebas hendaklah dibuat oleh Menteri apabila perkara itu dirujukkan kepadanya oleh Bank dan keputusan Menteri adalah muktamad.
  (8)   Saraan penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (6) atau (7) hendaklah dibayar daripada harga urus niaga itu melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank.
  (9)   Dalam menentukan harga urus niaga di bawah subseksyen (5) bagi perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu, penilai bebas itu hendaklah—
(a)mengambil kira perkara yang difikirkan berkaitan oleh penilai bebas termasuk keadaan pasaran semasa bagi jualan atau pelupusan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu yang serupa; dan
(b)tidak mengambil kira apa-apa faedah yang diperoleh daripada apa-apa bantuan kewangan khas yang disediakan secara langsung atau tidak langsung oleh Bank atau Kerajaan kepada pemindah itu.
  (10)   Walau apa pun subseksyen (9), jika pemindah itu tidak solven dan keseluruhan perniagaan, aset atau liabiliti pemindah itu diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii), balasan sebanyak satu ringgit hendaklah disifatkan munasabah sebagai harga urus niaga di bawah subseksyen (5).
  (11)   Mana-mana orang yang terkilan dengan harga urus niaga itu boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penyiaran notis di bawah subseksyen (3), merayu tentang harga urus niaga itu kepada Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12) dengan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Bank.
  (12)   Jika mana-mana orang merayu di bawah subseksyen (11), Bank hendaklah membentuk suatu Jawatankuasa Pentaksir yang terdiri daripada tiga orang bebas sebagai anggota Jawatankuasa Pentaksir itu, yang dipilih daripada panel sepuluh orang yang dilantik oleh Menteri atas syor Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga, dan merujukkan rayuan itu kepada Jawatankuasa Pentaksir itu.
  (13)   Jawatankuasa Pentaksir yang dibentuk di bawah subseksyen (12) boleh menentukan tatacaranya sendiri.
  (14)   Jika peletakhakan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) adalah pada Bank atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), penilai bebas yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah dilantik oleh Menteri.
  (15)   Peletakhakan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) hendaklah berkuat kuasa tidak kira apa-apa rayuan di bawah subseksyen (11), atau apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pentaksir.
  (16)   Bank boleh, sebagaimana yang disifatkannya perlu, dalam menjalankan kuasanya di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) berhubung dengan pemindah, melalui perintah secara bertulis—
(a)menyingkirkan daripada jawatan, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu, mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu;
(b)mengubah atau menamatkan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu; atau
(c)melantik mana-mana orang sebagai pengarah, pegawai atau pekerja institusi kewangan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
  (17)   Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (16), Bank hendaklah memberi pengarah, pegawai atau pekerja pemindah itu peluang untuk membuat representasi.
  (18)   Bagi maksud seksyen ini—
   “harga urus niaga” ertinya harga yang padanya keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii) diletakhakkan pada penerima pindahan;
   “pemindah” ertinya institusi kewangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, pemegang syer institusi kewangan itu atau pemegang instrumen modal institusi kewangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
   “penerima pindahan” ertinya Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan, atau mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya diletakhakkan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) keseluruhan atau sebahagian perniagaan, aset atau liabiliti, atau kesemua atau mana-mana syer atau instrumen modal lain yang diterbitkan oleh institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju.
Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan37.   (1)   Bagi maksud seksyen 38, hendaklah ada suatu jawatankuasa Bank yang dikenali sebagai “Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan”.
  (2)   Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan hendaklah terdiri daripada Gabenor, seorang Timbalan Gabenor dan tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri atas syor Lembaga daripada kalangan pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1) atau orang lain.
  (3)   Lembaga, dalam mengesyorkan mana-mana orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan, hendaklah pada setiap masa berpuas hati bahawa orang itu mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dengan tanggungjawab dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan dan ialah seorang yang jujur, berwibawa dan berfikiran waras.
  (4)   Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah dimaklumkan mengenai dan diundang ke semua mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan.Akta A1448.
  (5)   Apabila Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan yang disebut dalam subseksyen (4) dia hadir sebagai seorang anggota Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan.
  (6)   Jika mana-mana cadangan yang dibuat oleh Bank di bawah subsekysen 38(1) adalah berkenaan dengan seseorang atau sesuatu institusi kewangan di bawah penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan lain, ketua pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah dimaklumkan dan ketua pihak berkuasa penyeliaan itu atau wakilnya hendaklah hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan itu sebagai seorang anggota.
  (7)   Ketidakhadiran Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan atau ketidakhadiran ketua mana-mana pihak berkuasa penyeliaan yang berkenaan atau wakilnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan tidak membatalkan keputusan yang dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa itu.
  (8)   Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan hendaklah dipengerusikan oleh Gabenor atau, semasa ketiadaan Gabenor, oleh Timbalan Gabenor yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7).
  (9)   Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan hendaklah bermesyuarat sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dan pada mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan kuorum ialah tiga orang anggota, termasuk Gabenor atau, semasa ketiadaan Gabenor, Timbalan Gabenor yang ditentukan Lembaga di bawah subseksyen 15(7).
  (10)   Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan38.   (1)   Bank hendaklah membentangkan cadangan yang berikut pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan:
(a)suatu cadangan berkenaan dengan seseorang atau sesuatu institusi kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang di bawah penyeliaan atau pengawasan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain, atau bukan di bawah penyeliaan atau pengawasan Bank atau mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain—
(i)di bawah perenggan 31(1)(a) bagi suatu langkah yang akan ditentukan kepada suatu golongan, kategori atau perihalan orang yang terlibat dalam pengantaraan kewangan atau di bawah perenggan 31(1)(b)untuk suatu perintah yang akan dikeluarkan kepada orang itu dalam suatu golongan, kategori atau perihalan orang; atauAkta A1448.
(ii)di bawah perenggan 32(1)(a) bagi peruntukan bantuan kecairan kepada institusi kewangan itu;
(b)suatu cadangan di bawah perenggan 32(1)(b) untuk membuat perkiraan berhubung dengan subsidiari atau cawangan di luar Malaysia institusi kewangan yang ditubuhkan di Malaysia;
(c)suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(i) bagi pembelian atau langganan syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan;
(d)suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(ii) bagi peruntukan pembiayaan untuk pembelian perniagaan, aset, liabiliti, syer atau apa-apa instrumen modal lain suatu institusi kewangan lain; dan
(e)suatu cadangan di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) bagi suatu perintah untuk meletak hakkan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan pada Bank, suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(d), suatu institusi kewangan lain atau mana-mana orang lain.
  (2)   Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan boleh memutuskan untuk menerima apa-apa cadangan yang dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa di bawah subseksyen (1), menolak cadangan itu atau menghendaki Bank untuk membentangkan cadangan yang lain untuk pertimbangan Jawatankuasa itu dan Bank hendaklah bertindak mengikut keputusan Jawatankuasa itu.
Bentuk relief39.   (1)   Dalam mana-mana prosiding sivil di hadapan mana-mana mahkamah berhubung dengan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini, mahkamah hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2) dan peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk membuat segala perintah sebagaimana yang ia mempunyai kuasa untuk membuatnya dalam prosiding antara pihak-pihak, dan selainnya untuk memberikan apa-apa relief yang sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh keadaan.
  (2)   Dalam mana-mana prosiding sivil terhadap Bank, berhubung dengan mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini—
(a)jika apa-apa relief dipohon yang boleh dalam prosiding antara pihak-pihak diberikan melalui injunksi atau pelaksanaan spesifik, mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau membuat suatu perintah pelaksanaan spesifik; dan
(b)bagi mendapatkan kembali tanah atau harta lain, mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah bagi mendapatkan kembali tanah itu atau penyerahan harta itu.
  (3)   Mahkamah tidak boleh dalam mana-mana prosiding sivil berhubung dengan mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subsekyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) atau apa-apa tindakan, perkiraan, skim atau langkah lain Bank berhubung dengan kestabilan kewangan yang berkaitan dengan atau berbangkit daripada mana-mana perintah sedemikian atau berhubung dengan apa-apa perkara lain di bawah Bab ini memberikan apa-apa injunksi atau membuat apa-apa perintah terhadap seseorang pegawai Bank jika kesan pemberian injunksi atau pembuatan perintah itu akan memberikan apa-apa relief terhadap Bank yang tidak boleh diperoleh dalam prosiding terhadap Bank.
  (4)   Mana-mana perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 31(1) atau subperenggan 32(1)(c)(iii) hendaklah mempunyai kesan mengikut peruntukan Bahagian ini dan, walau apa pun apa-apa prosiding undang-undang yang dimulakan menurut subseksyen (2), hendaklah mengikat mana-mana orang yang kepadanya perintah itu dikeluarkan.
Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain40.   (1)   Bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan, Bank boleh—
(a)membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan lain dan menyelaraskan langkah kestabilan kewangan dengan pihak berkuasa penyeliaan itu; dan
(b)mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa penyeliaan lain jika pada pendapat Bank perlu untuk mendapatkan atau berkongsi maklumat atau dokumen itu.
  (2)   Jika Bank berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)
(a)dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia, maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Bank; atau
(b)dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di luar Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan.
Nasihat atau syor tentang kestabilan kewangan kepada pihak berkuasa penyeliaan41.   Bank boleh, demi kepentingan kestabilan kewangan menasihatkan, atau membuat syor kepada mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia tentang—
(a)implikasi mana-mana undang-undang bertulis, dasar atau langkah yang dicadangkan oleh pihak berkuasa itu yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan; dan
(b)langkah atau perlindungan yang sesuai diambil bagi maksud menggalakkan kestabilan kewangan.
Kerahsiaan42.   (1)   Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 40(1)(b) dan seksyen 86, apa-apa maklumat atau dokumen yang dikemukakan oleh mana-mana orang di bawah seksyen 30 adalah rahsia antara orang itu dengan Bank.
  (2)   Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah seksyen 30 dan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia yang daripadanya maklumat atau dokumen itu hendak diperoleh oleh Bank di bawah perenggan 40(1)(b) hendaklah menyediakan maklumat atau dokumen itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji, atau kehendak kerahsiaan yang berlawanan atau apa-apa obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.
  (3)   Mana-mana orang tidak boleh, dalam mematuhi kehendak untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (2), dianggap sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan itu.
Bab 2
Pasaran wang dan pasaran pertukaran asing
Kaedah, garis panduan, dsb., bagi pasaran wang, dsb.43.   (1)   Bank boleh mengeluarkan kaedah, kod, piawaian, prinsip atau garis panduan bagi maksud pengawalseliaan, pembangunan, atau pemeliharaan keadaan yang teratur atau integriti, pasaran wang, pasaran pertukaran asing atau pasaran bagi terbitan yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diniagakan dalam pasaran-pasaran ini.
  (2)   Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah, kod, piawaian, prinsip atau garis panduan boleh dikeluarkan berkenaan dengan pasaran wang, pasaran pertukaran asing atau pasaran bagi terbitan yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diniagakan dalam pasaran-pasaran ini—
(a)untuk memastikan urus niaga yang teratur dalam pasaran itu;
(b)untuk mengenakan obligasi dan kewajipan kepada peserta pasaran itu atau apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan, termasuk yang ditubuhkan atau dikendalikan menurut subseksyen 44(1); dan
(c)atas penerbitan atau pemerolehan, pegangan atau pelupusan instrumen kewangan dalam pasaran itu.
  (3)   Bank boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Bank, melantik suatu organisasi kawal selia sendiri yang ditubuhkan bagi pasaran pertukaran asing atau pasaran bagi terbitan yang berkaitan dengan mata wang, sekuriti dan instrumen kewangan lain yang diniagakan dalam pasaran-pasaran ini bagi maksud—
(a)menggalakkan pengawalseliaan, pembangunan dan pemeliharaan keadaan yang teratur atau integriti pasaran itu; dan
(b)memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) atau dalam menjalankan apa-apa kuasa bagi pihak Bank.
  (4)   Pelantikan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah disiarkan dalamWarta.
  (5)   Bank hendaklah membuat perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan di Malaysia untuk menyelaraskan pengawalseliaan terbitan atau instrumen kewangan dalam pasaran wang yang dalam penyeliaan dan pengawasan pihak berkuasa penyeliaan itu.
Bank boleh menubuhkan sistem bagi dana, sekuriti hutang, dsb.44.   (1)   Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(c) atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank boleh menubuhkan atau mengendalikan apa-apa sistem, elektronik atau selainnya, sebagaimana yang perlu—
(a)untuk memudahkan pemindahan, penjelasan dan penyelesaian dana dan sekuriti hutang;
(b)untuk memudahkan penenderan, penerbitan, peminjaman dan pemberian pinjaman sekuriti hutang;
(c)untuk memberikan maklumat kepada mana-mana orang berhubung dengan pasaran wang atau berhubung dengan penenderan, penerbitan, dagangan dan penawaran, atau harga bida sekuriti hutang atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang berhubungan dengan sekuriti hutang;
(d)bagi pengendalian pusat sekuriti hutang yang didepositkan dengan Bank melalui catatan dalam akaun sekuriti hutang tanpa penyerahan fizikal sijil;
(e)bagi menjalankan apa-apa aktiviti lain berhubung dengan mana-mana sistem dalam perenggan (a) hingga (d); dan
(f)bagi penyebaran maklumat yang berhubungan dengan perenggan (a)hingga (e),
dalam pasaran-pasaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
  (2)   Bank boleh berfungsi sebagai suatu depositori atau ejen pembayaran atau menjalankan apa-apa fungsi tambahan atau sampingan lain berhubung dengan penubuhan atau pengendalian mana-mana sistem yang disebut dalam subseksyen (1).
  (3)   Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti hutang” termasuklah—
Akta 637.(a)saham yang diterbitkan di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 [Akta 637];
Akta 188.(b)Bil Perbendaharaan yang diterbitkan di bawah Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188];
Akta 275.(c)pelaburan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275];
(d)sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah perenggan 26(2)(a);
(e)debentur, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, dalam denominasi dan boleh dibayar dalam ringgit yang diterbitkan oleh Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana badan berkanun, mana-mana perbadanan termasuk syarikat persendirian atau syarikat awam, atau mana-mana orang lain yang di bawah dokumen konstituen mereka boleh menerbitkan apa-apa debentur yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank menurut seksyen ini; dan
(f)apa-apa sekuriti atau debentur sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri atas syor Lembaga yang ditenderkan, didepositkan, dijelaskan atau diselesaikan melalui apa-apa sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Bank menurut seksyen ini.
Bab 3
Perkhidmatan kewangan dan fungsi lain
Kerjasama dengan institusi kewangan45.   Bank hendaklah menggunakan usaha terbaiknya dalam bekerjasama dengan institusi kewangan di Malaysia untuk—
(a)menggalakkan dan memelihara perkhidmatan perbankan dan kewangan bagi orang ramai; dan
(b)memupuk piawaian perbankan dan kewangan yang tinggi di Malaysia.
Rumah penjelasan dan penyelesaian baki antara institusi kewangan46.   (1)   Bagi memudahkan penjelasan cek dan kredit atau instrumen pembayaran lain bagi institusi kewangan atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Bank, Bank atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan 48(1)(c) boleh, pada masa yang sesuai dan bersama dengan institusi atau orang itu, menubuhkan suatu rumah penjelasan di Kuala Lumpur dan di mana-mana tempat lain sebagaimana yang dianggap perlu oleh Bank atau pertubuhan perbadanan itu.
  (2)   Suatu institusi kewangan atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Bank hendaklah menyelesaikan, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Bank atau pertubuhan perbadanan itu dari semasa ke semasa melalui notis secara bertulis, kesemua baki antaranya dengan mana-mana institusi kewangan lain atau mana-mana orang yang diluluskan oleh Bank yang berbangkit daripada penjelasan umum yang dijalankan di Kuala Lumpur dan mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank atau pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan 48(1)(c).
Biro kredit47.   (1)   Bank boleh menubuhkan suatu biro kredit untuk mengumpulkan, mengikut apa-apa cara dan setakat yang difikirkan patut oleh Bank, maklumat kredit (termasuk maklumat tentang dan yang berhubungan dengan penolakan apa-apa cek oleh sesuatu bank pembayar oleh sebab kekurangan wang dalam akaun penyuruh bayar cek itu) atau apa-apa maklumat lain yang dianggap berkaitan oleh Bank dalam penilaian kepercayaan kredit pelanggan mana-mana institusi kewangan.Nota.
  (2)   Walau apa pun seksyen 86, Bank boleh menzahirkan, mengikut apa-apa cara dan setakat yang difikirkan patut oleh Bank, maklumat kredit kepada—
(a)mana-mana institusi kewangan bagi maksud membantu dalam menilai kepercayaan kredit pelanggannya yang sedia ada dan berpotensi atau bagi maksud membantu sesuatu institusi kewangan untuk menilai kelayakan pelanggan untuk menyenggara atau membuka suatu akaun semasa dengan institusi kewangan yang merupakan suatu institusi kewangan yang diberi kuasa oleh Bank untuk mengendalikan akaun semasa, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan institusi kewangan itu melainkan jika institusi kewangan itu diminta oleh seorang pelanggan untuk menzahirkan maklumat itu berkenaan dengan akaun pelanggan itu;
(b)pelanggan sesuatu institusi kewangan berkenaan dengan akaunnya sendiri, atau sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, kepada seorang pelanggan atau mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan, bagi maksud mengesahkan ketepatan maklumat kredit yang diberikan oleh institusi kewangan itu, atau bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank kepada pelanggan atau orang itu berkenaan dengan apa-apa akaun yang pelanggan atau orang itu menanggung apa-apa obligasi kewangan adalah rahsia antara Bank dengan pelanggan atau orang yang berkenaan itu;
(c)mana-mana agensi pelaporan kredit yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan agensi pelaporan kredit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, bagi maksud menyediakan perkhidmatan pelaporan kredit atau penilaian kredit, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa maklumat yang dizahirkan oleh Bank itu adalah rahsia antara Bank dengan agensi pelaporan kredit itu dan dengan syarat selanjutnya bahawa persetujuan pelanggan hendaklah diperoleh bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya;
(d)mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Bank, untuk mengumpulkan maklumat atau data atau menjalankan penyelidikan bagi maksud melaksanakan matlamat dan menjalankan fungsi Bank di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa apa-apa penyiaran maklumat, data atau penyelidikan oleh Bank atau mana-mana orang lain itu hendaklah digabungkan atau diagregatkan dan tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana pelanggan sesuatu institusi kewangan yang dengannya maklumat, data atau penyelidikan itu berkaitan; dan
(e)mana-mana orang lain yang dianggap perlu oleh Bank berkenaan dengan akaun seorang pelanggan sesuatu institusi kewangan, bagi apa-apa maksud yang difikirkan patut oleh Bank, dengan syarat bahawa pelanggan institusi kewangan itu telah memberikan persetujuannya bagi penzahiran maklumat berkenaan dengan akaunnya.
  (3)   Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap Bank kerana atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau yang ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat di bawah seksyen ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat dengan suci hati.
  (4)   Mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja Bank, sesuatu institusi kewangan atau sesuatu agensi pelaporan kredit atau mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (2)(d) atau (e) yang kepadanya apa-apa maklumat kredit telah dizahirkan yang tidak mematuhi syarat yang diperuntukkan dalam peruntukan yang sama melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Penubuhan pertubuhan perbadanan, dsb.48.   (1)   Walau apa pun seksyen 76, Bank boleh—
(a)menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud latihan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan kewangan;
(b)menubuhkan pertubuhan perbadanan bagi maksud memberikan kaunseling kewangan, perkhidmatan pengurusan hutang dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan;
(c)menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, untuk mengendalikan sistem pembayaran atau mengeluarkan instrumen pembayaran, dan menjalankan apa-apa fungsi atau aktiviti tambahan atau sampingan yang lain, bagi maksud menggalakkan dan membangunkan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran di Malaysia;
(d)menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud subperenggan 32(1)(c)(i), (ii) atau (iii);
(da)menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan atau memperoleh atau memegang syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud menjalankan fungsinya sebagai suatu institusi perantaraan di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang dikuatkuasakan oleh Bank; danAkta A1448.
(e)dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, dan tertakluk kepada seksyen 50, menubuhkan pertubuhan perbadanan atau memperoleh, memegang atau menjual syer sesuatu pertubuhan perbadanan, keseluruhannya atau sebahagiannya, bagi maksud melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
  (2)   Bank boleh—
(a)memberi, menderma atau menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan (b) dan mewujudkan dan menguruskan suatu dana untuk memenuhi perbelanjaan pertubuhan perbadanan itu;
(b)menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) atau (d); dan
(c)tertakluk kepada seksyen 50, menyediakan pembiayaan sebagaimana yang perlu bagi penubuhan atau pengendalian suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(e).
  (3)   Bank hanya boleh menyediakan pembiayaan di bawah perenggan (2)(b)kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(c) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank.
  (4)   Bank hanya boleh menyediakan pembiayaan di bawah perenggan (2)(b)kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh di bawah perenggan (1)(d) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank atau dimiliki bersama oleh Bank dan Kerajaan.
Akta 400.  (5)   Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400] tidak terpakai bagi suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(d) dan (da).Akta A1448.
Pembiayaan bagi maksud khas49.   Bank, dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, boleh mengadakan dana untuk menyediakan pembiayaan melalui institusi-institusi kewangan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh Bank—
(a)dalam hal apa-apa hal keadaan genting atau force majeure; dan
(b)kepada mana-mana bahagian ekonomi bagi maksud untuk menggalakkan rangkuman kewangan.
Had ke atas pelaburan dan pembiayaan50.   Nilai syer yang dipegang oleh Bank di bawah perenggan 48(1)(e) berserta dengan pembiayaan yang dibuat di bawah perenggan 48(2)(c) dan dana yang diadakan di bawah seksyen 49 tidak boleh pada agregatnya pada bila-bila masa melebihi dua kali ganda Kumpulan Wang Rizab Am.
BAHAGIAN VII
PERNIAGAAN KEWANGAN ISLAM
Bab 1
Majlis Penasihat Shariah
Penubuhan Majlis Penasihat Shariah51.   (1)   Bank boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat Shariah mengenai Kewangan Islam yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.
  (2)   Majlis Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Fungsi Majlis Penasihat Shariah52.   (1)   Majlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini;
(b)untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank;
(c)untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(d)apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.
  (2)   Bagi maksud Bahagian ini, “keputusan” ertinya apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.
Pelantikan anggota Majlis Penasihat Shariah53.   (1)   Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat Shariah.
  (2)   Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, hendak dilantik di bawah subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali—
(a)dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Negara; dan
(b)dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan Ketua Hakim Syarie Negeri atau Wilayah Persekutuan masing- masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
  (3)   Seseorang anggota Majlis Penasihat Shariah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikan mereka masing-masing, dan adalah layak untuk dilantik semula.
  (4)   Anggota Majlis Penasihat Shariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada dana Bank.
Urus setia Majlis Penasihat Shariah54.   Bank boleh—
(a)menubuhkan urus setia dan apa-apa jawatankuasa lain sebagaimana yang dianggap perlu olehnya untuk membantu Majlis Penasihat Shariah dalam menjalankan fungsinya; dan
(b)melantik mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang lain untuk menjadi anggota urus setia atau jawatankuasa lain itu.
Bank dan institusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah55.   (1)   Bank hendaklah merujuk kepada Majlis Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara—
(a)yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam; dan
(b)bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain mengikut Shariah,
yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah.
  (2)   Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh—
(a)membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau
(b)mendapatkan nasihat,
Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.
Rujukan kepada Majlis Penasihat Shariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara56.   (1)   Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Shariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
(a)mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat Shariah yang telah disiarkan; atau
(b)merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penasihat Shariah untuk keputusannya.
  (2)   Apa-apa permintaan untuk nasihat atau suatu keputusan Majlis Penasihat Shariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada urus setia.
Kesan keputusan Shariah57.   Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah menurut suatu rujukan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah mengikat institusi-institusi kewangan Islam di bawah seksyen 55 dan mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan di bawah seksyen 56.
Keputusan Majlis Penasihat Shariah terpakai58.   Jika keputusan yang dibuat oleh suatu badan atau jawatankuasa Shariah yang dibentuk di Malaysia oleh sesuatu institusi kewangan Islam adalah berbeza dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah, keputusan Majlis Penasihat Shariah hendaklah terpakai.
Bab 2
Kuasa Bank
Bank hendaklah mengeluarkan pekeliling, garis panduan, dsb., mengenai perkara Shariah59.   (1)   Bank boleh mengeluarkan apa-apa pekeliling, garis panduan atau notis bertulis mengenai apa-apa perkara Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam yang dijalankan oleh mana-mana institusi kewangan Islam mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah.
  (2)   Sesuatu institusi kewangan Islam hendaklah mematuhi mana-mana pekeliling, garis panduan atau notis bertulis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam pekeliling, garis panduan atau notis itu.
  (3)   Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana pekeliling, garis panduan atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa60.   (1)   Bank hendaklah, dengan bekerjasama dengan Kerajaan atau mana-mana agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa penyeliaan atau organisasi antarabangsa atau supranasional, membangunkan dan mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
  (2)   Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh—
(a)menubuhkan urus setia atau jawatankuasa lain untuk membantu Kerajaan atau mana-mana organisasi, majlis, agensi atau jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan; dan
(b)secara amnya mengambil apa-apa langkah atau memudahkan apa-apa tindakan atau menyediakan pembiayaan,
sebagaimana yang perlu bagi pembangunan dan promosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
BAHAGIAN IX
RIZAB LUAR NEGARA
Kewajipan Bank untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara67.   (1)   Menjadi kewajipan Bank pada setiap masa untuk memegang dan menguruskan rizab luar negara bagi maksud melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya di bawah Akta ini dan memastikan keyakinan orang ramai.
  (2)   Tertakluk kepada seksyen 68, rizab luar negara yang dipegang dan diuruskan di bawah subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)emas atau logam berharga lain;
(b)mata wang asing;
(c)sekuriti, atau sekuriti yang dijamin oleh—
(i)kerajaan atau agensi kerajaan itu; atau
(ii)institusi kewangan antarabangsa;
(d)apa-apa kemudahan pengeluaran wang yang sedia ada oleh mana-mana institusi kewangan antarabangsa;
(e)bil pertukaran; dan
(f)apa-apa sekuriti lain dan instrumen kewangan lain termasuk terbitan.
Dasar dan garis panduan mengenai rizab luar negara68.   Bank hendaklah memegang dan menguruskan rizab luar negara mengikut dasar dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga.
BAHAGIAN X
HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN
Jurubank dan ejen kewangan kepada Kerajaan69.   (1)   Dalam fungsinya sebagai jurubank dan ejen kewangan kepada Kerajaan, Bank—
(a)hendaklah menjaga akaun wang Kerajaan yang diterima dan dibelanjakannya; dan
(b)boleh membuat terbitan dan pengurusan sekuriti, Bil Perbendaharaan dan instrumen kewangan lain yang diterbitkan kepada umum oleh Kerajaan.
  (2)   Bank tidak boleh mengenakan caj kepada Kerajaan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukan bagi perkhidmatan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Nasihat kepada, dan bertindak secara am sebagai ejen, Kerajaan70.   (1)   Gabenor atau mana-mana Timbalan Gabenor dengan kelulusan Menteri atau mana-mana pegawai Bank dengan kelulusan Gabenor, boleh atas permintaan Kerajaan, bertindak sebagai anggota mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan untuk menasihati atau memeriksa apa-apa perkara yang melibatkan perkara monetari, kewangan, perbankan atau mata wang di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.
  (2)   Bank, jika sesuai dan selaras dengan matlamatnya dan peruntukan Akta ini dan jika ia berkemahiran dan mempunyai kepakaran—
(a)hendaklah, atas permintaan Kerajaan atau jika dianggap perlu oleh Bank demi kepentingan ekonomi, menasihati Kerajaan tentang perkara ekonomi;
(b)boleh, atas permintaan Kerajaan, bertindak sebagai anggota mana-mana jawatankuasa yang melibatkan perkara ekonomi di Malaysia;
(c)boleh, atas permintaan Kerajaan, mewakili Kerajaan sebagai ejennya dalam segala urus niaga, rundingan atau transaksi yang berhubungan dengan perkara monetari, kewangan, perbankan, mata wang atau ekonomi dengan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa di luar Malaysia yang dengannya Kerajaan terikat atau memberikan sokongan atau kelulusan; atau
(d)boleh bertindak secara am sebagai ejen kepada Kerajaan atas apa-apa terma dan syarat yang hendaklah dipersetujui antara Bank dengan Kerajaan.
Pembiayaan sementara kepada Kerajaan71.   (1)   Lembaga boleh memberikan pembiayaan sementara kepada Kerajaan atas terma pasaran semasa berkenaan dengan kekurangan sementara hasil belanjawan.
  (2)   Semua pembiayaan yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar balik dengan seberapa segera yang mungkin dan hendaklah dalam apa-apa hal kena dibayar tidak lebih daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangan Kerajaan yang dalamnya pembiayaan itu diberikan; dan jika selepas tarikh itu apa-apa pembiayaan masih tertunggak, kuasa Bank untuk memberikan pembiayaan selanjutnya bagi mana-mana tahun kewangan yang berikutnya tidak boleh dijalankan melainkan jika dan sehingga pembiayaan tertunggak itu telah dibayar balik.
  (3)   Agregat amaun pembiayaan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan, yang dibeli oleh Bank tidak termasuk apa-apa sekuriti yang diperoleh semasa, atau dipegang semata-mata bagi, operasi dasar monetari, tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua belas setengah peratus daripada anggaran penerimaan Persekutuan yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan bagi tahun kewangan Kerajaan yang dalamnya pembiayaan itu diberikan.
Perkara dasar72.   (1)   Bank hendaklah sentiasa memaklumkan Menteri tentang dasar-dasar yang berhubungan dengan matlamat utamanya.
  (2)   Sekiranya terdapat perbezaan pendapat antara Menteri dengan Bank berhubungan dengan matlamat utamanya, Menteri dan Bank hendaklah berikhtiar untuk mencapai suatu persetujuan.
  (3)   Jika Menteri dan Bank tidak dapat mencapai suatu persetujuan, Lembaga hendaklah memberikan kepada Menteri suatu pernyataan berhubung dengan perkara yang berkenaan dengannya perbezaan pendapat itu berbangkit.
  (4)   Menteri hendaklah kemudiannya mengemukakan suatu syor berserta dengan pernyataan yang diberikan oleh Lembaga di bawah subseksyen (3) kepada Jemaah Menteri.
  (5)   Bertindak atas syor Menteri dan pernyataan yang diberikan oleh Lembaga, Jemaah Menteri boleh menentukan dasar yang hendak diterima pakai oleh Bank.
  (6)   Menteri hendaklah memaklumkan Bank tentang dasar sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5) dan bahawa Kerajaan bertanggungjawab bagi dasar itu.
  (7)   Bank hendaklah kemudiannya melaksanakan dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5).
  (8)   Jika Lembaga membantah dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5), Lembaga boleh mengemukakan bantahan dan sebab-sebabnya secara bertulis kepada Menteri yang hendaklah membentangkannya berserta dengan dasar itu sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (5) di hadapan Dewan Rakyat, atau, jika Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya.
BAHAGIAN XI
KUASA BANK YANG LAIN
Pematuhan Shariah73.   (1)   Bank boleh, dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil apa-apa langkah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah untuk memastikan bahawa apa-apa fungsi, urusan atau hal ehwal itu adalah mengikut Shariah.
  (2)   Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), jika apa-apa perkiraan atau langkah di bawah subseksyen (1) menghendaki—
(a)penubuhan suatu perbadanan atau suatu perkongsian;
(b)supaya apa-apa aku janji komersial, pertanian atau perindustrian dibuat; atau
(c)transaksi yang melibatkan perdagangan, bailmen, jualan, belian, pajakan atau jualan dan pajakan semula, agensi, endowmen atau perniagaan atau urus niaga lain yang melibatkan perkhidmatan, harta intelek, komoditi, aset atau harta lain,
yang dilarang atau tidak dibenarkan oleh Akta ini, Bank boleh, hanya bagi maksud untuk menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya menurut Shariah, membuat apa-apa perkiraan atau mengambil langkah itu.
Pemerolehan harta tak alih74.   Bank boleh membeli, memperoleh atau memajak harta tak alih—
(a)bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya mengikut Shariah menurut seksyen 73;
(b)bagi peruntukan atau peruntukan masa hadapan bagi—
(i)premis perniagaan untuk Bank dan agensinya dan mana-mana rumah penjelasan yang ditubuhkan menurut seksyen 46;
(ii)kediaman bagi Gabenor, Timbalan Gabenor, pegawai dan pekerja; dan
(iii)kemudahan untuk meningkatkan kebajikan pegawai dan pekerja; atau
(c)sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peruntukan Akta ini.
Kuasa am Bank75.   Bank, jika ia selaras dengan matlamatnya, fungsinya dan peruntukan lain dalam Akta ini, boleh—
(a)membuat kontrak;
(b)memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyewakan, menyerahhakkan semula, memindahm likkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Bank atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Bank;
(c)membeli, menjual, membeli semula, memberi pinjaman atau meminjam mata wang, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau membuat terbitan;
(d)membuat pertukaran mata wang, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau instrumen kewangan yang disebut dalam perenggan (c)bagi mata wang lain, sekuriti, emas, logam berharga lain atau komoditi lain atau instrumen kewangan;
(e)membeli, menjual, mendiskaun dan mendiskaun semula bil pertukaran, bil Perbendaharaan atau nota janji hutang yang dikeluarkan di dalam atau di luar Malaysia dan matang dalam tempoh satu tahun dari tarikh pemerolehan atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(f)membeli, menjual atau membeli semula apa-apa sijil deposit yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi kewangan;
(g)bertindak sebagai ejen, koresponden atau jurubank bagi, atau membuka dan menyenggara akaun bagi, atau menerima deposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang daripada, mana-mana bank pusat, pihak berkuasa kewangan, institusi kewangan antarabangsa, pihak berkuasa kewangan antarabangsa atau institusi kewangan lain di luar Malaysia;
(h)membuka akaun bagi, atau menerima deposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang daripada—
(i)Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam atau institusi kewangan; atau
(ii)mana-mana orang lain di Malaysia dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu;
(i)membuka dan menyenggara akaun, mendeposit emas, logam berharga lain atau wang dalam apa-apa mata wang dengan mana-mana institusi kewangan di dalam atau di luar Malaysia, bank pusat, pihak berkuasa kewangan, institusi kewangan antarabangsa atau pihak berkuasa monetari antarabangsa;
(j)mengaku janji bagi pihak pelanggan dan koresponden pembelian, penjualan, pengutipan dan pembayaran sekuriti, mata wang dan instrumen kredit di dalam dan di luar Malaysia, dan pembelian atau penjualan emas dan logam berharga lain;
(k)menerima daripada pelanggan sekuriti dan artikel berharga lain bagi jagaan;
(l)menerima aset, termasuk buku catatan mengenai sekuriti, sebagai cagaran;
(m)meminjam wang, mengambil kredit dan memberi jaminan dan tanggung rugi dalam apa-apa mata wang, di dalam atau di luar Malaysia;
(n)mengeluarkan draf tuntutan dan jenis lain kiriman bayaran yang boleh dibayar di pejabatnya dan cawangannya sendiri atau di pejabat ejen atau koresponden;
(o)melabur dalam sekuriti bagi pihak kakitangan dan kumpulan wang pencen dan dana dalaman lain Bank; dan
(p)melakukan secara amnya segala benda yang biasanya dibuat oleh jurubank.
Perniagaan yang tidak boleh diurusniagakan oleh Bank76.   Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, Bank tidak boleh—
(a)terlibat dalam perdagangan atau selainnya mempunyai suatu kepentingan secara langsung dalam apa-apa pengusahaan komersial, pertanian, perindustrian atau apa-apa pengusahaan lain kecuali dalam perjalanan urusan penunaian hutang yang tertunggak kepada Bank dengan syarat bahawa apa-apa kepentingan itu hendaklah dilupuskan pada peluang bersesuaian yang paling awal;
(b)memberikan pembiayaan yang dicagarkan dengan mana-mana syer;
(c)membeli syer mana-mana perbadanan;
(d)memberikan pembiayaan tidak bercagar atau pembiayaan bercagar selain yang dinyatakan dalam Akta ini:
   Dengan syarat bahawa dalam hal apa-apa hutang yang tertunggak kepada Bank menjadi, pada pendapat Bank, terancam, Bank boleh mencagarkan hutang itu dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih milik penghutang itu dan boleh memperoleh harta itu, yang hendaklah, walau bagaimanapun, dijual semula pada masa bersesuaian yang paling awal;
(e)mengeluarkan atau menerima bil yang boleh dibayar selain atas tuntutan; dan
(f)menerima sebagai diskaun, atau sebagai jaminan bagi apa-apa pembiayaan yang diberikan oleh Bank, bil atau nota yang ditandatangani oleh anggota Lembaga atau oleh pegawai atau pekerja Bank.
Langkah bagi menjaga kestabilan monetari dan kewangan77.   (1)   Walau apa pun peruntukan Akta ini, Lembaga boleh, bagi maksud melaksanakan matlamat Bank atau melindungi kedudukan imbangan pembayaran, melalui notis secara bertulis memberikan arahan kepada, atau mengenakan kehendak atas, mana-mana orang termasuk institusi kewangan berkenaan dengan atau yang berhubungan dengan—Akta A1448.
(a)transaksi antara pemastautin, bukan pemastautin atau pemastautin dengan bukan pemastautin, dalam ringgit atau mata wang asing, atau yang melibatkan emas, logam berharga lain, sekuriti atau instrumen kewangan lain termasuk terbitan; atau
(b)penerimaan, serahan atau penahanan mata wang asing, emas atau logam berharga lain:
   Dengan syarat mana-mana arahan yang diberikan atau kehendak yang dikenakan tidak akan menjejaskan penguatkuasaan pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak.
  (2)   Bagi maksud seksyen ini—
   “bukan pemastautin” ertinya—
(a)mana-mana orang selain seorang pemastautin;
(b)suatu cawangan, subsidiari, pejabat serantau, pejabat jualan atau pejabat perwakilan syarikat pemastautin di luar negara;
(c)Kedutaan, Konsulat, Pesuruhjaya Tinggi, organisasi supranasional atau antarabangsa;
(d)seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang menetap di luar Malaysia; atau
(e)mana-mana orang lain yang boleh ditentukan oleh Bank sebagai seorang bukan pemastautin;
   “mata wang asing” hendaklah mempunyai erti seperti dalam subseksyen 2(1) dan sebagai tambahan termasuklah apa-apa dokumen daripada jenis yang dimaksudkan untuk membolehkan orang yang kepadanya dokumen itu dikeluarkan untuk mendapatkan mata wang asing daripada seseorang yang lain atas kredit daripada orang yang mengeluarkannya, dan khususnya apa-apa cek kembara atau draf atau surat kredit lain yang dimaksudkan sedemikian;
   “orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
   “pemastautin” ertinya—
(a)seorang warganegara Malaysia, tidak termasuk seorang warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap di suatu negara atau wilayah di luar Malaysia dan sedang bermastautin di luar Malaysia;
(b)seorang bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia;
(c)suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan atau ditubuhkan, atau berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa, di Malaysia;
(d)suatu badan yang tidak diperbadankan yang berdaftar dengan atau diluluskan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia;
(e)Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri; atau
(f)mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sebagai seorang pemastautin;
   “sekuriti” ertinya syer, saham, bon, nota (selain nota janji hutang), debentur, saham debentur, unit di bawah suatu skim amanah saham, syer dalam royalti minyak, suatu sekuriti sekunder dan kupon sama ada dalam bentuk tidak berskrip atau mempunyai sijil pembawa, termasuk sijil hakmilik bagi sekuriti atau apa-apa surat perumpukan yang boleh dibatalkan, apa-apa surat hak, apa-apa waran yang memberikan suatu opsyen untuk memperoleh suatu sekuriti, apa-apa sijil deposit berkenaan dengan sekuriti dan apa-apa dokumen lain yang memberikan, atau mengandungi keterangan mengenai, hak ke atas sekuriti sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank;
   “transaksi” termasuklah—
(a)menjual atau membeli;
(b)meminjam atau meminjamkan;
(c)pembayaran, pemindahan atau penyelesaian;
(d)terbitan, pindahan atau penggantian sekuriti;
(e)pemberian atau pemerolehan jaminan kewangan, tanggung rugi atau aku janji seumpamanya berkenaan dengan apa-apa hutang, obligasi atau liabiliti;
(f)apa-apa perbuatan yang melibatkan, adalah bersama dengan, atau persediaan kepada, perkara dalam perenggan (a)(b)(c)(d)(e) dan (g); atau
(g)pengeluaran penyiaran iklan mengenai perkara dalam perenggan (a)(b),(c)(d) dan (e).
  (3)   Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan atau kehendak Lembaga di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Rekod akaun antarabangsa78.   (1)   Bagi maksud melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Bank hendaklah menyenggara suatu rekod akaun antarabangsa yang mengandungi apa-apa data dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
  (2)   Bagi maksud penyenggaraan rekod akaun antarabangsa, Bank hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki secara bertulis pada bila-bila masa orang yang, pada pendapat Bank, mempunyai dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya, atau berkeupayaan untuk mendapatkan, mengumpulkan atau mengemukakan, apa-apa data, maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan rekod akaun antarabangsa—
(a)supaya mengemukakan data, maklumat atau dokumen itu kepada Bank; atau
(b)supaya menghadirkan diri di hadapan seorang pegawai Bank untuk menjawab apa-apa pertanyaan berhubung dengan data, maklumat atau dokumen itu.
  (3)   Mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memastikan bahawa—
(a)data, maklumat atau dokumen yang dikemukakan itu menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(a); atau
(b)apa-apa jawapan kepada apa-apa pertanyaan menurut apa-apa kehendak di bawah perenggan (2)(b),
adalah benar, betul, lengkap dan tidak mengelirukan.
  (4)   Mana-mana orang yang dikehendaki supaya mengemukakan apa-apa data, maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi kehendak itu, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa sumpah, aku janji, atau kehendak kerahsiaan yang berlawanan atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan.
  (5)   Mana-mana orang tidak boleh, dalam mematuhi kehendak supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (4), dikira sebagai memungkiri apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan itu.
  (6)   Bank boleh menyiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, pernyataan yang disatukan daripada kesemua atau mana-mana bahagian rekod akaun antarabangsa itu, dengan mengagregatkan data, maklumat atau butiran dalam dokumen yang diterima atau diperoleh di bawah subseksyen (2), dengan syarat bahawa penyiaran itu tidak boleh dengan apa-apa cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana orang yang dengannya data, maklumat, atau butiran itu berkaitan.
  (7)   Walau apa pun seksyen 88 atau mana-mana undang-undang bertulis lain tetapi tanpa menjejaskan subseksyen (6), apa-apa data, maklumat atau dokumen yang diterima atau diperoleh oleh Bank di bawah subseksyen (2) hendaklah dizahirkan oleh Bank hanya bagi maksud menyenggara rekod akaun antarabangsa, melaksanakan matlamat utamanya atau menjalankan fungsi utamanya di bawah seksyen 5, dan tidak boleh dizahirkan selainnya oleh Bank kepada mana-mana orang.
  (8)   Bagi maksud seksyen ini—
(a)“orang” ertinya orang sebenar, apa-apa perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan dan sebagai tambahan termasuklah Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana kerajaan lain;
   “rekod akaun antarabangsa” merujuk secara kolektif kepada rekod imbangan pembayaran dan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia;
   “rekod imbangan pembayaran” ertinya rekod transaksi ekonomi dan kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia bagi suatu tempoh yang disifatkan sesuai oleh Bank;
   “rekod kedudukan pelaburan antarabangsa” ertinya kedudukan aset dan liabiliti kewangan Malaysia dengan mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia setakat tarikh yang disifatkan sesuai oleh Bank; dan
(b)Bank boleh menentukan—
(i)transaksi ekonomi dan kewangan yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod imbangan pembayaran itu;
(ii)aset dan liabiliti kewangan di luar Malaysia yang boleh dimasukkan atau tidak dimasukkan dalam rekod kedudukan pelaburan antarabangsa; dan
(iii)mana-mana wilayah atau tempat sebagai terletak di dalam atau di luar Malaysia.
  (9)   Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Bank di bawah subseksyen (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
BAHAGIAN XII
PERKARA ANTARABANGSA
Kerjasama antarabangsa79.   Bank boleh—
(a)menyertai apa-apa perkiraan, skim, program atau inisiatif dengan mana-mana bank pusat, pihak berkuasa monetari atau institusi kewangan antarabangsa atau pihak berkuasa lain di luar Malaysia untuk menggalakkan kerjasama monetari, kewangan atau ekonomi secara dua hala, serantau atau antarabangsa; atau
(b)dengan kelulusan Menteri atas syor Lembaga, membiayai atau memberikan pembiayaan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi perkiraan, skim, program atau inisiatif yang disebut dalam perenggan (a).
Keanggotaan dalam organisasi antarabangsa80.   Bank hendaklah menjalankan hak dan menunaikan obligasi yang berbangkit daripada—
Akta 472.(a)keanggotaan Malaysia dalam Tabung Kewangan Antarabangsa di bawah Akta Perjanjian Bretton Woods 1957 [Akta 472];
Akta 623.(b)keanggotaan Bank dalam Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam menurut Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 [Akta 623]; dan
(c)keanggotaan Malaysia atau Bank dalam mana-mana organisasi antarabangsa yang berkenaan dengannya peruntukan dibuat dalam mana-mana undang-undang persekutuan.
Penyertaan dalam Bank Penyelesaian Antarabangsa dan institusi kewangan antarabangsa lain81.   Bank boleh memperoleh, memegang dan menjual syer—
(a)Bank Penyelesaian Antarabangsa; dan
(b)mana-mana institusi kewangan antarabangsa lain,
dan menjalankan hak dan menunaikan obligasi yang berbangkit daripada keanggotaannya atau penyertaannya dalam Bank Penyelesaian Antarabangsa dan mana-mana institusi kewangan antarabangsa lain.
Peraturan-peraturan atau arahan untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu82.   (1)   Jika Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu memutuskan, menurut Perkara 41 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenai langkah yang hendak diambil untuk memberi kuat kuasa kepada mana-mana keputusannya dan menghendaki Kerajaan Malaysia supaya menerima pakai apa-apa langkah itu, Bank boleh, berhubung dengan langkah itu yang dalam fungsi dan tugas Bank, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan atau mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana institusi kewangan atau golongan institusi kewangan bagi membolehkan langkah itu diterima pakai dengan berkesan.Akta A1448.
  (2)   Mana-mana institusi kewangan yang baginya peraturan-peraturan dibuat atau arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi peraturan-peraturan atau arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas institusi kewangan itu oleh mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa.
  (3)   Mana-mana institusi kewangan tidak boleh, dalam menjalankan apa-apa tindakan sebagai mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa itu.
  (4)   Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
BAHAGIAN XIII
PEGAWAI DAN PEKERJA
Pegawai dan pekerja Bank83.   (1)   Bank boleh melantik mana-mana pegawai dan pekerja sebagaimana yang dianggapnya perlu bagi penjalanan efisien urusan Bank.
  (2)   Pegawai dan pekerja Bank hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa gaji dan elaun dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa undang-undang kecil mengenai kelakuan dan tatatertib dan terma dan syarat perkhidmatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
  (3)   Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada dana Bank menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang pencen dan simpanan untuk pegawai dan pekerjanya yang dalam subseksyen ini termasuklah Gabenor dan Timbalan Gabenor, dan tanggungan mereka.
  (4)   Hendaklah terus ada suatu Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang hendaklah termasuk amaun yang ada pada kredit Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang diwujudkan di bawah subseksyen 15(5) Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa amaun lain yang diletakkan pada kredit Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia di bawah Akta ini.
  (5)   Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia hendaklah digunakan bagi apa-apa maksud yang bermanfaat bagi kebajikan pegawai dan pekerja Bank, termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa ke semasa diperuntukkan dalam arahan amanah yang akan dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dan arahan itu boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pemberian, pembiayaan atau pembayaran lain daripada Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia.
Pembiayaan bagi perumahan, kenderaan, pengajian dan biasiswa84.   (1)   Tanpa menjejaskan subseksyen 83(4) dan (5), tetapi tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Bank tidak boleh memberikan pembiayaan kepada seseorang pegawai atau pekerja.
  (2)   Bank boleh memberikan pembiayaan kepada seseorang pegawai atau pekerja atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga—
(a)bagi membeli, mendirikan, mengubah, mengubahsuaikan atau membesarkan rumah yang didiaminya atau dicadangkan didiaminya;
(b)untuk melepaskan suatu gadai janji atau bebanan atas rumah itu; atau
(c)bagi pembelian kenderaan.
  (3)   Bank boleh, jika Gabenor berpuas hati bahawa wujud hal keadaan khas atau belas kasihan atau maksudnya sesuai, memberikan pembiayaan kepada seseorang pegawai atau pekerja atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Gabenor, yang tidak melebihi pada bila-bila masa suatu amaun yang bersamaan dengan tiga bulan gaji pegawai atau pekerja itu.
  (4)   Bank boleh memberikan pembiayaan bagi pengajian atau biasiswa kepada mana-mana pegawai atau pekerja Bank atau mana-mana anak, termasuk anak tiri atau anak angkat pegawai atau pekerja itu, atau kepada mana-mana orang yang sesuai, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga secara amnya atau dalam mana-mana hal tertentu.
Saraan tidak dikaitkan dengan keuntungan85.   Tiada gaji, fi, upah atau saraan lain, atau elaun, yang dibayar oleh Bank boleh dikira dengan merujuk kepada keuntungan Bank.
BAHAGIAN XIV
AM
Pemeliharaan kerahsiaan86.   (1)   Tanpa menjejaskan seksyen 88, dan kecuali bagi maksud melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya atau apabila dikehendaki dengan sah untuk berbuat demikian oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang, tiada seorang pun yang menjadi atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau pekerja Bank atau anggota Majlis Penasihat Shariah atau mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta ini boleh menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat yang berhubungan dengan urusan atau hal ehwal Bank atau sesuatu institusi kewangan atau seseorang pelanggan Bank atau sesuatu institusi kewangan yang diperolehnya dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya.Nota.
  (2)   Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kekebalan87.   (1)   Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—
(a)mana-mana pegawai atau pekerja Bank;
(b)mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang bagi pihak Bank, atau bagi pihak mana-mana pegawai atau pekerja itu, atas sifatnya sebagai seorang yang bertindak bagi pihak itu; atau
(c)mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini,
bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau yang bermaksud untuk menurut atau melaksanakan, Akta ini, apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:
   Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
  (2)   Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah Gabenor, Timbalan Gabenor dan pengarah lain.
Kuasa untuk melaporkan kesalahan yang disyaki88.   (1)   Jika Bank semasa menjalankan mana-mana kuasanya, atau menunaikan mana-mana kewajipannya, atau melaksanakan mana-mana fungsinya, di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank yang disebut dalam Jadual Kedua atau undang-undang bertulis lain, mengesyaki bahawa mana-mana orang telah melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana Akta yang disebut dalam Jadual Kedua, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Bank untuk memberikan maklumat mengenai pelakuan itu kepada seorang pegawai polis yang bertanggungjawab bagi sesuatu balai polis atau kepada mana-mana pegawai polis lain, atau untuk menyampaikan apa-apa atau segala maklumat berhubung dengan kesalahan itu kepada mana-mana institusi kewangan atau orang lain yang terjejas oleh kesalahan itu, atau kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah, atau menguatkuasakan, peruntukan undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu disyaki oleh Bank telah dilakukan.
  (2)   Subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya, walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengannya, atau berlawanan dengannya, dalam Akta itu atau mana-mana undang- undang yang dikuatkuasakan oleh Bank yang disebut dalam Jadual Kedua atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain.
Kuasa mengkompaun89.   (1)   Gabenor boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang yang difikirkannya patut yang tidak melebihi amaun denda maksimum yang boleh dikenakan terhadap orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu.
  (2)   Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
  (3)   Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Bank, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Bank.
  (4)   Semua wang yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Pendakwaan90.   Tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan91.   (1)   Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau telah dengan apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a)boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan bagi segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha wajar untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu.
  (2)   Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
(a)oleh pekerja orang itu semasa penggajiannya;
(b)oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau
(c)oleh pekerja ejen itu semasa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Bank boleh diwakili oleh pegawai atau pekerja Bank dalam prosiding sivil92.   Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis—
(a)dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Bank; atau
(b)dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Bank dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar,
mana-mana pegawai atau pekerja Bank yang diberi kuasa oleh Gabenor bagi maksud itu, boleh, bagi pihak Bank, memulakan prosiding itu atau hadir sebagai peguam bela dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Bank.
Fi dan caj93.   Tertakluk kepada subseksyen 69(2), Bank boleh mengenakan apa-apa fi atau caj yang difikirkannya sesuai bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Bank atau Majlis Penasihat Shariah berhubung dengan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan94.   (1)   Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan yang lebih baik matlamat dan maksud Akta ini.
  (2)   Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)untuk menguatkuasakan seksyen 78;
(b)untuk mengadakan peruntukan bagi penalti pentadbiran menurut seksyen 98;
(c)untuk memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu jadi suatu kesalahan; dan
(d)untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi apa-apa kesalahan di bawah peraturan-peraturan itu yang tidak boleh melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, dsb.95.   Bank boleh, bagi—
(a)melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya;
(b)menguatkuasakan sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini; atau
(c)pelaksanaan lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini,
secara amnya berkenaan dengan Akta ini, atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu Akta ini, atau secara amnya berkenaan dengan penjalanan Bank, mengeluarkan apa-apa garis panduan, undang-undang kecil, pekeliling, piawaian atau notis sebagaimana yang dianggap perlu atau suai manfaat oleh Bank.
Pengecualian96.   Menteri boleh, atas syor Bank dan dengan syarat bahawa ia tidak bertentangan dengan matlamat dan fungsi Bank, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang tertentu atau mana-mana golongan, kategori atau perihalan orang, daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini, bagi apa-apa tempoh masa, dan tertakluk kepada apa-apa syarat, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu.
Kuasa untuk meminda Jadual97.   Menteri boleh, atas syor Bank, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda mana-mana peruntukan dalam Jadual Pertama, Kedua atau Ketiga dan apabila disiarkan sedemikian, peruntukan itu sebagaimana yang dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan menjadi bahagian penting Akta ini dari tarikh penyiaran itu, atau dari tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.
Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran98.   (1)   Bank boleh, melalui peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawah seksyen 94, mengenakan penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kelewatan dalam mematuhi apa-apa arahan, garis panduan, piawaian, pekeliling, spesifikasi, perintah atau notis yang dikeluarkan oleh Bank berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini.
  (2)   Bank hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan apa-apa penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang, menyampaikan kepada orang itu suatu notis bertulis yang menghendakinya untuk menunjukkan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan terhadapnya.
  (3)   Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu, Bank boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran sebanyak amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan itu dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhannya melebihi lima ribu ringgit.
BAHAGIAN XV
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
Pemansuhan99.   Akta Bank Negara Malaysia 1958 dimansuhkan.
Kecualian dan peralihan100.   Walau pun Akta Bank Negara Malaysia 1958 dimansuhkan di bawah seksyen 99—
(a)Bahagian III Akta dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Menteri mengikut subseksyen 1(2) bagi permulaan kuat kuasa Bahagian VIII Akta ini;
(b)subperenggan 30(1)(oo)(ii), (iii), (iiia), (iv) dan (v) Akta dimansuhkan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya sehingga tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Wartabagi pemansuhan itu berkuat kuasa;
(c)modal Bank di bawah Akta dimansuhkan yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini ialah satu ratus juta ringgit yang amaun dua puluh juta ringgit merupakan modal Bank yang dilanggan dan dibayar oleh Kerajaan di bawah subseksyen 6(2) Akta dimansuhkan semasa penubuhan Bank dan amaun tambahan lapan puluh juta ringgit yang dilanggan dan dibayar kemudiannya oleh Kerajaan menurut subseksyen 6(3) Akta dimansuhkan hendaklah terus menjadi modal Bank di bawah Akta ini;
(d)orang yang memegang jawatan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sebagai—
(i)Gabenor;
(ii)Timbalan Gabenor;
(iii)pengarah; atau
(iv)pegawai atau pekerja Bank,
hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu bagi tempoh jawatan orang itu yang belum habis tempohnya di bawah Akta dimansuhkan pada masa Akta itu dimansuhkan di bawah seksyen 99;
(e)Ibu Pejabat dan mana-mana cawangan yang dibuka, atau mana-mana ejen, koresponden atau wakil yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibuka dan dilantik di bawah atau mengikut Akta ini;
(f)Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan dan anggota-anggotanya yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan ditubuhkan dan dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah atau mengikut Akta ini;
(g)mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan dan yang sah diperlakukan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah diperlakukan di Malaysia pada nilai muka sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 24 Akta dimansuhkan dan tiap-tiap kontrak, jualan, bayaran, bil, nota, instrumen dan jaminan bagi wang dan tiap-tiap transaksi, urus niaga, perkara dan benda yang berhubungan dengan wang atau melibatkan bayaran, atau liabiliti untuk membayar, apa-apa wang yang jika tidak kerana perenggan ini akan menjadi telah dilakukan, disempurnakan, dibuat, diselesaikan dan didapati dalam, dan berhubung dengan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan, disempurnakan, dibuat, diselesaikan dan didapati dengan sah, dalam dan berhubung dengan mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
(h)mata wang kertas dan syiling yang dikeluarkan di bawah Akta dimansuhkan yang terhenti menjadi sah diperlakukan hendaklah tidak terjejas oleh Akta ini dan apa-apa obligasi Bank yang berhubungan dengan mata wang kertas dan syiling di bawah Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini;
(i)perundangan subsidiari dan apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pengecualian, arahan amanah, syor, penentuan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat atau dilakukan di bawah Akta dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibuat atau dilakukan di bawah peruntukan yang bersamaan Akta ini, dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan;
(j)apa-apa arahan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan, atau apa-apa perbuatan atau benda yang telah dilakukan, oleh Bank berhubung dengan perniagaan kewangan Islam, atau apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B Akta dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dilakukan atau dibuat dengan sah di bawah Akta ini dan hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang kepadanya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan;
(k)apa-apa sekuriti yang diterbitkan oleh Bank di bawah—
(i)subperenggan 30(1)(bb)(i) Akta dimansuhkan dan apa-apa hak atau liabiliti yang berhubungan dengan sekuriti itu hendaklah berterusan di bawah Akta dimansuhkan sehingga obligasi itu dilepaskan; dan
(ii)subperenggan 30(1)(bbb)(i) Akta dimansuhkan dan apa-apa hak atau liabiliti yang berhubungan dengan sekuriti itu hendaklah disifatkan sebagai terus diterbitkan di bawah atau mengikut Akta ini;
(l)semua transaksi, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah atau mengikut Akta dimansuhkan dengan mana-mana orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan secara sah, di bawah atau mengikut Akta ini, dan dengan demikian itu, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau urusan itu yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai terus menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;
(m)tiada apa jua pun boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini;
(n)apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah, penyiasatan atau prosiding tatatertib yang belum selesai di bawah Akta dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta dimansuhkan;
(o)mana-mana pertubuhan perbadanan, rumah penjelasan, biro kredit atau mana-mana sistem yang ditubuhkan atau dikendalikan oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan atau dikendalikan di bawah atau mengikut Akta ini;
(p)apa-apa sekuriti atau syer yang dilanggan, diperoleh atau dipegang oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilanggan, diperoleh atau dipegang oleh Bank menurut undang- undang dan sah di bawah atau mengikut Akta ini;
(q)apa-apa surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau disempurnakan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau disempurnakan menurut undang-undang dan secara sah di bawah atau mengikut Akta ini;
(r)apa-apa rizab yang disimpan oleh institusi perbankan atau bank Islam di Bank menurut perenggan 37(1)(c) atau (d) Akta dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah disimpan di bawah atau mengikut Akta ini;
(s)apa-apa obligasi menurut apa-apa pemberian, pinjaman atau bayaran lain yang dibuat oleh Bank di bawah Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(5) atau apa-apa biasiswa yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 49 Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta dimansuhkan sehingga obligasi itu dilepaskan;
(t)apa-apa pinjaman yang diberikan oleh Bank di bawah seksyen 49 Akta dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta dimansuhkan sehingga pinjaman itu diselesaikan;
(u)Kumpulan Wang Rizab Am yang ditubuhkan di bawah seksyen 7 Akta dimansuhkan, apa-apa kumpulan wang pencen dan simpanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(3) Akta dimansuhkan dan Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 15(5) Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah atau mengikut Akta ini dan apa-apa wang yang ada dalam atau kena dibayar kepada kumpulan wang itu hendaklah dipindahkan kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Rizab Am, kumpulan wang pencen dan simpanan dan Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
(v)apa-apa harta alih, harta tak alih dan aset yang dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang oleh Bank di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dibeli, diperoleh, dipajak atau dipegang di bawah atau mengikut Akta ini;
(w)apa-apa sebutan mengenai Akta dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini dan apa-apa sebutan mengenai mana-mana peruntukan tertentu Akta dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai peruntukan Akta ini yang hampir-hampir bersamaan dengan peruntukan tertentu itu;
(x)apa-apa keanggotaan Bank dalam mana-mana organisasi atau pada mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan atau penyertaan dalam mana-mana kerjasama atau skim dua hala, serantau atau antarabangsa di bawah Akta dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini bagi tempoh yang belum habis bagi keanggotaan atau penyertaan itu;
(y)apa-apa perbuatan yang dikehendaki dilakukan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dikehendaki dilakukan di bawah atau mengikut Akta ini; dan
(z)apa-apa hak, faedah, keistimewaan, obligasi atau liabiliti lain yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta dimansuhkan, termasuk apa-apa obligasi untuk memelihara kerahsiaan, tidak terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 21 dan 23]
1.   Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, Lembaga hendaklah melantik mana-mana anggota untuk bertindak sebagai pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
2.   Seseorang anggota mana-mana jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis sekurangkurangnya tiga puluh hari kepada Bank.
3.   Peruntukan mengenai kuorum dan kekerapan mesyuarat bagi jawatankuasa hendaklah seperti yang berikut:

Jawatankuasa

(1)
Kuorum

(2)
Kekerapan mesyuarat
(3)
Jawatankuasa Tadbir Urus LembagaTidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Tadbir Urus LembagaSekurang-kurangnya dua kali setahun
Jawatankuasa Audit LembagaTidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Audit LembagaSekurang-kurangnya empat kali setahun
Jawatankuasa Risiko LembagaTidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Risiko LembagaSekurang-kurangnya dua kali setahun
Jawatankuasa Dasar MonetariTidak kurang daripada dua per tiga anggota Jawatankuasa Dasar Monetari yang dua daripadanya mestilah Gabenor (atau semasa ketiadaan Gabenor, Timbalan Gabenor yang ditetapkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(7)) dan seorang Timbalan GabenorSekurang-kurangnya enam kali setahun
4.   Walau apa pun ruang (3) perenggan 3, jawatankuasa hendaklah juga bermesyuarat pada masa dan apabila dikehendaki atau diarahkan oleh pengerusi.
5.   Pengerusi boleh membenarkan seseorang anggota untuk menggunakan video secara langsung, rangkaian televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia lain yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa jika, sebelum mesyuarat itu, anggota itu, melalui pemberitahuan kepada pengerusi, telah memohon kebenaran itu dan anggota itu hendaklah dikira sebagai hadir bagi mesyuarat itu.
6.   Kecuali bagi Jawatankuasa Dasar Monetari yang ditubuhkan di bawah seksyen 23, suatu ketetapan secara bertulis, yang ditandatangani oleh semua anggota jawatankuasa lain adalah sah dan berkesan seolah-olah ia telah diluluskan pada mesyuarat mana-mana jawatankuasa yang diadakan dan dijalankan dengan sewajarnya dan apa-apa ketetapan sedemikian boleh terdiri daripada beberapa dokumen dalam bentuk yang serupa, setiap satunya ditandatangani oleh seorang anggota atau lebih.
7.   Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, mana-mana jawatankuasa boleh bertindak walau apa pun kekosongan dalam keanggotaannya dan prosidingnya tidak boleh menjadi tidak sah oleh—
(a)ketiadaan mana-mana anggota;
(b)apa-apa kecacatan yang diketahui kemudiannya mengenai pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota atau penubuhan jawatankuasa;
(c)apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan dalam mengadakan atau mengendalikan sesuatu mesyuarat; atau
(d)kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang anggota jawatankuasa.
8.   Sesuatu jawatankuasa boleh memutuskan atas apa-apa sebab tertentu atau dalam keadaan tertentu bahawa keputusan jawatankuasa itu akan dibuat melalui undian.
9.   Apa-apa nasihat yang diberikan oleh mana-mana anggota, pertimbangtelitian dan keputusan mesyuarat jawatankuasa termasuk apa-apa pandangan yang bertentangan anggota atau apa-apa keputusan apa-apa undian di bawah perenggan 8 hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat. Pertimbangtelitian, prosiding dan keputusan jawatankuasa itu adalah rahsia dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen 86 tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang di luar jawatankuasa itu.
10.   Pengerusi boleh, dengan persetujuan semua anggota jawatankuasa, mengundang mana-mana pegawai atau orang untuk hadir dan mengambil bahagian dalam perbincangan jawatankuasa itu.
11.   Sesuatu jawatankuasa boleh, jika difikirkannya perlu dalam menjalankan fungsinya, memanggil mana-mana pegawai atau orang untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan fungsi jawatankuasa itu.
12.   Sesuatu jawatankuasa boleh melantik seseorang pegawai untuk bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa itu.
13.   Lembaga boleh membuat undang-undang kecil tambahan mengenai tatacara yang berhubungan dengan mesyuarat jawatankuasa itu.
JADUAL KEDUA
[Seksyen 28]
Akta 276.1.Akta Bank Islam 1983 [Akta 276]
Akta 312.2.Akta Takaful 1984 [Akta 312]
Akta 372.3.Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]
Akta 553.4.Akta Insurans 1996 [Akta 553]
Akta 577.5.Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577]
Akta 613.6.Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613]
Akta 618.7.Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]
Akta 627.8.Akta Sistem Pembayaran 2003 [Akta 627]
JADUAL KETIGA
[Seksyen 36]
Tafsiran1.   Dalam Jadual ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
   “kepentingan berdaftar” ertinya apa-apa hak atau kepentingan—
(a)mengenai suatu gadaian yang baginya seksyen 108 Akta Syarikat 1965 terpakai dan yang didaftarkan dengan sewajarnya mengikut seksyen itu;
(b)mengenai tanah yang telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965], Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah [Sabah Cap. 68] atau Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak [Cap. 81];
(c)mengenai suatu kapal yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70/1952]; atau
(d)yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang lain atau di bawah undang-undang asing;
   “kepentingan mengenai tanah” ertinya—
(a)apa-apa kepentingan mengenai tanah, sama ada berdaftar atau boleh didaftar, termasuk kepentingan yang baginya Akta Hakmilik Strata 1985 terpakai dan yang boleh dipindahmilikkan di bawah Bahagian Empat Belas Kanun Tanah Negara atau yang berhubungan dengan Negeri Sabah, Bahagian V Ordinan Tanah atau yang berhubungan dengan Negeri Sarawak, Bahagian VII Kanun Tanah;
(b)apa-apa kaveat Pendaftar, kaveat pemegang lien atau kaveat lain; atau
(c)apa-apa hak dan kelayakan lain yang berhubungan dengan tanah;
   “obligasi didedahkan” ertinya sesuatu obligasi atau liabiliti yang terhutang kepada penanggung obligasi oleh pemindah di bawah atau berkenaan dengan aset dan yang obligasi atau liabiliti didedahkan oleh pemindah kepada penerima pindahan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan;
   “pemindah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 36(18);
   “penanggung obligasi” ertinya mana-mana orang yang berhutang suatu tugas atau obligasi dalam apa-apa bentuk, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, kepada pemindah di bawah atau berkenaan dengan sesuatu aset, termasuk tanpa batasan, seseorang penanggung obligasi di bawah mana-mana perkiraan pembiayaan atau cagaran atau hak dalam tindakan yang lain;
   “penerima pindahan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 36(18);
   “perintah peletakhakan” ertinya suatu perintah yang dibuat di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) dan termasuklah suatu perintah peletakhakan gantian yang dibuat di bawah perenggan 11 Jadual ini;
   “Pihak Berkuasa Pendaftaran” termasuklah—
(a)pendaftar mana-mana mahkamah;
(b)Pendaftar Syarikat yang ditetapkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Syarikat 1965;
(c)Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 5 Kanun Tanah Negara, Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 4 Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah atau Pendaftar di bawah Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(d)pendaftar kapal Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan termasuklah Pendaftar Besar Kapal yang dilantik di bawah subseksyen 14(1) Ordinan itu; atau
(e)depositori pusat, seseorang ejen depositori yang diberi kuasa atau mana-mana orang yang menyenggara suatu daftar atau rekod keempunyaan, kepentingan atau sekuriti;
   “tarikh peletakhakan” ertinya tarikh yang dinyatakan dalam suatu perintah peletakhakan sebagai tarikh yang apa-apa perniagaan, aset, liabiliti, atau syer atau instrumen modal lain terletak hak atau disifatkan terletak hak pada penerima pindahan;
   “tuntutan” ertinya apa-apa tuntutan, pembelaan, tuntutan balas, tolakan, prosiding undang-undang atau prosiding lain, tindakan, ekuiti atau apa-apa jenis kepentingan ekuiti oleh seseorang penanggung obligasi atau mana-mana pihak ketiga terhadap seseorang pemindah, atau berkenaan dengan apa-apa perniagaan, aset atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
   “tuntutan didedahkan” ertinya apa-apa tuntutan khusus yang didedahkan oleh pemindah kepada penerima pindahan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan.
Perintah peletakhakan2.   (1)   Jika Bank membuat suatu perintah peletakhakan, perintah peletakhakan itu hendaklah mengikut Jadual ini.
  (2)   Sesuatu perintah peletakhakan boleh dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan hendaklah berkuat kuasa mengikut Jadual ini.
  (3)   Sesuatu perintah peletakhakan yang menyatakan bahawa apa-apa perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain yang hendak diletak hak hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai peletakhakan itu pada tarikh peletakhakan.
  (4)   Jika suatu perintah peletakhakan dibuat, pemindah dan penerima pindahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikehendaki untuk—
(a)memaklumkan atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang mereka dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya walau apa pun apa-apa kontrak atau undang-undang termasuk tanpa batasan seksyen 132C, 132D dan 132E Akta Syarikat 1965 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituen mereka; atau
(b)membuat suatu tawaran pengambilan alih atau dikehendaki memperoleh syer pemegang syer lain pemindah itu atau peminjamnya walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam apa-apa kontrak atau undang-undang.
  (5)   Tertakluk kepada subseksyen 32(1A), sesuatu perintah peletakhakan boleh menyekat atau mencegah penamatan apa-apa perjanjian atau transaksi mengikut termanya tertakluk kepada syarat yang dikenakan dalam perintah peletakhakan itu.Akta A1448.
  (5A)   Jika sesuatu perintah peletakhakan dibuat dan perjanjian kewangan yang layak telah dipindah menurut perintah itu, penerima pindahan akan mengambil alih semua hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian kewangan yang layak pemindah daripada siapa perjanjian itu telah dipindahkan.Akta A1448.
  (5B)   Jika perjanjian kewangan yang layak dipindah kepada penerima pindahan, penguatkuasaan oleh pihak atas hak mereka di bawah perjanjian kewangan yang layak itu hendaklah mengikut terma perjanjian itu seolah-olah penerima pindahan sentiasa menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.Akta A1448.
  (5C)   Jika perjanjian kewangan yang layak pemindah itu dipindah kepada penerima pindahan dan jika seseorang itu merupakan pihak balas kepada dua atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah perjanjian kewangan yang layak dengan pemindah, semua atau tiada transaksi kewangan yang layak hendaklah dipindah kepada penerima pindahan itu.Akta A1448.
  (5D)   Jika perjanjian kewangan yang layak yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang terpakai bagi mana-mana harta pemindah dipindahkan, harta itu hendaklah dipindahkan kepada penerima pindahan.Akta A1448.
  (6)   Sesuatu perintah peletakhakan boleh membuat peruntukan lain bagi maksud, atau berkaitan dengan, peletakhakan apa-apa perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain pemindah itu.
  (7)   Sesuatu perintah peletakhakan boleh menghendaki atau membenarkan—
(a)seseorang pemindah untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada seorang penerima pindahan; atau
(b)seseorang penerima pindahan untuk memberikan maklumat dan bantuan kepada pemindah.
  (8)   Mana-mana orang yang mematuhi perintah peletakhakan bagi maksud subperenggan (7) tidak boleh dianggap sebagai melanggar apa-apa undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan.
  (9)   Kuasa di bawah Jadual ini adalah tanpa prejudis kepada, dan sebagai tambahan kepada mana-mana hak dan kuasa lain Bank.
Notis3.   (1)   Bank hendaklah menyampaikan perintah peletakhakan yang dibuat di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) kepada pemindah dan penerima pindahan itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Bank.
  (2)   Pengarah sesuatu institusi kewangan hendaklah memaklumkan anggota institusi kewangan itu bahawa suatu perintah di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) telah dibuat terhadap institusi kewangan itu tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas perintah itu diterima oleh institusi kewangan itu.
  (3)   Tiada pengarah sesuatu institusi kewangan boleh bertanggungan untuk didakwa dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain kerana tidak dapat menjalankan tugasnya di bawah subseksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 berhubung dengan mana-mana perbuatan yang perlu bagi melaksanakan peletakhakan perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain institusi kewangan itu dari tarikh perintah di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) dibuat oleh Bank.
Peletakhakan perniagaan, aset atau liabiliti4.   (1)   Tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang termasuk subseksyen 4(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67] atau perjanjian yang mengehadkan atau melarang hak pemindah atau yang menghendaki apa-apa persetujuan untuk menyerah hak, menjual, melupus, membuat novasi atau memindah apa-apa perniagaan, aset atau liabiliti hendaklah setakat yang apa-apa had, larangan atau kehendak persetujuan berkenaan, mempunyai apa-apa pemakaian atau kesan berkenaan dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Bank di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii).
  (2)   Jika Bank membuat suatu perintah peletakhakan—
(a)dalam hal jika suatu aset dipegang oleh pemindah secara berseorangan sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, aset itu hendaklah pada dan dari tarikh peletakhakan itu terletak hak pada penerima pindahan itu; dan
(b)dalam hal jika aset itu dipegang bersesama oleh pemindah dengan seorang lain sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, aset itu hendaklah pada dan dari tarikh peletakhakan itu terletak hak pada penerima pindahan mengikut subperenggan (5) bersesama dengan orang lain itu.
  (3)   Jika aset yang terletak hak pada seseorang penerima pindahan mengikut Jadual ini termasuklah apa-apa pembiayaan, penerima pindahan itu disifatkan telah memberikan pembiayaan itu atau mengeluarkan jaminan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, walau pun pembiayaan atau jaminan itu telah digunakan atau dikeluarkan oleh pemindah itu.
  (4)   Jika cagaran bagi apa-apa pembiayaan yang terletak hak di bawah Jadual ini pada penerima pindahan termasuklah suatu syer—
(a)bagi maksud perenggan 6A(9)(b) Akta Syarikat 1965, penerima pindahan itu, hendaklah disifatkan memegang suatu kepentingan mengenai syer hanya melalui cagaran bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam perjalanan urusan biasa berkaitan dengan peminjaman wang; dan
(b)kepentingan penerima pindahan mengenai syer hendaklah diabaikan bagi maksud seksyen 6A Akta Syarikat 1965.
  (5)   Penerima pindahan hendaklah, pada dan dari tarikh peletakhakan apa-apa aset, memperoleh segala hak, hakmilik dan kepentingan pemindah pada masa sekarang dan pada masa hadapan, dan obligasi yang didedahkan berkenaan dengan, aset itu, bebas daripada apa-apa bebanan, kaveat, perintah larangan, injunksi atau tuntutan kecuali apa-apa kepentingan berdaftar yang wujud pada tarikh peletakhakan dan tuntutan didedahkan.
  (6)   Pada dan dari tarikh peletakhakan bagi suatu liabiliti—
(a)penerima pindahan hendaklah mengambil alih dan diletak hak dengan liabiliti itu dan menjadi bertanggungan, dan bukannya pemindah, untuk melepaskan liabiliti itu;
(b)pemindah hendaklah disifatkan telah dibebaskan dan dilepaskan daripada liabiliti itu; dan
(c)mana-mana pendeposit, pemiutang atau orang lain yang kepadanya dihutang liabiliti itu hendaklah disifatkan telah memberikan persetujuan kepada dan menerima pengambilalihan liabiliti itu oleh penerima pindahan.
  (7)   Tanpa menjejaskan subperenggan (1), (2), (3), (4), (5) dan (6) berhubung dengan mana-mana perniagaan, aset atau liabiliti, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang terletak hak pada penerima pindahan—
(a)setiap penanggung obligasi berkenaan dengan aset itu, hendaklah disifatkan telah membebaskan dan melepaskan pemindah daripada segala obligasi didedahkan berkenaan dengan aset itu;
(b)mana-mana orang yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan mengenai aset itu, hendaklah disifatkan telah memberikan persetujuan kepada dan menerima peletakhakan itu pada penerima pindahan bagi kesemua obligasi didedahkan berkenaan dengan aset itu;
(c)sesuatu perjanjian atau surat cara sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawah atau menurut kuasanya, pemindah mempunyai hakmilik atau pemunyaan atau hak ke atas aset itu hendaklah ditafsirkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah bagi apa-apa sebutan dalamnya mengenai pemindah telah digantikan dengan sebutan mengenai penerima pindahan;
(d)sesuatu perjanjian atau surat cara sedia ada berhubung dengan aset yang baginya pemindah ialah pihak kepadanya hendaklah mempunyai kuat kuasa setakat yang ia terpakai bagi obligasi didedahkan, tuntutan didedahkan dan kepentingan berdaftar seolah-olah penerima pindahan itu telah menjadi suatu pihak kepadanya dan bukannya pemindah;
(e)sesuatu arahan, perintah, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau persetujuan sedia ada berhubung dengan suatu akaun yang diberikan kepada pemindah, sama ada berseorangan atau bersesama dengan seorang yang lain, hendaklah disifatkan mempunyai kuat kuasa, seolah-olah diberikan kepada penerima pindahan itu sama ada berseorangan atau bersesama dengan seorang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(f)jika apa-apa cagaran dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh pemindah, atau oleh seorang penama atau pemegang amanah bagi pemindah, sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan apa-apa liabiliti bagi mana-mana orang, cagaran itu hendaklah dipegang oleh penerima pindahan, penama atau pemegang amanah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai penama, atau pemegang amanah bagi, penerima pindahan itu dengan keutamaan yang sama seperti pemindah itu, dan setakat yang liabiliti itu, hendaklah tersedia kepada penerima pindahan sebagai cagaran bagi pembayaran atau pelepasan liabiliti itu, dan jika mana-mana cagaran itu meliputi pendahuluan masa hadapan atau liabiliti oleh masa hadapan, hendaklah dipegang oleh dan tersedia kepada penerima pindahan itu sebagai cagaran bagi pendahuluan masa hadapan oleh atau liabiliti masa hadapan pada penerima pindahan itu mengikut cara yang sama dalam segala hal sebagai pendahuluan masa hadapan oleh atau liabiliti masa hadapan pada pemindah itu dijamin oleh itu sebaik sebelum tarikh peletakhakan;
(g)sebagai tambahan kepada apa-apa hak, kuasa atau remedi lain yang diberikan kepada penerima pindahan itu dalam Jadual ini, penerima pindahan hendaklah mempunyai hak, kuasa dan remedi (dan khususnya hak dan kuasa mengenai pengambilan atau penentangan prosiding undang-undang atau prosiding lain atau pembuatan atau penentangan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa) bagi menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak, hakmilik, kepentingan dan obligasi didedahkan yang terletak hak pada penerima pindahan termasuk hak, hakmilik, kepentingan atau obligasi itu berkenaan dengan mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding lain atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh atau terhadap pemindah, dan penentangan mana-mana tuntutan didedahkan atau kepentingan berdaftar seolah-olah mereka pada setiap masa mempunyai hak, hakmilik, kepentingan atau obligasi penerima pindahan;
(h)sesuatu penghakiman atau award yang didapati oleh pemindah dan tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh peletakhakan hendaklah dikuatkuasakan oleh penerima pindahan itu;
(i)tiada pemerolehan oleh penerima pindahan atau pelupusan oleh pemindah, menjadi tidak sah atau boleh batal disebabkan oleh pemakaian mana-mana undang-undang;
(j)jika apa-apa—
(i)keuntungan atau pulangan lain; atau
(ii)faedah,
yang kena dibayar di bawah mana-mana perjanjian hendak ditentukan dengan merujuk kepada kos dana atau kadar pinjaman asas atau rujukan lain oleh pemindah, atau tidak lagi boleh ditentukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, pulangan atau faedah kena dibayar itu di bawah perjanjian itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 94 atau dalam apa-apa hal tertentu, sebagaimana yang dipersetujui oleh penerima pindahan dengan penanggung obligasi;
(k)jika jagaan bagi apa-apa barang, benda atau dokumen dipegang oleh pemindah sebagai baili sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, barang, benda atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah berpindah kepada penerima pindahan itu dan hak dan obligasi didedahkan bagi pemindah itu di bawah mana-mana kontrak bailmen hendaklah berpindah bebas daripada apa-apa tuntutan kecuali tuntutan didedahkan;
(l)suatu instrumen boleh niaga atau perintah bagi pembayaran wang yang diberikan kepada atau dikeluarkan atas atau diterima oleh pemindah, sama ada diberikan, dikeluarkan atau diterima sebelum, pada atau selepas tarikh peletakhakan itu, hendaklah mempunyai kesan yang sama pada dan dari tarikh peletakhakan itu, seolah-olah ia telah diberikan kepada atau dikeluarkan atas atau diterima oleh penerima pindahan itu; dan
(m)apa-apa akaun antara pemindah dengan pelanggannya hendaklah menjadi suatu akaun antara penerima pindahan dengan pelanggan itu, tertakluk kepada syarat dan insiden sebelum itu, dan akaun itu hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai suatu akaun berterusan tunggal.
  (8)   Tanpa menjejaskan subperenggan (1), (2), (3), (4), (5), (6) dan (7), sesuatu peletakhakan apa-apa perniagaan, aset atau liabiliti pada penerima pindahan tidak boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah peletakhakan itu—
(a)dianggap sebagai meletakkan—
(i)penerima pindahan itu;
(ii)pemindah itu;
(iii)mana-mana orang yang mendapat hakmilik daripada penerima pindahan; atau
(iv)mana-mana orang lain,
yang mungkir atau ingkar di bawah, apa-apa kontrak, perjanjian, aku janji, jaminan, tanggung rugi atau perkiraan lain, atau pecah kepercayaan;
(b)dianggap sebagai menimbulkan suatu hak atau kewajipan bagi mana-mana orang untuk—
(i)menamatkan, membatalkan, mengubahsuaikan atau menggantikan sesuatu perjanjian;
(ii)menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu obligasi; atau
(iii)menghendaki pelaksanaan sesuatu obligasi yang tidak secara lain berbangkit untuk pelaksanaan;
(c)dianggap sebagai meletakkan pemindah, penerima pindahan atau mana-mana orang lain dalam melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan milik apa-apa aset atau penzahiran maklumat;
(d)melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu obligasi;
(e)menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran; atau
(f)dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian (termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan yang pemindah berhak kepadanya dan yang menurut kuasa Jadual ini telah terletak hak pada penerima pindahan itu.
  (9)   Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1), (2), (3), (4), (5), (6), (7) dan (8) tetapi tertakluk kepada perenggan 4, dalam mana-mana prosiding yang dibawa oleh atau terhadap penerima pindahan berkenaan dengan apa-apa perniagaan, aset atau liabiliti yang terletak hak pada penerima pindahan menurut Jadual ini, tiada seorang pun boleh, melainkan jika tuntutan itu ialah suatu tuntutan didedahkan, menimbulkan sebagai tuntutan atau pembelaan kepada prosiding itu mana-mana perkara yang berikut:
(a)bahawa, orang itu ada atau mungkin ada suatu tolakan atau tuntutan balas terhadap pemindah atau mana-mana orang lain;
(b)bahawa mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terdahulu, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dalam perniagaan, aset atau liabiliti;
(c)bahawa mana-mana orang yang menjadi pihak kepada atau mengambil bahagian dengan apa-apa fraud, desakan, paksaan, pengaruh tidak wajar atau salah nyata;
(d)bahawa terdapat kesilapan undang-undang atau fakta;
(e)bahawa mana-mana perjanjian yang berkaitan dengan perniagaan, aset atau liabiliti itu adalah bagi melaksanakan maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa apa-apa balasan yang diberikan atau diterima di bawahnya adalah menyalahi undang-undang, atau matlamat perjanjian itu yang membentuk atau menjadi sebahagian daripada perniagaan, aset, liabiliti itu adalah menyalahi undang- undang;
(f)bahawa terdapat kegagalan balasan secara menyeluruh atau tiada balasan atau terdapat apa-apa balasan yang gagal sebahagiannya;
(g)bahawa orang yang menyempurnakan, disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada, mana-mana dokumen hakmilik bagi aset atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan, membangkitkan atau menjamin aset atau liabiliti itu, tidak memahami dokumen itu;
(h)bahawa orang yang menyempurnakan, disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada, mana-mana dokumen hakmilik bagi aset itu atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan, membangkitkan atau menjamin aset atau liabiliti itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa untuk melakukannya; dan
(i)bahawa terdapat kekhilafan dalam mana-mana penyata akaun yang dikeluarkan oleh pemindah atau mana-mana orang lain berkenaan dengan liabiliti atau apa-apa hutang yang berkaitan dengan aset itu.
Peletakhakan syer atau instrumen modal lain5.   (1)   Sesuatu perintah peletakhakan hendaklah memperuntukkan peletakhakan apa-apa syer atau instrumen modal lain suatu institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) untuk berkuat kuasa bebas daripada apa-apa amanah, liabiliti, tuntutan bertentangan atau bebanan lain.
  (2)   Sesuatu perintah peletakhakan bagi peletakhakan mana-mana syer atau instrumen modal lain boleh memperuntukkan—
(a)penghapusan hak pemegang waran atau instrumen lain yang memberi hak kepada pemegang untuk memperoleh syer dalam institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii);
(b)institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) untuk tidak menerbitkan apa-apa syer, waran selanjutnya, atau sekuriti lain yang boleh diubah atau ditukar kepada syer dalam institusi kewangan itu;
(c)apa-apa syer atau instrumen modal suatu institusi kewangan yang telah terhenti menjadi berdaya maju atau yang dianggap oleh Bank berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju di bawah subperenggan 32(1)(c)(iii) untuk diubah daripada satu bentuk atau golongan kepada yang lain; atau
(d)penyingkiran daripada senarai rasmi mana-mana pasaran saham syer pemindah itu atau sesuatu golongan sekuriti tertentu pemindah itu.
Pemeliharaan hak6.   (1)   Seseorang yang dihalang daripada membuat suatu tuntutan terhadap mana-mana penerima pindahan atau dihalang daripada membangkitkan suatu pembelaan terhadap penerima pindahan itu di bawah Jadual ini, adalah berhak meminta pampasan daripada pemindah itu berkenaan dengan tuntutan itu.
  (2)   Jika mahkamah berpuas hati bahawa orang yang disebut dalam subperenggan (1) mempunyai tuntutan terhadap pemindah itu termasuk mana-mana kepentingan ekuiti terdahulu mengenai aset itu yang mungkin dapat diperdapatkan atau dituntut oleh orang itu tetapi dihalang oleh subperenggan 4(9) orang itu adalah berhak mendapat pampasan daripada pemindah itu berkenaan dengan tuntutan itu yang pada pertimbangan mahkamah adil dan munasabah.
Peruntukan tambahan mengenai tanah7.   (1)   Walau apa pun peruntukan Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah, Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak atau mana-mana undang-undang lain, apa-apa kaveat, perintah larangan atau apa-apa bebanan lain yang telah dimasukkan, diendorskan, didaftarkan atau diserah simpan, sebelum, pada atau selepas, tarikh peletakhakan itu tidak boleh menghalang peletakhakan apa-apa kepentingan mengenai tanah pemindah kepada penerima pindahan.
  (2)   Jika suatu perintah peletakhakan meletak hak pada penerima pindahan, apa-apa kepentingan mengenai tanah—
(a)di Semenanjung Malaysia, apabila diterima—
(i)bayaran fi yang ditetapkan; dan
(ii)perintah peletakhakan,
Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara hendaklah, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;
(b)di Sabah, apabila diterima—
(i)bayaran fi yang ditetapkan; dan
(ii)perintah peletakhakan,
Pendaftar di bawah Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah hendaklah, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu; atau
(c)di Sarawak, apabila diterima—
(i)bayaran fi yang ditetapkan; dan
(ii)perintah peletakhakan,
Pendaftar di bawah Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak hendaklah, tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu.
  (3)   Walau apa pun apa-apa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah, Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak atau mana-mana undang-undang yang lain, suatu perintah peletakhakan hendaklah mempunyai kuat kuasa untuk meletak hak suatu kepentingan mengenai tanah kepada penerima pindahan itu pada tarikh peletakhakan itu dan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan itu.
Pihak Berkuasa Pendaftaran lain hendaklah memberi kuat kuasa kepada perintah peletakhakan8.   (1)   Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain, mana-mana Pihak Berkuasa Pendaftaran selain Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara, Pendaftar di bawah Ordinan Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sabah dan Pendaftar di bawah Kanun Tanah yang berhubungan dengan Negeri Sarawak, hendaklah, apabila diterima—
(a)bayaran fi yang ditetapkan; dan
(b)perintah peletakhakan,
tanpa keperluan bagi apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, melakukan segala perkara dan membuat segala catatan atau memorial pada mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh Pihak Berkuasa Pendaftaran sebagaimana yang perlu untuk memberi kuat kuasa kepada peletakhakan mana-mana perniagaan, aset atau liabiliti, syer atau instrumen modal lain yang disebut dalam subperenggan 32(1)(c)(iii) yang baginya perintah peletakhakan itu berkaitan.
  (2)   Bagi maksud perenggan ini, subseksyen 112A(1) Akta Syarikat 1965 hendaklah disifatkan terpakai bagi penerima pindahan seolah-olah perkataan “tiga puluh” dalam subseksyen itu telah digantikan dengan perkataan “seratus lapan puluh”.
Penggantian automatik dalam mana-mana prosiding undang-undang atau lain9.   Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiap-tiap pendaftar mahkamah hendaklah secara automatik apabila menerima suatu salinan perintah peletakhakan melakukan segala perkara dan membuat segala catatan dalam mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh pendaftar itu sebagaimana yang perlu untuk memberi kuat kuasa kepada penggantian automatik penerima pindahan menggantikan pemindah sebagai pihak dalam mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding lain.
Kekebalan Pihak Berkuasa Pendaftaran10.   Pihak Berkuasa Pendaftaran tidak bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan pembuatan apa-apa memorial pada atau catatan dalam dokumen hakmilik daftar atau apa-apa daftar atau rekod lain yang bergantung pada perintah peletakhakan itu.
Perintah peletakhakan gantian11.   (1)   Bank boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat suatu perintah peletakhakan baru (dalam perenggan ini disebut “perintah peletakhakan gantian”) untuk menggantikan mana-mana perintah peletakhakan yang telah dikeluarkannya terdahulu untuk membetulkan apa-apa peninggalan atau khilaf dalam perintah peletakhakan itu.
  (2)   Apa-apa perintah peletakhakan gantian yang dikeluarkan oleh Bank di bawah subperenggan (1) yang menyatakan bahawa mana-mana perniagaan, aset, liabiliti, syer atau instrumen modal lain telah terletak hak pada penerima pindahan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan itu pada tarikh peletakhakan yang dinyatakan dalam perintah peletakhakan gantian itu.
  (3)   Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya sesuatu peletakhakan apa-apa aset yang dinyatakan sebagai perkara sesuatu perintah peletakhakan gantian yang dibuat di bawah subperenggan (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perintah peletakhakan gantian itu dikeluarkan.
  (4)   Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh penerima pindahan, pemindah atau mana-mana orang lain, dengan bergantung pada suatu perintah peletakhakan yang dibuat terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau khilaf yang telah dibetulkan dalam perintah peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subperenggan (1).
  (5)   Bagi maksud Akta ini, apa-apa sebutan mengenai perintah peletakhakan hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu sebutan mengenai suatu perintah peletakhakan gantian yang dibuat di bawah subperenggan (1).
Pemindahan aset asing dan liabiliti asing12.   (1)   Perenggan ini terpakai berhubung dengan aset asing dan liabiliti asing yang dipegang oleh pemindah.
  (2)   Bagi maksud perenggan ini—
   “aset asing” ertinya aset pemindah di luar Malaysia;
   “liabiliti asing” ertinya liabiliti pemindah yang akan dilepaskan di luar Malaysia;
   “undang-undang asing” ertinya undang-undang negara atau wilayah di luar Malaysia yang dalamnya aset pemindah terletak atau liabiliti pemindah akan dilepaskan.
  (3)   Pemindah dan penerima pindahan hendaklah setiap seorang mengambil apa-apa langkah perlu untuk memastikan yang peletakhakan mana-mana aset asing atau liabiliti asing pemindah itu adalah berkuat kuasa di bawah undang-undang asing jika peletakhakan itu tidak berkuat kuasa sepenuhnya menurut kuasa perintah peletakhakan itu.
  (4)   Sehingga peletakhakan aset asing atau liabiliti asing itu berkuat kuasa di bawah undang-undang asing, pemindah itu hendaklah—
(a)memegang aset itu sebagai pemegang amanah bagi manfaat penerima pindahan itu bersama-sama dengan apa-apa aset tambahan atau hak yang terakru disebabkan oleh aset asal atau hak; dan
(b)melepaskan apa-apa liabiliti bagi pihak penerima pindahan itu.
  (5)   Penerima pindahan mestilah menjelaskan apa-apa perbelanjaan pemindah dalam mematuhi perenggan ini.
  (6)   Sesuatu obligasi yang dikenakan oleh perenggan ini boleh dikuatkuasakan seolah-olah diwujudkan melalui kontrak antara pemindah dengan penerima pindahan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...