08 Januari 2015

MYC02: Duit Syiling Siri Kedua

Home

Artefak Budaya ~ 1989-2011

Duit syiling Malaysia siri kedua mula diperkenalkan pada 4 September 1989 dengan 6 denominasi iaitu  1 Sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen, 50 Sen dan $1. Saiz dan jenis logam bagi denominasi 1 sen hingga 50 sen dikekalkan sama seperti siri pertama. Perbezaan terjadi pada duit syiling $1 di mana keluaran siri kedua menampilkan saiz dan logam berbeza berbanding dengan siri pertama. $1 siri kedua jauh lebih ringan, bersaiz kecil dan ditempa dengan komposisi campuran Kuprum-Zink-Timah (Aluminum-Bronze) berbanding syiling $1 siri pertama Kuprum-Nikel.


Duit syiling siri kedua menampilkan motif berlainan berbanding siri pertama. Paling ketara adalah pada muka depannya di mana setiap denominasi ditempa dengan potret berbeza bermotifkan artifak kebudayaan Malaysia. Duit syiling edaran siri kedua ditempa sepenuhnya di Kilang Wang BNM, Shah Alam, Selangor.  Maklumat dari wikipedia dan us.exchangecurrency.biz  mengatakan bahawa pereka cipta bentuk duit syiling siri kedua adalah En. Low Yee Kheng. Saya sudah puas mencari dan cuba dapatkan maklumat berkait beliau namun tidak mendatangkan hasil. Sekiranya ada dikalangan anda mengenali En. Low Yee Kheng atau beliau sendiri membaca tulisan ini, mohon hubungi saya dengan email atau  dengan msg ke facebook.

$1 dan 1RINGGIT 1993
Duit syiling denominasi $1 diubah simbol dari $1 kepada 1 RINGGIT dan mula diedarkan bermula 14 November 1993. Oleh yang demikian, terdapat dua variasi (variety) bagi tahun 1993 iaitu dengan simbol $1 1993 dan dengan simbol 1 RINGGIT 1993. 

Keluaran duit syiling denominasi 1 Ringgit dihentikan pengeluarannya pada tahun 1996. Pada 05 September 2005, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa duit syiling RM1 tidak lagi sah diperlakukan berkuat kuasa bermula 7 Disember 2005 dan akan ditarik balik daripada edaran. 

Orang ramai telah diberi tempoh selama tiga bulan mulai 7 September hingga 6 Disember 2005 untuk menukar duit syiling RM1 pada nilai muka tanpa sebarang caj di semua cawangan bank perdagangan, cawangan-cawangan utama Bank Simpanan Nasional dan cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu. Ianya telah ditarik keluar dari edaran secara berperingkat dan dinyahwangkan bermula pada 7 Disember 2005. 

Duit syiling 1 sen pula dihentikan pengeluarannya pada tahun 2007. Duit syiling siri kedua bagi denominasi lain  dikeluarkan sehingga tahun 2011. Duit syiling siri kedua ditempa dan dikeluarkan selama 23 tahun. Syiling 5 sen dan 10 sen adalah dua denominasi yang memiliki tempaan pada semua tahun sepanjang siri kedua dikeluarkan. Mengikut rekod buku-buku berkait numismatik dan data di laman NCG (data wujud dari tahun 1989 hingga 2009 sahaja), syiling 50 sen* tahun 1995 adalah tempaan paling sedikit jumlahnya iaitu sejumlah 1,650,423 keping berbanding duit syiling 10 sen* 1998 dengan tempaan terbanyak iaitu  1,917,633,834 keping.
*data/rekod tempaan dari tahun 1989 hingga 2009 sahaja.


Berikut adalah senarai tahun dan jumlah tempaan bagi semua denominasi duit syiling siri kedua.


Jumlah Tahun dan Jumlah Tempaan Siri 2 (Artefak Budaya)
Jumlah di dalam unit Juta keping
Siri 2
1 SEN
5 SEN
10 SEN
20 SEN
50 SEN
$1
Berat grm
1.74
1.41
2.82
5.66
9.33
$ 9.40 |
RM 9.35
Diameter mm
17.78
16.25
19.40
23.59
27.76
24.20
Tebal mm
1.26
1.04
1.37
1.75
2.18
2.60
Komposisi
Copper Clad Steel
Cu75 Ni25
Cu84 Zn12 SN4
1989
28.43
20.48
32.39
28.95
6.639
20.41
1990
102.54
58.91
132.98
56.25
26.28
80.10
1991
100.31
46.09
133.29
82.77
20.72
169.00
1992
122.82
67.84
89.92
48.98
15.13
139.04
1993
153.81
70.70
44.22
55.75
7.658
178.89
1994
185.08
83.03
7.122
2.680
6.566
36.90
1995
208.61
53.07
82.22
-
1.650
132.17
1996
183.27
51.81
77.35
-
7.476
59.46
1997
172.22
7.704
78.96
78.48
16.14
-
1998
191.76
129.39
196.61
116.18
40.16
-
1999
265.50
79.22
163.08
-
12.09
-
2000
268.76
61.20
162.94
63.91
48.21
-
2001
185.22
94.62
313.42
278.80
67.37
-
2002
185.22
85.32
290.45
131.28
61.93
-
2003
235.35
75.69
8.640
-
32.58
-
2004
227.70
11.52
170.64
96.84
37.89
-
2005
437.40
119.52
316.80
209.70
69.17
-
2006
328.05
87.12
304.56
155.88
:)
-
2007
144.45
97.20
237.97
212.90
69.03
-
2008
-
91.44
241.56
197.64
61.38
-
2009
-
125.17
336.15
250.37
94.69
-
2010
-
+-140m
+- 340m
+- 220m
+- 95m
-
2011
-
+- 130m
+- 320m
+- 210m
+- 95m
-
KEY DATE
(Paling Sedikit)
TEMPAAN KURANG
10 JUTA
SEMY KEY DATE
(Kedua Sedikit)
TEMPAAN KURANG
 20 JUTA
Numiscat.blogspot.com


Bahagian Depan (Observe)
 


Duit syiling Malaysia siri kedua bertemakan 'Artifak Budaya Malaysia'. Reka bentuk muka depan berbeza pada setiap denominasi iaitu,
Bahagian Belakang (Reverse) 
Bahagian belakang duit syiling ditempa dengan butiran berikut:-
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dan SEN
  • Bunga kebangsaan, Bunga Raya
  • Tahun Penempaan
  • Nilai muka Syiling
Biarpun syiling siri kedua bermotifkan artifak kebudaan Malaysia namun ianya lebih dikenali sebagai siri 'Bunga Raya' di kalangan para pengumpul. Saya sendiri sering namakannya siri 'Bunga Raya' kerana ianya memiliki potret Bunga Raya lebih besar dan jelas berbanding siri pertama. 

Namun kini Malaysia sudah memiliki duit syiling siri ketiga dan ianya juga memiliki potret Bunga Raya yang besar dan jelas. Saya merasakan gelaran lama (siri Bunga Raya) agak kurang sesuai untuk siri kedua kerana ianya bakal mengelirukan pendatang baru dan pasti akan ada yang bakal bangkitkan soalan seperti "kenapa hanya siri kedua digelar siri Bunga Raya sedangkan siri ketiga juga miliki Bunga Raya?".

Apa pun soalannya, saya harap pendatang baru mampu memahami keadaan di mana ketika siri kedua baru diperkenalkan dahulu, kami tidak tahu akan bakal kewujudan siri ketiga dengan reka bentuk seperti yang anda mampu lihat pada hari ini. Apa yang kami ada dan mampu lihat adalah ianya memiliki potret berbeza pada bahagian hadapan tetapi memiliki potret sama iaitu Bunga Raya di bahagian Belakang. Maka kami telah mengelarkannya sebagai 'siri Bunga Raya' agar lebih mudah bagi kami untuk membezakan antara siri Parlimen dan siri terbaru ketika itu iaitu siri kedua dengan tema Artefak Budaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...