08 Januari 2015

MYC03: Duit Syiling Siri Ketiga

Home

Keunikan Malaysia ~ Sejak 2012
Coin Card Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Duit Syiling siri ketiga dilancarkan pada 25 Julai 2011 dengan 4 denominasi iaitu  5 Sen10 Sen20 Sen dan 50 Sen di dalam bentuk coin card. Namun tiada syiling edaran siri ketiga dikeluarkan pada tahun 2011. Ianya hanya wujud dalam bentuk Coin Card sahaja bagi tujuan koleksi dan ramai pengumpul dan pendatang baru tidak sedar hakikat ini. Mengikut rekod dan data di atas kertas, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 500,000 keping coin card syiling siri ketiga dengan harga RM10. Biarpun angka di atas kertas ini agak banyak namun ianya bakal menjadi salah satu bintang pujuaan 10 atau 20 tahun dari sekarang. Ini adalah peluang anda untuk memiliki sekurang-kurangnya 1 keping coin card siri ketiga 2011 demi mengelak sebarang kekecewaan pada masa depan. Saya melihat harga terkini masih stabil dan masih murah sekitar RM15 dan belum melambung tinggi disebabkan kuantiti sebenar coin card yang dikeluarkan melebihi kuantiti para pengumpul tempatan. Anda boleh msg saya di facebook sekiranya anda tidak tahu sumber untuk mendapatkannya.

Duit syiling siri 3 lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling siri baru ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Duit syiling siri ketiga mula diedarkan pada 16 Julai 2012

Berikut adalah senarai tahun dan jumlah tempaan bagi semua denominasi duit syiling siri kedua.
Jumlah Tahun dan Jumlah Tempaan Siri 3 (Keunikan Malaysia)
Jumlah di dalam unit Juta keping
Siri 3
5 SEN
10 SEN
20 SEN
50 SEN
Berat grm
1.72
2.98
4.18
5.66
Diameter mm
17.78
18.80
20.60
22.65
Tebal mm
1.0
1.5
1.7
1.9
Komposisi
Stainless Steel
Stainless Steel
Nickel Brass
Nickel Brass
Clad Copper
2011
500,000
500,000
500,000
500,000
2012




2013




2014




2015




2016




2017




2018




2019




2020




2021




2022




2023




2024




2025




2026




2027




2028




2029




2030




KEY DATE
(Paling Sedikit)
TEMPAAN KURANG
10 JUTA
SEMY KEY DATE
(Kedua Sedikit)
TEMPAAN KURANG
 20 JUTA
Numiscat.blogspot.com

Bahagian Hadapan (Observe) 
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza seperti berikut :
  • 14 titik untuk melambangkan 13 negeri berserta Wilayah Persekutuan. 
  • Lima garis mendatar pula bagi menggambarkan 5 prinsip Rukun Malaysia (kecuali duit syiling 50 sen).

Ciri Keselamatan dan Anti Pemalsuan


Image terpendam '50' dan 'SEN'
Image terpendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

Abjad mikro 'B, N, M'  pada 20 SEN dan 50 SEN

Selain dari image terpendam, terdapat abjad mikro B, N, M pada muka depan duit syiling 20 sen dan 50 sen. Kita tidak dapat melihat tulisan mikro tersebut dengan mata kasar dan harus menggunakan bantuan kanta pembesar.

Ciri-ciri keselamatan dan anti pemalsuan tersebut menambahkan lagi KEUNIKAN duit syiling siri ketiga.

    Bahagian Belakang (Reverse)
    Bahagian belakang duit syiling pula ditempa dengan butiran berikut:-
    • Perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'
    • Bunga kebangsaan, Bunga Raya
    • Tahun Penempaan
    • Nilai Muka Syiling
    Spesifikasi Teknikal
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...