|
Klik di sini untuk ke laman rasmi BNM |
Pada awalnya bank pusat kita dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu dan ditubuhkan pada 26hb Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu, 1958. Tugas Bank Negara Malaysia adalah berfungsi sebagai bank pusat dengan matlamat utamanya sebagai :
- Pengeluar mata wang dan menyimpan rizab
- Penasihat kewangan kepada kerajaan
- Mewujudkan kestabilan stuktur kewangan
- Mewujudkan suasana kredit yang sihat
Logo rasmi Bank Negara Malaysia
![]() |
Saiz sebenar duit syiling Kijang Emas adalah lebih kecil dari saiz 5 Sen Siri Parlimen |
Pengeluaran Mata Wang
Bank Negara Malaysia bertanggungjawap sepenuhnya untuk mengeluarkan sebarang mata wang rasmi negara. Tanggungjawapnya bukan hanya sekadar mengeluarkan mata wang negara mala untuk memastikan semua mata wang yang dikeluarkan adalah selamat digunakan dan tidak mudah dipalsukan oleh mana-mana pihak. Selain dari itu, pihak BNM juga sentiasa memantau dan menarik balik mana-mana mata wang dari edaran sekiranya ianya tidak menepati sebarang syarat untuk terus diedarkan.
Berikut adalah jenis mata wang yang dikeluarkan oleh BNM:
Selain dari senarai di atas, BNM juga mengeluarkan Duit Syiling Bulion Kijang Emas (Jongkong Emas dalam bentuk Syiling). Malaysia merupakan negara ke 12 yang mengeluarkan duit syiling bulionnya sendiri. Ianya kini setaraf dengan duit syiling bulion antarabangsa yang lain.

1 OZ
Nilai Muka: RM200
Ketulinan Emas: 99.99%
Berat: 31.105g
Diameter: 37.00mm
|
||
1/2 OZ
Nilai Muka: RM100
Ketulinan Emas: 99.99%
Berat: 15.550g
Diameter: 28.00 mm
|
1/4 OZ
Nilai Muka: RM50
Ketulinan Emas: 99.99%
Berat: 7.780g
Diameter: 22.00mm
|
|
Mata Wang Edaran
BNM memulakan pengeluaran pertama duit syiling dan wang kertas pada 12hb Jun 1967. Keluaran tersebut terdiri daripada wang syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas yang nilainya terdiri daripada $1, $5, $10, $50 dan $100. Manakala jenis nilai $1000 dikeluarkan pada tahun 1968. Wang kertas jenis nilai $20 dan $500 dikeluarkan pada tahun 1982.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang duit edaran dan peringatan keluaran Bank Negara Malaysia, sila klik pilihan anda dibawah:-
Gabenor Bank Negara Malaysia
Gabenor Bank Negara hendaklah dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan Gabenor pula boleh dilantik oleh Menteri Kewangan seperti yang diperuntukkan di dalam Sek.9 (1) Akta Bank Negara Malaysia 1958.
Tanda-tangan yang terdapat pada wang kertas keluaran BNM adalah kepunyaan Gabenor ketika ianya dikeluarkan. Bank Negara Malaysia telah ditadbir urus oleh 7 orang Gabenor sejak penubuhannya.
Pejabat dan Cawangan Bank Negara Malaysia
Ibu Pejabat
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn P.O. Box 10922 50929 Kuala Lumpur
Tel: 603-2698-8044
Faks: 603-2691-2990
Pejabat Cawangan
Pejabat Perwakilan Luar Negeri
Tingkat M, Blok D Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel : +603-2698 8044
Kilang Wang Bank Negara Malaysia
Kompleks Kilang Wang, Lot 2,
Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40740 Shah Alam. Tel: +603 5519-1611
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Sasana Kijang 2, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-91792784
|