09 September 2017

Proses tempahan Duit Syiling Peringatan baharu



Sepertimana kita semua sedia maklum, Pihak Bank Negara Malaysia telah memaklumkan cara pendaftaran untuk pembelian duit syiling peringatan melalui tempahan atas talian (online/email) untuk duit syiling keluaran kedua bagi tahun 2017 iaitu duit syiling Sukan SEA ke-29dan Sukan Para ASEAN ke-9.

Pendaftaran telah dibuka dan semua pembeli yang berminat perlu mendaftarkan pembelian mereka melalui atas talian bermula 29hb Ogo 2017 hingga 1.00pm 5hb Sep 2017. Semua pembeli yang berjaya setelah pengundian dijalankan, boleh membayar dan mendapatkan duit syiling daripada cawangan BNM.

Mengikut siaran akhbar BNM pada 8 Sep 2017 (Proses tempahan Duit Syiling Peringatan baharu berjaya menjangkau lebih ramai pelanggan) , BNM telah mengakui perkara berikut:-
  • Orang ramai telah memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap jualan duit syiling peringatan ini dengan tempahan yang diterima oleh Bank daripada pembeli yang berminat melebihi 2,000 orang, iaitu kira-kira empat kali berbanding dengan jualan sebelumnya
  • Memperkenalkan proses pengundian baharu menggunakan komputer untuk duit syiling yang terlebih tempahan.
  • Proses tempahan dan pengundian ini disaksikan oleh juruaudit dalaman Bank untuk memastikan integriti dalam proses pengundian.


Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan senarai pembeli/pemohon berserta dengan keputusan pengundian agar para pembeli boleh mengetahui keputusan sama ada mereka layak untuk membeli mana-mana duit syiling yang mulai dijual pada hari ini (8 Sep 2017).

Di dalam senarai tersebut terdapat seramai 2006 orang yang telah didaftarkan dan berjaya memiliki minimum satu daripada senarai di bawah:-
  • 1 x Set of 2
  • 1 x Single Silver
  •  3x Coin Card

Berikut adalah jumlah duit syiling yang telah disenaraikan untuk dijual kepada 2006 orang pembeli dengan proses pengundian:-

Set of 2
Single Silver
Coin Card
1144
600
5140

Biarpun angka di atas nampak menarik, namun secara peribadi saya merasai angka-angka tersebut hanya wujud atas kertas dan di dalam realiti pihak BNM mungkin akan menjualnya secara terbuka di kedai muzium. 

Semua pembeli berdaftar boleh pergi terus ke cawangan pilihan masing-masing mulai 8hb hingga 12hb Sep 2017 untuk mendapatkan duit syiling peringatan mengikut keputusan pengundian. 

Berikut adalah sedikit perkongsian perjalanan yang perlu dilalui oleh para pembeli di Sasana Kijang.

Setelah pemeriksaan keselamatan pihak polis, pembeli akan sampai ke Kaunter Hadapan. Di sini mereka akan memastikan tujuan anda adalah untuk membeli duit syiling peringatan. Jika bukan mereka tidak akan membenarkan anda masuk.


Bahagian memeriksa keputusan pengundian


Mesin Photocopy untuk mendapatkan salinan IC


IC dan salinan IC perlu diserahkan kepada kaunter pengesahan untuk diperiksa dan disahkan agar penama berdaftar hadir sendiri untuk mendapatkan duit syiling yang boleh dibeli mengikut proses pengundian.

Kaunter jualan duit syiling 


Setelah saya sampai ke kaunter jualan, saya terpaksa berpuas hati dengan hanya 3 keping Kad Syiling (Coin Card) sahaja. Saya masih berteka teki bagaimanakah akan saya lengkapkan koleksi 'Set of 2' saya untuk keluaran kedua tahun 2017. 

Kali ini saya dan ramai pengumpul di luar sana tidak mampu memiliki 'Set of 2' disebabkan oleh bukan pengumpul yang 'bersahaja' berdaftar untuk Set of 2. Mereka tidak akan membelinya sekiranya mereka berjaya di dalam proses pengundian.

Semoga pihak BNM akan mengambil penggalaman dari penjualan atas talian kali ini untuk lebih mengenali dan mendekati pengumpul duit syiling peringatan yang telah menyokong keluaran duit syiling peringatan BNM sejak tahun 1967.

Akhir kata, saya benar-benar mengharap akan memiliki set of 2 untuk duit syiling peringatan yang bakal keluar tidak lama lagi. 

27 Ogos 2017

MYCC 2017b: Sukan SEA ke 29 & Sukan Para Asean ke 9


MYCC
2017b
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
16 Ogo
2017
Sukan SEA ke 29 & Sukan Para Asean ke 9
29th SEA Games & 9th ASEAN Para Games

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pula diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Temasya sukan ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan Hari Malaysia.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 16 Ogos 2017. 



Bahagian Hadapan
  • Imej Maskot rasmi RIMAU, diilhamkan daripada Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan tangkas. RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) and Bersatu (Unity)
  • Tema temasya sukan BANGKIT BERSAMA.
  • Perkataan "SUKAN SEA KE 29" dan "SUKAN PARA ASEAN KE 9".
Bahagian Belakang

  • Imej logo rasmi temasya sukan iaitu Wau Bulan. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling


SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2017b
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(99.9)
RM10
700
@RM230
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
13,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + Nordic Proof
Set of 2
1,300
@RM280


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam

Tempahan melalui email mulai 29 Ogos 2017 hingga 1pm 5 September 2017
Pengumuman keputusan tempahan dan pengundian pada 8 September 2017
Pembayaran dan Pengambilan mulai 8hb hingga 12hb September 2017


Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.











26 Ogos 2017

Duit syiling di dalam edaran pada 30hb Jun 2017




Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 30hb Jun 2017 dan berikut adalah angka dan jumlah berkait duit syiling yang berada di dalam edaran pada suku kedua 2017.

Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  30hb Jun 2017.

Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
31 Dis
2016
30 Jun
2017
Keterangan
1   Sen
43,338,264
43,322,716
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
180,780,149
193,084,125
Termasuk Siri 1,2,3.
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.
10 Sen
699,448,468
739,251,037
20 Sen
901,615,870
960,199,189
50 Sen
993,012,724
1,077,780,240
RM   1
32,655,192
32,577,503
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,716,290
9,716,280
RM 10
3,076,850
3,102,810
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM 15
1,423,200
1,423,515
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM 25
14,878,730
14,879,325
Keluaran RM20 sejak 19 Januari   1976 & RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
12,488,900
12,811,125
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,772,850
12,772,850
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
RM
2,926,755,987
3,122,469,215
Numiscat
* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 

Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...