26 Julai 2015

Prefix ZB polymer memiliki nilai numismatik tinggi?

Wang kertas gantian memiliki peminat tersendiri di dalam dunia numismatik. Ramai pengumpul meminati prefix gantian bukan hanya ianya bakal memiliki nilai numismatik tinggi mala dengan harapan ianya bakal menjadi item "rare" bagi prefix-prefix yang dicetak dengan kuantiti terlalu terhad.





Apabila kita sebut terhad, ramai tidak memahami bagaimana kejadian cetakan terhad ini terjadi dan mengapa ianya mampu mewujudkan nilai numismatik tinggi bagi sesuatu prefix. RM1 polimer Zeti Siri 12 yang memiliki prefix ZB sememangnya memiliki nilai numismatik dan ramai bertanya mengapa dan kenapa prefix ZB bagi RM1 polimer dijual dan dibeli dengan harga tinggi. 



Prefix gantian ZA dan ZB dicetak bagi mengantikan wang polimer yang rosak bagi prefix AA hingga DD. Kemungkinan besar pihak berkuasa meluluskan sebanyak 10.14 juta keping wang gantian bagi mengantikan wang yang telah rosak serta tidak memenuhi syarat untuk memasuki edaran. 



Setiap prefix hanya mampu dicetak dengan maximum 10 juta nombor siri berturutan iaitu XX 0000001 hingga XX10000000. Keadaan ini memaksa mengunakan 2 prefix bagi mencetak sejumlah 10.14 juta wang kertas iaitu seperti berikut:



ZA 0000001- ZA10000000 = 10 juta keping
ZB 0000001- ZB  0140000 = 140 ribu keping.

                           Jumlah = 10.14 juta keping.



Maka prefix ZA telah dicetak penuh (10 juta Keping) manakala prefix ZB hanya dicetak sebanyak 140 ribu keping. Setelah prefix DD, prefix DF telah dicetak oleh pencetak berbeza dan keadaan ini telah membekukan jumlah cetakan ZB pada angka 140 ribu keping.
(Pihak BNM mempunyai bidang kuasa untuk menyambung percetakan menggunakan prefix ZB sekiranya perlu.)

Mungkin anda ingin bertanya bagaimana saya tahu angka 140 ribu tersebut? Di dalam dunia numismatik, tiada maklumat 100% tepat selagi ianya tidak disahkan oleh pihak BNM. Maka kebanyakan pengkaji dan pengumpul hanya mampu meneka dan membuat kesimpulan mengikut bukti yang wujud di depan mata seperti wang kertas yang telah dijumpai dan di dalam simpanan para pengumpul serta maklumat tidak rasmi daripada kenalan kakitangan BNM.

Setakat ini belum ada sesiapa mengaku memiliki atau terjumpa nombor siri yang melepasi angka 140 ribu. Kesemua prefix ZB yang dijumpai hanya memiliki nombor siri dengan angkanya kurang 140 ribu.

Keadaan ini yang membuatkan para pengkaji numismatik membuat kesimpulan bahawa prefix ZB telah dicetak dengan terhad iaitu 140 ribu keping. Ramalan ini mewujudkan pemburuan prefix ZB agar tidak ketinggalan untuk memiliki minimum 1 keping demi melengkapkan koleksi.




Tahukah anda bahawa jumlah cetakan bagi RM5 polimer siri 12 ZB juga diramalkan bahawa dicetak sekitar 130 ribu keping? Tetapi ZB RM5 tidak menjadi bintang buruan seperti RM1 ZB mahupun nilainya setinggi ZB RM1. Kenapa jadi begini sedangkan RM5 ZB diramalkan cetakannya kurang dari jumlah cetakan RM1 ZB?

Sudahkah anda memiliki RM5 polimer siri 12 prefix ZB di dalam koleksi anda? Jika belum, ambillah peluang yang ada sementara ianya masih murah dan mampu dimiliki.

25 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat sangat berguna drp saudara..
    Alhamdulillah note ZB00***** RM 1 (UNC) & RM5 (VF) siri 12 sudah berada dalam koleksi sy..

    BalasPadam
  2. Sama2 tuan Muadzim Haji Abdul Aziz.
    Syabas dan tahniah kerana telah memiliki keduanya. Semoga yg VF itu bakal ditemani oleh UNC tak lama lagi.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  4. As salam tuan..sy ingin bertanya..adakah note rm20 ZB24***** mempunyai nilai yg tinggi?

    BalasPadam
    Balasan

    1. Salam Tuan,
      Untuk masa ini (2016) RM20 ZB24* memang memiliki nilai numismatik bagi kondisi UNC tetapi tidaklah tinggi.

      Padam
    2. Mcm mna pula dgb rm 20 zb11**

      Padam
  5. Assalam tuan...sy ada kemuskilan psl no 10 juta...bukankah 10 juta tu 8 digit dan digit pada no siri duit cuma 7 digit 1 juta...mohon pencerahan tuan..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan..
      Yup benar, setiap set prefix (setelah era prefix 2 abjad) memiliki 10 juta keping wang kertas iaitu bermula dari XX0,000,001 hingga XX10,000,000 di mana hanya no siri yg ke 10juta sahaja akan memiliki 8 digit..

      BNM bakal melelong 2 keping wang kertas dengan nombor siri 10 juta pd 6hb March 2016 di Sasana Kijang.
      Berikut adalah butiran berkait kedua wang kertas tersebut. Harap membantu.
      http://qamnp.com/Product/Detail/625
      http://qamnp.com/Product/Detail/616

      Padam
  6. terbaik tuan.. membaca blog tuan mengingatkan saya kepada http://www.uang-kuno.com/ dr irwan.. teruskan tuan.. :-)

    BalasPadam
  7. As salam tuan..terima kasih atas perkongsian ilmu..adakah note rm20 ZB0008*** mempunyai nilai yang tinggi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cik puan Aidy.
      ramai berminat untuk mengetahui akan nilai wang yang mereka miliki. Namun mereka tidak memiliki tempat untuk merujuk. banyak buku2/katalog numismatik di luar sana memiliki harga n nilai terkini. Saya akan cuba menulis berkait isu ini agar ianya mampu dijadikan panduan.

      RM20 ZB0008*** memiliki nilai tinggi sekiranya wang kertasnya memiliki kondisi tertinggi juga.

      Padam
  8. salam,sekadar ingin tahu...berapa prive value untuk note RM 50 ZB0058725???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      Nilai numismatik sesuatu wang kertas bergantung kepada beberapa faktor sperti berikut:-

      1) Jumlah keluaran dan jumlah kewujudan di dalam edaran
      2) No siri wang kertas (Low number/special number/Fancy Number)
      3) Kondisi wang kertas
      4) Usia wang kertas
      5) Permintaan dan pemburuan penggumpul

      Oleh yang demikian, saya hanya mampu bagitau nilai RM50 ZB0058725 = RM50 iaitu nilai muka sahaja sebab tuan hanya mampu bekalkan maklumat berkait no sirinya sahaja.

      Harap membantu

      Padam
  9. Minta sorry ganggu ..saya cuma nak tahu
    Sign aliabdulhassan yg terkenal sbgai sign aishah ade nilai ke..hope get reply

    BalasPadam
  10. Salam tuan,
    Semua wang kertas yang dikeluarkan oleh BNM memiliki nilai muka seperti yang tertera pada setiap wang kertas tersebut termasuk wang kertas yang telah ditanda tangani oleh Tan Sri ALi Abul Hassan.
    Harap membantu.

    BalasPadam
  11. salam tuan wang rm 1 za 2xxxx berapa nilai jualan

    BalasPadam
  12. Slam. 
    Sya ade skeping rm 1 polymer gambar agung warne hijau no prefix fj..........
    Ade nilai tak?
    adakah ianya sekadar duit biasa atau error
    mohon pancerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      masej saya di fb >> https://www.facebook.com/numiscat

      Padam
  13. saya mempunyai RM 20 ZB 009...adakah mempunyai nilai tuan?

    BalasPadam
  14. Sye ada duit Rm1 zb0140319 sye nk tau brape value duit ni dan kat mane kite bley jual..

    BalasPadam
  15. Saya ada rm1 ZB00xxxxx nak jual berapa harga

    BalasPadam
  16. اَلْحَمْدُلِلّهِ... Tq tuan... Stakat nie dapat kumpul zb 003 & zb 007 dan zb 0001341 sahaja.. Tu puwn cond vf untuk rm 1....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 tuan.. Saya pun miliki beberapa keping Fine/VF sahaja. Yang penting kita kenal dan memiliki. Sebenarnya inilah bekal untuk membuktikan kita pun seorang pengumpul.

      Padam
  17. اَلْحَمْدُلِلّهِ.. Berjaya mengumpul zb 003,007&0001431,.. Terima kasih atas ilmu tuan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...