08 Januari 2015

Geoffrey Colley



2 abjad GC yang kecil dan halus yang terdapat pada bahagian depan wang syiling siri pertama adalah tanda parap pereka cipta (Designer's Initial) bagi nama Geoffrey Colley iaitu initial bagi pereka-cipta bentuk wang syiling (Coin Designer) bagi banyak negara termasuk Malaysia. 

Ramai mungkin tidak sedar akan kewujudan abjad 'GC' di bawah hujung sebelah kanan bangunan Parlimen pada syiling edaran siri pertama. Mungkin ada yang perasan tetapi tidak tahu maknanya. Saya pernah melihat pendatang baru (newbie) bertanya tentang maksud GC tersebut (di facebook) dan mendapat jawapan bahawa GC itu adalah 'Gold Coin' dan ada juga yang menjawap GC itu bermakna 'Gila Coin'. Baru-baru ini saya terlihat ada pengumpul berpengalaman yang menulis GC sebagai tanda kilang (mint mark) pada iklan (posting) jualannya. Harap pendedahan seperti ini akan membantu. 



Geoffrey Colley (sumber gambar)
Wang syiling siri pertama Malaysia yang bertemakan Parlimen telah direka bentuk oleh Geoffrey Colley dan abjad GC diletakan secara kecil dan halus pada denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Saya juga pernah melihat para collector kagum dengan syiling-syiling milik mereka yang tidak memiliki tanda GC dan ada juga menawarkan harga tinggi untuk memilikinya. Saya belum pernah meneliti dan mencari jika ada syiling dalam simpanan saya tanpa tanda parap GC. Ianya terjadi di sebabkan oleh (filled die) iaitu dienya telah dipenuhi oleh benda asing sehingga butiran GC tidak kelihatan pada syiling tersebut. Saya akan menulis lagi berkait 'filled Die' jika memiliki atau terjumpanya nanti di halaman 'Error Coin'.



Geoffrey Colley dilahirkan di Gillenham, Kent, England. Beliau pempelajari bidang kesenian di Kent dan London. Selain dari Malaysia, beliau juga pernah mereka bentuk duit syiling bagi negara-negara berikut;
  • Iraq
  • Nigeria
  • Bahrain
  • Iceland
  • Rwanda
  • Trinidad & Tobago
  • United Arab Emirates



Sumber berita dan gambar: www.worldofcoins.eu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...