14 Januari 2015

MYCE2003c: PMDS- siri 1 :Spesis Haiwan Darat Terancam

MYCE
2003c
Program Pendidikan Melalui Duit Syiling
(Coin In Education)
2003
PMDS- siri 1
Spesis Haiwan Darat Terancam
08 Apr


Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri duit syiling bertema (Thematic Coin Series) di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling (PMDS). Program PMDS ini adalah bertujuan untuk menggalak minat mengumpul dan menghargai duit syiling di kalangan pelajar sekolah. Satu tema baru dengan 12 keluaran duit syiling akan diperkenalkan setiap tahun.

Siri pertama program PMDS membawa tema Spesis Haiwan Terancam - Haiwan Darat (Animal Living on Land) tahun 2003 yang mengandungi 12 jenis spesis haiwan. Harimau Sumatera dipilih untuk rekabentuk keluaran pertama diikuti dengan 11 spesis haiwan lain.

Duit syiling ini diperbuat daripada aloi emas nordic dengan nilai muka 25 sen dan harga jualan RM5 setiap satu. Ini merupakan kali pertama Bank mengeluarkan duit syiling dengan nilai muka 25 sen.

Hadapan

  • Reka bentuk pada sebelah hadapan duit syiling memaparkan salah satu daripada dua belas spesis haiwat darat tersebut.
  • Perkataan "ENDANGERED SPECIES SERIES"
  • Nama haiwan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta nama saintifiknya.

Belakang

  • Logo bagi siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam', yang memaparkan haiwan berikut pada setiap syiling:
1.     Harimau Sumatera
2.     Orang Utan
3.     Gajah
4.     Badak Sumatera
5.     Kongkang
6.     Kijang
7.     Tenuk
8.     Kambing Gurun
9.     Seladang
10.  Rusa
11.  Harimau Dahan
12.  Monyet Bangkatan

  • Imej hutan sebagai habitat semula jadi haiwan
  • Nilai muka
SPESIFIKASI TEKNIKAL
Kesemua 12 duit syiling siri ini ditempa menggunakan spesifikasi sama seperti di bawah
MYCE
Elemen Logam
Aloy
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(g)
Diameter
(mm)
Tebal
Thickness
(mm)
Harga
Price
RM
NBU
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
25 Sen
100,000
9.16
30.00
1.60
5.00
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
 Bulat | Round
MYCC
2005b
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Tarikh Keluaran
1
Harimau Sumatera
Sumatran Tiger
April 2003
2
Orang Utan
Orang Utan
April 2003
3
Gajah
Asiatic Elephant
Mei 2003
4
Badak Sumatera
Sumatran Rhinoceros
Mei 2003
5
Kongkang
Slow Loris
Jun 2003
6
Kijang
Barking Deer
Jun 2003
7
Tenuk
Tapir
Julai 2003
8
Kambing Gurun
Serow
Ogos 2003
9
Seladang
Gaur
September 2003
10
Rusa
Sambar Deer
September 2003
11
Harimau Dahan
Clouded Leopard
November 2003
12
Monyet Bangkatan
Proboscis Monkey
Disember 2003
Kilang
The Royal Mint of Malaysia (Kilang Wang BNM)
PENTING
*Emas Nordic tidak memiliki elemen emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.

Set 12 dalam 1 Spesis haiwan darat terancam
Siri 1 (Spesis Haiwan Darat Terancam) juga dikeluarkan di dalam bentuk set 12 dalam 1 sebanyak 40,000 set.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...