25 Februari 2015

KOSMO: Pemandu dapat wang pelik RM50

Klik di sini untuk membaca sumber asal
Berita bertarikh 26 Jun 2009

Berita Menyesatkan Pengguna/Pembaca

Pada 15 Januari 2015, ada sebuah kisah hampir sama seperti di atas (gambar) dilaporkan oleh Sinar Harian dengan tajuk " Wang kertas pelik dari kaunter bank". Yang ini Kosmo pula melaporkan berita dengan kurang pendedahan yang mampu dan pasti akan menyesatkan para pengguna dan pembaca.

Sungguh hairan dengan wartawan yang menerbitkan berita ini tanpa menyiasat terlebih dahulu berkait wang kertas yang dibawa oleh pengadu En. Arif Mohd ke pajabat Kosmo. 

Saya menulis dengan harapan agar wartawan yang menulis/menerbitkan berita ini akan membaca tulisan saya dan mendedahkan diri beliau kepada realiti dan kebenaran disebalik ruang yang telah diwujudkan olehnya untuk menyesatkan para pembaca berita tersebut di atas.

Wang kertas RM50 yang dikatakan unik dan pelik dengan tanda tangan di penjuru bawah adalah tanda tangan Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don iaitu Gabenor ke 5 Bank Negara Malaysia.

Wang kertas RM50 tersebut dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1998 berserta dengan 3 lagi denominasi untuk edaran dan 1 keping wang peringatan seperti berikut:

RM2 1996
RM10 1997
RM50 1998
RM100 1998
Wang Polimer pertama Malaysia
Wang Peringatan (Banknote) Pertama (Sukan Komenwel '98)

Anda juga boleh mendapatkan kepastian berkait maklumatnya dari laman rasmi Bank Negara Malaysia dengan klik link di bawah:

RM2  RM10  RM50  RM50 Polimer dan RM100

Atau hubungi pihak BNM

BNMTELELINK
Telefon : 1-300-88-5465
Faksimile : 03-21741515 / 03-21741616
E-Mel : bnmtelelink@bnm.gov.my

Harap pendedahan seperti ini mampu membuka minda dan pengetahuan para wartawan agar tidak lagi membekalkan maklumat kurang tepat kepada para pembaca seterusnya menyesatkan mereka. 

24 Februari 2015

MYCC1969: 10 Tahun Bank Negara Malaysia



MYCC
1969
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
1969
10 Tahun Bank Negara Malaysia
10th Anniversary of Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun yang ke-10 Bank Negara Malaysia. Duit syiling  ini merupakan duit syiling peringatan pertama yang ditempa dengan saiz dan reka bentuk berbeza dengan syiling edaran biasa.

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26hb Januari 1959 di mana ketika itu ianya dikenali sebagai Bank Negara Tanah Melayu. Klik di sini untuk membaca berkait BNM.


Bahagian Hadapan
Perak Pruf      |   Kupro-Nikel
  • Imej potret Tuanku Ismail Nasiruddin Shah.
  • Perkataan DYMM SPB TUANKU NASIRUDDIN SHAH

Bahagian Belakang
$1 Perak Pruf      |   $1 Kupro-Nikel
  • Imej bulan sabit dan bintang 14 bucu
  • Imej Bunga Raya berbentuk Kalung
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA
  • Tahun 1959-1969
  • Nilai Muka Duit Syiling : $1
Sultan Terengganu
(6 Jun 1945 hingga 20 Sep 1979)

Yang di-Pertuan Agong Ke-4
(21 Sep 1965 hingga  20 Sep 1970)
SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1969
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(Ag92.5)
$1
1,000
20.40
Diameter
33.30
Tebal
2.63
NBU
Normal BU
Kupro-Nikel
Copper-Nickel
(Cu75Ni25)
$1
1,000,000
16.8
Diameter
33.4
Tebal
2.5
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Hamburg Mint, Germany


Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












20 Februari 2015

MYCC1971: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Malaysia



MYCC
1971
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
30 Aug
1971
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Malaysia


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan sempena 13 tahun Malaysia di bawah naungan Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman. Syiling ini memiliki keunikan dan sejarahnya tersendiri seperti berikut:
  • Syiling pertama yang dikeluarkan dengan logam emas.
  • Syiling peringatan dengan logam biasa (kupro-nikel) yang memiliki saiz terbesar
  • Syiling pertama dengan nilai muka ditulis dengan identiti RINGGIT
  • Syiling pertama dengan denominasi terbesar iaitu 100 Ringgit.
  • Syiling emas yang ditempa dengan jumlah yang terbanyak iaitu 100,000 keping. Harga emas 916 ketiga itu dikatakan sekitar RM4/gram.


Bahagian Hadapan
  • Imej potret Tunku Abdul Rahman
  • Perkataan TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ BAPA MALAYSIA
  • Tahun 1971


Bahagian Belakang
  • Imej Bangunan Parlimen berlatar belakangkan bulan sabit dan bintang 14 bucu
  • Nilai Muka Duit Syiling 

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1971
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AuP
Emas Pruf
Emas
Gold
(Au91.7)
100
Ringgit
500
18.66
Diameter
27.7
Au
Emas
100,000
Tebal
2.1
NP
Normal Pruf
Kupro-Nikel
Copper-Nickel
(Cu75Ni25)
5
Ringgit
500
29.03
Diameter
38.00
NBU
Normal BU
2,000,000
Tebal
3.2
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang



Pada tahun 2007, Royal Selangor International Sdn Bhd telah mengeluarkan 395 keping syiling emas bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan. Syiling peringatan tersebut dikeluarkan sebagai koleksi peribadi dan dijual pada harga RM1,957. Ianya memiliki saiz, berat dan butiran sama seperti syiling emas keluaran pertama 1971.


Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...