13 Januari 2015

MYCC2006e: Rancangan Malaysia Ke Sembilan 2006-2010

MYCC
2006e
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
2006
Rancangan Malaysia Ke Sembilan 2006-2010
13 Nov


Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga duit syiling peringatan sempena Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). RMKe-9 yang telah dibentangkan pada bulan Mac 2006 menggariskan agenda pembangunan Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, pada 13 November 2006.



Bahagian Hadapan
  • Potret Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
  • Perkataan "CEMERLANG GEMILANG TERBILANG"
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA (Pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini)
  • Nilai muka duit


Bahagian Belakang
  • Simbol peta dunia, atom, double helix (DNA) dan daun-daun diolah yang mewakili lima teras utama RMKe-9.
  • Simbol peta dunia mewakili persekitaran ekonomi global dan kesediaan negara menghadapi cabaran.
  • Simbol atom dan double helix (DNA) pula mewakili bidang sains, teknologi dan inovasi yang membolehkan negara menjana sumber kekayaan baru melalui teknologi dan sektor intensif pengetahuan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan bioteknologi.
  • Daun-daun yang diolah pula mewakili sektor pertanian yang digiatkan semula dengan tumpuan pada pertanian secara moden dan komersial dalam skala besar, aplikasi teknologi moden yang lebih meluas, produk nilai tambah yang lebih banyak, pemanfaatan potensi bioteknologi, dan pengukuhan rangkaian pemasaran dan global.
  • Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN" dan tempoh rancangan "2006-2010"


SPESIFIKASI TEKNIKAL


































MYCC
2006e
Elemen Logam
Aloy
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(g)
Diameter
(mm)
Tebal
Thickness
(mm)
Harga
Price
RM
AuP
Emas Pruf (Au 999.9)
100 Ringgit
500
7.96
22.00

1,028
AgP
Perak Pruf (Ag 92.5)
10 Ringgit
300
21.00
35.70
2.40
138
NBU
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
1 Ringgit
10,000
8.80
30.00
1.60
8
S2
Set 2 dalam 1
AgP+NBU
300



188
S3
Set 3 dalam 1
AuP+AgP+NBU
500



1,268
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
 Bulat | Round
Kilang
The Royal Mint
PENTING
*Emas Nordic tidak memiliki elemen emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...