28 September 2016

Wang Kertas dengan Tandatangan Gabenor Datuk Muhammad bin Ibrahim


RM50 dengan tanda tangan Datuk Muhammad bin Ibrahim
Wang kertas dengan tanda tangan gabenor terbaru Datuk Muhammad bin Ibrahim bakal diedarkan pada 29 September 2016 bermula dengan denominasi RM50. Denominasi lain pula akan memasuki edaran secara berperingkat.

Tanda tangan terpanjang dan unik
Tanda tangan terbaru ini adalah sesuatu yang telah kita menunggu dan menanti buat sekian lama untuk memburu prefix terbaru. Namun ianya mampu mengelirukan pengguna di luar sana sebab terdapat kelainan pada wang kertas. 

Kita sebagai para numismatis yang menyedari hakikat ini, memiliki tanggungjawap untuk menyedarkan pengguna lain berkait perkara ini. Perkongsian dan perbincangan berkait perubahan tanda tangan tersebut perlu agar tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengelirukan mana-mana pengguna.

Ini bakal dicatitkan sebagai sejarah numismatik negara kerana secara rasmi wang kertas siri ke 13 bakal memasuki edaran pada 29 September 2016.

Penantian para numismatis bakal tamat esok setelah RM50 yang memiliki tanda tangan Datuk Muhammad bin Ibrahim bakal diedarkan.

Selamat memburu prefix  terakhir Zeti siri 12 dan prefix 
pertama MI siri 13.

04 September 2016

RM5 Siri 12 BB 8888888 terjual pada harga RM44,850


Lelongan Ke-5 Wang Kertas Malaysia oleh Bank Negara Malaysia telah berlangsung pada 3hb Sept 2016 di Sasana Kijang. Sebanyak 133 lot telah dilelongkan kepada umum dan kesemua 133 lot tersebut berjaya dibida dan terjual.

Lelongan tersebut telah mencatit bidaan harga tertinggi bagi wang kertas denominasi RM5 yang memiliki nombor siri istimewa (Super Solid) BB 8888888Ianya telah terjual pada harga RM44,850 (termasuk premium 15% RM5,850). 

Berikut adalah antara 10 wang kertas yang telah mendapat bidaan tertinggi di dalam lelongan semalam.


RM39,000
RM35,000
RM28,000
RM27,000
RM17,000
RM16,000
RM16,000
RM12,000
RM11,000
RM10,000

Duit syiling di dalam edaran pada 30hb Jun 2016



Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 30hb Jun 2016 dan berikut adalah angka dan jumlah berkait duit syiling yang berada di dalam edaran pada suku kedua 2016.

Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  30hb Jun 2016.

Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
31 Mac
2016
30 Jun
2016
Keterangan
1   Sen
43,342,410
43,338,264
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
176,778,426
180,780,149
Termasuk Siri 1,2,3.
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.
10 Sen
687,968,918
699,448,468
20 Sen
884,951,911
901,615,870
50 Sen
969,719,915
993,012,724
RM   1
*32,643,790
32,655,192
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,716,290
9,716,290
RM 10
3,004,630
3,076,850
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM 15
1,423,200
1,423,200
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM 25
14,878,730
14,878,730
Keluaran RM20 sejak 19 Januari   1976 & RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
12,309,150
12,488,900
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,772,850
12,772,850
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
RM
2,694,280,293
2,926,755,987
Numiscat
* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 
Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...