13 Januari 2015

MYCE2006c: PMDS- siri 3 : Spesies Terancam Haiwan Laut dan Reptilia Terancam

MYCE
2006c
Program Pendidikan Melalui Duit Syiling
(Coin In Education)
2006
PMDS- siri 3 
Haiwan Laut dan Reptilia Terancam
08 Mei


Bank Negara Malaysia mengeluarkan siri duit syiling 'Spesies Terancam' siri ketiga yang bertemakan 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam'. Siri duit syiling ini ialah sebahagian daripada Program Pendidikan Melalui Duit Syiling, satu usaha Bank Negara Malaysia untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap spesies haiwan dan burung terancam di Malaysia. Siri ini dikeluarkan berikutan kejayaan dua siri 'Spesies Terancam' sebelumnya yang bertemakan 'Haiwan Darat' dan 'Burung'.

Sama seperti siri duit syiling 'Haiwan Darat' dan 'Burung', siri duit syiling "Haiwan Laut dan Reptilia Terancam" ini dikeluarkan kepada orang ramai dalam dua belas keluaran, yang menampilkan dua belas haiwan laut dan reptilia terancam yang terpilih. Dua siri duit syiling keluaran pertama ini, yang memaparkan Penyu Agar dan Penyu Karah dikeluarkan pada 8 Mei 2006. Ini diikuti dengan sepuluh keluaran yang lain secara bulanan.

Hadapan

  • Reka bentuk pada sebelah hadapan duit syiling memaparkan salah satu daripada dua belas haiwan laut dan reptilia tersebut.
  • Perkataan "ENDANGERED SPECIES SERIES"
  • Nama haiwan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta nama saintifiknya.

Belakang

  • Logo bagi siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam', yang memaparkan haiwan berikut pada setiap syiling:
1.    Penyu Agar
2.    Penyu Karah
3.    Lumba - Lumba
4.    Tuntung Laut
5.    Penyu Lipas
6.    Penyu Belimbing
7.    Duyong/Dugong
8.    Buaya Siam
9.    Jerung Paus
10.  Buaya Julong-Julong
11.  Buaya Tembaga
12.  Lumba-Lumba Empesut

  • Nilai muka
SPESIFIKASI TEKNIKAL
Kesemua 12 duit syiling siri ini ditempa menggunakan spesifikasi sama seperti di bawah:
MYCE
Elemen Logam
Aloy
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(g)
Diameter
(mm)
Tebal
Thickness
(mm)
Harga
Price
RM
NBU
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
25 Sen
40,000
8.80
30.00
1.60
5.00
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
 Bulat | Round
MYCC
2006c
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Tarikh Keluaran
1
Penyu Agar
Green Turtle
8 Mei 2006
2
Penyu Karah
Hawksbill Turtle
8 Mei 2006
3
Lumba - Lumba
Bottlenose Dolphin
Akhir Mei
4
Tuntung Laut
Painted Terrapin
Akhir Mei
5
Penyu Lipas
Olive Ridley Turtle
Jun
6
Penyu Belimbing
Leatherback Turtle
Jun
7
Duyong/Dugong
Dugong
Julai
8
Buaya Siam
Siamese Freshwater Crocodile
Ogos
9
Jerung Paus
Whale Shark
September
10
Buaya Julong-Julong
Malayan Gharial Crocodile
Oktober
11
Buaya Tembaga
Estuarine Crocodile
November
12
Lumba-Lumba Empesut
Irrawady Dolphin
Disember
Kilang
The Royal Mint of Malaysia (Kilang Wang BNM)
PENTING
*Emas Nordic tidak memiliki elemen emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.
Set VVIP sumber gambar










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...