29 Mei 2016

100 Tahun Pandu Puteri SEDUNIA vs MALAYSIA


Mungkin ramai masih mempersoalkan tentang pengeluaran syiling peringatan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri untuk kali kedua kan? Sekiranya benar, di sini kami akan kongsi perkara yang berkaitan dengan syiling peringatan tersebut agar ianya mampu memperbezakan antara kedua-dua '100 tahun' yang dimaksudkan.

Syiling tahun 2012 untuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri SEDUNIA dan 
Syiling tahun 2016 untuk Persatuan Pandu Puteri MALAYSIA.



Bank Negara Malayasia dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Malaysia pernah mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada 29hb  Mei 2012.




Setelah 4 tahun, Bank Negara Malaysia mengeluarkan satu lagi syiling peringatan bersempena dengan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 28hb Mei 2016.




Sama tetapi tidak serupa


Persamaan
  • Telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
  • BNM mengeluarkan 2 jenis syiling iaitu Perak dan Emas Nordic.
  • Memiliki Logo PPPM di bahagian belakang.
  • Dilancarkan pada hujung bulan Mei (29hb Mei & 28hb Mei)



Perbezaan
  • Pelancaran di Ipoh vs Langkawi
  • Gabenor berbeza, Zeti vs MI
  • Syiling Perak vs Perak berwarna
  • Tanpa Tahun vs Bertahun



Kelebihan & Kelainan

Syiling peringatan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia tidak memiliki tarikh atau tahun pada reka bentuknya. Ini menjadikannya syiling peringatan yang unik dan satu-satunya syiling peringatan keluaran BNM tanpa tahun.

28 Mei 2016

MYCC 2016d: 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Home 

MYCC
2016d
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
28 Mei
2016
100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia
100th Anniversary of Persatuan Pandu Puteri Malaysia


RAJA Permaisuri Agong , Tuanku Hajah Haminah berkenan melancarkan duit syiling kenangan 100 tahun Persatuan Pandu Puteri sambil diperhatikan isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor ( tiga dari kiri ) dan Raja Puan Besar Perak , Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah ( dua dari kanan ) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini hari ini. (Pic)
Coin set of two 100 tahun PPPM 2016

Bank Negara Malaysia mengeluarkan 2 jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Ke-100. PPPM adalah komited untuk melahirkan golongan wanita yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai Pandu Puteri selari dengan visi PPPM untuk "menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan." Syiling tersebut telah dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (LICC) Langkawi pada 28 Jun 2016.
Perak Pruf RM10 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bahagian Hadapan
  • Imej simpul buku sila (reef knot) yang melambangkan persahabatan yang berkekalan dalam kalangan ahli Pandu Puteri di dalam dan luar negara,
  • Logo perayaan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun PPPM Ke-100.
  • Imej tali yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling ini melambangkan kekukuhan dan hubungan yang erat dalam organisasi ini.
  • Perkataan PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
  • Tahun '1916-2016'
Nordic Gold Pruf RM1 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bahagian Belakang
  • Logo rasmi PPPM
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling
Coin Card 100 tahun PPPM 2016

Berita atas talian
Bernama

Utusan
Sinar Harian


Sebelum ini, Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan 100 tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada tahun 2013. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat berkait syiling tersebut.

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2016d
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(99.9)
RM10
500
@RM200
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
10,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + Nordic Proof
Set of 2
2,000
@RM250


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam
Mulai dijual kepada umum pada 6 Jun 2016

Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












Home 

Duit syiling di dalam edaran pada 31hb Mac 2016



Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 31hb Mac 2016 dan di sini kami ingin berkongsi fakta dan angka berkait duit syiling yang berada di dalam edaran.


Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  31hb Mac 2016.

Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
31 Dis
2015
31 Mac
2016
Keterangan
1   Sen
43,346,075
43,342,410
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
173,143,080
176,778,426
Termasuk Siri 1,2,3.
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.
10 Sen
677,029,751
687,968,918
20 Sen
868,096,754
884,951,911
50 Sen
947,588,689
969,719,915
RM   1
*32,679,842
*32,643,790
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,716,295
9,716,290
RM 10
2,980,180
3,004,630
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM 15
1,423,200
1,423,200
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM 25
14,878,155
14,878,730
Keluaran RM20 sejak 19 Januari   1976 & RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
12,278,825
12,309,150
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,774,850
12,772,850
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
RM
2,817,484,196
2,694,280,293
Numiscat
* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 

Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...