Prefix pilihan adalah prefix terpilih yang biasanya menjadi pilihan para pengumpul duit kertas. Banyak kisah dan sejarah sebenarnya tersembunyi di sebalik prefix wang kertas secara amnya. Para pengumpul yang telah lama di dalam hobi ini dan memburu koleksi prefix mereka biasanya hanya menamakan prefix untuk maksudkan tahun atau masa sesuatu kejadian tertertentu sesama rakan pengumpul lain.
Berikut adalah senarai prefix yang menjadi koleksi para pengumpul duit kertas.
Prefix Pertama adalah prefix awal yang digunakan untuk memulakan sesuatu denominasi bagi siri wang kertas tersebut. Prefix pertama hanya akan wujud sekiranya denominasi bagi siri wang kertas tersebut dicetak menggunakan lebih dari 1 prefix. Sekiranya ianya melibatkan hanya satu prefix sahaja maka ianya adalah Prefix Tunggal.
Prefix Terakhir adalah prefix yang digunakan untuk mengakhiri siri atau denominasi wang kertas tersebut.
Prefix Pertama & Terakhir bagi Pencetak
Apabila sesuatu denominasi dicetak oleh pencetak (printer) berbeza di dalam siri yang sama, maka prefix Pertama dan prefix terakhir akan digunakan untuk membezakan set yang telah dicetak oleh pencetak.
Berikut adalah contoh di mana denominasi RM10 siri 6 dan siri 7 telah dicetak oleh pencetak berbeza bagi setiap siri.
RM10 Siri 6 telah dicetak oleh dua pencetak berbeza, maka Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak TDLR adalah PR dan VM. Manakala Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak BABN adalah VM dan VR. Di mana prefix VM adalah prefix kesinambungan (cross over).
RM10 siri 7 juga telah dicetak oleh dua pencetak berbeza. Jadi Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak FCO adalah VR dan YR. Manakala Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak G&D adalah VV dan WK. Di mana prefix VV dan WK adalah prefix kesinambungan (cross over).
RM10 siri 7 juga telah dicetak oleh dua pencetak berbeza. Jadi Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak FCO adalah VR dan YR. Manakala Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak G&D adalah VV dan WK. Di mana prefix VV dan WK adalah prefix kesinambungan (cross over).
- Prefix Gantian (Replacement Prefix)
Prefix Gantian adalah prefix yang digunakan bagi tujuan
mencetak dan mengantikan wang kertas seperti senarai dibawah :
- Memiliki kecacatan
- Tidak memenuhi ciri atau kualiti untuk diedarkan
- Hilang sebahagian
- Koyak dan sebagainya
Sebagai contoh,
BNM membuat tempahan
untuk mencetak 50 juta keping wang kertas RM1 kepada kilang XYZ dan berikut
adalah no sirinya :-
AAA0000001 hingga
AAA10000000 = 10 Juta keping
AAB0000001 hingga AAB10000000 = 10 Juta keping
AAC0000001 hingga AAC10000000 = 10 Juta keping
AAD0000001 hingga AAD10000000 = 10 Juta keping
AAE0000001 hingga AAE10000000 = 10 Juta keping
No siri tersebut di atas
adalah 'unik' dan hanya boleh dicetak sekali sahaja. Ini bermaksud, wang kertas
RM1 dengan no siri AAA1234567 boleh wujud hanya 1 keping sahaja.
Maka kilang XYZ akan mula proses mencetak wang kertas seperti prefix dan no siri yang diarahkan dan wajib serahkan 50 juta keping seperti senarai di atas.
Maka kilang XYZ akan mula proses mencetak wang kertas seperti prefix dan no siri yang diarahkan dan wajib serahkan 50 juta keping seperti senarai di atas.
Sekiranya terjadi sebarang
kerosakan atau kecacatan semasa proses pencetakan, Kilang XYZ wajib mencatitkan
setiap nombor siri yang terlibat dan jumlah tersebut akan digantikan dengan Prefix Gantian yang telah diluluskan
untuk kilang XYZ.
Katakan kilang XYZ telah
diluluskan dengan Prefix Gantian ZA dan
terdapat 80,000 keping telah rosak dan
perlu digantian, maka Prefix Gantian
ZA akan digunakan untuk menggantikan 80,000 keping tersebut seperti no siri di
bawah :-
ZA0000001 hingga
ZA0080000 = 80,000 keping
- Prefix Tunggal (Only Prefix)
Prefix tunggal adalah prefix di mana sesuatu denominasi wang kertas hanya dicetak dan diedarkan dengan hanya 1 prefix sahaja. Salah satu contoh prefix tunggal adalah denominasi RM1 siri ke 10 era Ali Abul Hassan. Ianya hanya wujud dengan prefix CR maka RM1 AAH hanya wujud dengan prefix tunggal.
Berikut adalah Prefix Pertama, Terakhir dan Gantian (FLR) mengikut denominasi bagi siri 1 hingga ke siri 10.
Prefix Pertama, Terakhir & Gantian bagi Siri 1-Siri 10
| ||||||||||||||
numiscat.blogspot.com
| ||||||||||||||
Gabenor
|
Ismail Md Ali
|
Aziz Taha
|
Jaffar
|
Ahmad Don
|
Ali Abul Hassan
| |||||||||
Siri Gabenor
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
| ||||
Tahun
|
1967
|
1972
|
1976
|
1981
|
1984
|
1985
|
1995
|
1996
|
1999
| |||||
Siri BNM
|
Siri 1 Geomatrik
|
Artefak Budaya
|
Siri 3 Wawasan 2020
| |||||||||||
Perbezaan
|
O & SA
|
U & SE
|
Tiada $ + corak lain
|
Tanda tangan
|
Centre
|
Side
|
Side
|
Centre
| ||||||
RM 1
|
A/1
|
D/4
|
E/55
|
L/70
|
AA
|
CA
|
-
|
-
|
CR
| |||||
D/3
|
E/54
|
L/69
|
Q/34
|
BZ
|
HJ
| |||||||||
Z/1
|
Z/1
|
BA
|
BA
| |||||||||||
RM 2
|
-
|
-
|
-
|
-
|
AA
|
DF
|
DJ
| |||||||
DF
|
DJ
|
DY
| ||||||||||||
ZA-ZC
|
ZD
|
-
| ||||||||||||
RM 5
|
A/1
|
A/45
|
A/71
|
B/19
|
NA
|
NE
|
PW
|
-
|
-
|
AA
| ||||
A/45
|
A/70
|
B/18
|
B/30
|
ND
|
PW
|
QW
|
AM
| |||||||
Z/1
|
NZ
|
NZ
|
NZ
|
ZA
| ||||||||||
RM 10
|
A/1
|
B/85
|
E/1
|
F/51
|
PA
|
PR
|
VR
|
AA
|
AW
|
CA
| ||||
B/84
|
D/99
|
E/50
|
G/21
|
PQ
|
VR
|
YR
|
AV
|
BF
|
CX
| |||||
Z/1
|
Z/1-Z/4
|
X/1
|
QA
|
QA
|
QA
|
ZA
|
ZA
|
ZA
| ||||||
RM 20
|
-
|
-
|
TA
|
TF
|
-
|
-
| ||||||||
TE
|
TH
| |||||||||||||
-
|
UZ
| |||||||||||||
RM 50
|
A/1
|
A/26
|
A/66
|
B/66
|
VA
|
VP
|
ZY
|
AA
|
BG
|
BJ
| ||||
A/25
|
A/65
|
B/65
|
B/99
|
VN
|
ZY
|
CA
|
BG
|
BJ
|
EB
| |||||
Z/1
|
Z/1
|
X/1
|
X1
|
WA
|
WA
|
WA
|
ZA
|
ZA
|
ZA
| |||||
RM 100
|
A/1
|
A/4
|
A/11
|
A/25
|
ZA
|
ZD
|
AG
|
AA
|
AF
|
AL
| ||||
A/3
|
A/10
|
A/25
|
A/30
|
ZC
|
AG
|
AM
|
AE
|
AK
|
AR
| |||||
Z1
|
X1
|
ZZ
|
ZU
|
ZU
|
ZA
|
ZA
|
ZA
| |||||||
RM 500
|
-
|
-
|
ZV
|
ZV
|
ZW
|
-
|
-
| |||||||
ZX
| ||||||||||||||
RM 1000
|
A/1
|
A/1
|
A/1
|
-
|
ZY
|
ZY
|
ZY
|
-
|
-
| |||||
ZA
| ||||||||||||||
ZZ
|
ZZ
|
ZZ
| ||||||||||||
Prefix Tunggal
|
Prefix Pertama
|
Prefix Terakhir
|
Prefix Gantian
| |||||||||||
numiscat.blogspot.com
| ||||||||||||||
Sila hubingi saya sekiranya ada kesilapan atau terlepas sesuatu berkait dta di atas untuk diperbetulkan.
- Prefix Kesinambungan (Prefix CrossOver)
'Prefix Kesinambungan' adalah nama yang saya berikan kepada Prefix CrossOver.
Prefix jenis ini terjadi apabila prefix bagi sesuatu denominasi wang kertas dicetak oleh dua pencetak berbeza.
Pencetak A (printer A) akan mencetak sebahagian daripada prefix tersebut. Selebihnya akan disambung percetakannya oleh Pencetak B (Printer B). Di mana akan terjadi kesinambungan (crossover) pencetakan daripada A ke B melibatkan prefix sama.
Terdapat dua jenis Prefix Kesinambungan, iaitu:
Terdapat dua jenis Prefix Kesinambungan, iaitu:
- Siri Sama (melibatkan denominasi dan siri sama)
- Siri Berbeza (melibatkan denominasi sama tetapi siri berbeza)
![]() |
Prefix Cross Over bagi RM10 siri 6 & siri 7 |
Siri Sama
Prefix Kesinambungan VM (siri 6 Jaffar) dan VV & WK (siri 7 Ahmad Don) adalah prefix yang dicetak oleh dua pencetak di dalam siri yang sama.
Pencetak TDLR mencetak sebahagian dari Prefix VM dan selebihnya dicetak oleh pencetak BABN.
Pencetak FCO mencetak sebahagian dari prefix VV & WK dan selebihnya dicetak oleh pencetak G&D.
![]() |
Note : Prefix WK yang dicetak oleh FCO memiliki abjad 'WK' yang besar dan lebar berbanding 'WK' yang dicetak oleh D&G |
Siri Berbeza
Prefix VR (siri 6 Jaffar) dan Prefix VR (siri 7 Ahmad Don) adalah prefix yang melibatkan siri berbeza dan dicetak oleh pencetak berbeza.
Pencetak BAB mencetak Prefix Terakhir VR bagi siri 6 dan Prefix Pertama VR Siri 7 pula dicetak oleh pencetak FCO.
Prefix VR (siri 6 Jaffar) dan Prefix VR (siri 7 Ahmad Don) adalah prefix yang melibatkan siri berbeza dan dicetak oleh pencetak berbeza.
Pencetak BAB mencetak Prefix Terakhir VR bagi siri 6 dan Prefix Pertama VR Siri 7 pula dicetak oleh pencetak FCO.
- Prefix Naik Tanga (Ladder Prefix)
Prefix Naik tanga hanya akan terjadi apabila prefix tersebut memiliki lebih dari 2 abjad dan ianya berturutan.
Contoh : AB dan ABC
- Prefix Padu (Solid prefix)
Prefix Padu adalah prefix yang memiliki 2 atau lebih abjad yang sama.
Contoh : AA, BB, CC, DD, AAA
Contoh : AA, BB, CC, DD, AAA