13 Januari 2015

MYCC2006b: 50 tahun FELDA

MYCC
2006b
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
2006
50 tahun FELDA
07 Jul


Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Duit syiling peringatan ini menyerlahkan peranan dan sumbangan besar FELDA dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup peneroka. Duit syiling ini juga memberi penghormatan kepada pengasasnya, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua, yang lebih dikenali sebagai bapa pembangunan, atas sumbangan Allahyarham dalam pembangunan negara dan luar bandar.

Reka Bentuk Duit Syiling

Duit Syiling Emas (pruf) - RM100
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan komoditi utama FELDA, iaitu kelapa sawit dan getah. Tema sambutan ulang tahun ke-50 FELDA, iaitu 'MENEMPA KEJAYAAN' tertera pada bahagian atas duit syiling ini untuk menunjukkan misi FELDA dalam memperbaiki dan meningkatkan kedudukan ekonomi penerokanya dan negara. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.

Duit Syiling Perak (pruf) - RM10
Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan imej daripada tiga generasi peneroka FELDA dan bangunan 50 tingkat Ibu Pejabat FELDA yang dicadangkan. Imej ini melambangkan pertumbuhan dan kejayaan FELDA dalam menaikkan taraf hidup tiga generasi peneroka. Bangunan tinggi itu juga menggambarkan kesungguhan FELDA dalam membantu penerokanya mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo FELDA dan kepentingannya di rantau ini sebagai pihak berkuasa pembangunan tanah yang terkemuka.

Duit Syiling Emas Nordic - RM1
Reka bentuk sebelah hadapan memaparkan tangan peneroka FELDA, yang usaha mereka menyokong cita-cita FELDA untuk memasarkan produknya ke pasaran global. Ia menggambarkan dunia sebagai pasaran FELDA, yang terkandung dalam setitis cecair berpunca daripada pembangunan komoditi oleh FELDA, yang dilambangkan oleh dedaun kelapa sawit dan getah yang melatari duit syiling ini. Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan potret pengasas FELDA, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.

SPESIFIKASI TEKNIKAL


































MYCC
2006b
Elemen Logam
Aloy
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(g)
Diameter
(mm)
Tebal
Thickness
(mm)
Harga
Price
RM
AuP
Emas Pruf (Au 999.9)
100 Ringgit
200
9.00
22.00

1,000
AgP
Perak Pruf (Ag 92.5)
10 Ringgit
300
31.00
40.0

150
NBU
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
1 Ringgit
10,000
15.50
34.00

8
S2
Set 2 dalam 1
AgP+NBU
500



180
S3
Set 3 dalam 1
AuP+AgP+NBU
500



1,200
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
 Bulat | Round
Kilang
The Royal Mint of Malaysia (Kilang Wang BNM)
PENTING
*Emas Nordic tidak memiliki elemen emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...