13 Januari 2015

MYCE2005a: PMDS- siri 2 : Spesis Burung Terancam

MYCE
2005a
Program Pendidikan Melalui Duit Syiling
(Coin In Education)
2005
PMDS- siri 2 
Spesis Burung Terancam
31 Jan


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling Siri Spesis Terancam yang kedua di bawah program Pendidikan Melalui Duit Syiling. Siri kedua yang dipanggil Siri Burung ini membawa tema Spesis Burung Terancam. Ia dikeluarkan berikutan kejayaan pengeluaran Siri Spesis Terancam yang pertama yang bertemakan 'Haiwan Darat'.

Sama seperti Siri Haiwan Darat yang dikeluarkan pada tahun 2003, duit syiling Siri Burung menampilkan 12 spesis burung terancam yang terpilih yang telah dikeluarkan setiap bulan mulai bulan Januari 2005. Duit syiling dengan reka bentuk burung Barau-Barau merupakan spesis burung terancam yang akan membuka tirai Siri Burung, diikuti dengan 11 spesis burung terancam terpilih yang lain.

Hadapan
Reka bentuk pada sebelah hadapan duit syiling memaparkan salah satu daripada dua belas spesis burung tersebut.
Perkataan "ENDANGERED SPECIES SERIES"
Nama Burung dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta nama saintifiknya.

Belakang
Logo bagi siri duit syiling 'Haiwan Laut dan Reptilia Terancam', yang memaparkan haiwan berikut pada setiap syiling:
1.     Barau-Barau
2.     Kuang Raya
3.     Lang Siput
4.     Pekaka Sungai
5.     Dendang Gajah
6.     Enggang Badak
7.     Merpati Emas
8.     Siul Berjambul
9.     Takau Rakit
10.  Bangau Besar
11.  Pergam
12.  Tirjup Tanah
Nilai muka

SPESIFIKASI TEKNIKAL


































Kesemua 12 duit syiling siri ini ditempa menggunakan spesifikasi sama seperti di bawah
MYCE
Elemen Logam
Aloy
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(g)
Diameter
(mm)
Tebal
Thickness
(mm)
Harga
Price
RM
NBU
Emas Nordic* BU
(Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
25 Sen
100,000
9.16
30.00
1.60
5.00
Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
 Bulat | Round
MYCC
2005a
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Tarikh Keluaran
1
Barau-Barau
Straw-headed Bulbul
Januari 2005
2
Kuang Raya
Great Argus
Februari 2005
3
Lang Siput
White-bellied Sea Eagle
Mac 2005
4
Pekaka Sungai
Collared Kingfisher
April 2005
5
Dendang Gajah
Asian Fairy Bluebird
Mei 2005
6
Enggang Badak
Rhinoceros Hornbill
Jun 2005
7
Merpati Emas
Nicobar Pigeon
Julai 2005
8
Siul Berjambul
Crested Wood Partridge
Ogos 2005
9
Takau Rakit
Black and Red Broadbill
September 2005
10
Bangau Besar
Great Egret
Oktober 2005
11
Pergam
Green Imperial Pigeon
November 2005
12
Tirjup Tanah
Brown Shrike
Disember 2005
Kilang
The Royal Mint of Malaysia (Kilang Wang BNM)
PENTING
*Emas Nordic tidak memiliki elemen emas sebenar. Emasnya hanya pada nama sahaja.
Ianya adalah campuran 89% Tembaga, 5% Zink, 1% Aluminium dan 1% Timah.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...