07 Januari 2015

Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Aziz



1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
2000-2016
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008


Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
Gebenor ke 7 BNM
1 Mei 2000 - 30 April 2016
Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz diahirkan pada 27hb Ogos 1947 dan merupakan anak tunggal kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan puan Sharifah Azah Aziz


Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah berumahtanga dengan Dato' Dr Tawfiq Ayman (Pengarah AZAIR Sdn. Bhddan dikurniakan dua orang anak, Alif dan Aziz.

Anak kelahiran negeri Johor ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Beliau telah melanjutkan pelajaran dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Analitikal) daripada Universiti Malaya  pada tahun 1970 dan seterusnya memiliki Sarjana dan Doktor Falsafah Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa (PhD) daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1978.
  • 1979 hingga 1984 - Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (Southeast Asia Central Banks Research and Training Centre).
  • 1985 - Menyertai Bank Negara Malaysia dan dilantik menjadi setiausaha lembaga perbankan pada 1987. 
  • Seterusnya dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
  • 1994 - Dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. 
  • 1 September 1998 - Dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. 
  • 1 Mei 2000 - Dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
  • 1998 - 2000 - Dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.
  • 2004 - Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd.
  • November 2008 - Dipilih menganggotai Suruhanjaya Pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencadangkan hala tuju sistem kewangan dunia serta mempengerusikan jawatankuasa kerja usahasama global bagi merangka pelan induk kerjasama kewangan antara bank-bank pusat.
  • 20 April 2011 - Dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.
  • Dr Zeti Aziz adalah ahli lembaga gabenor Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN- Sountheast Asian Central Banks) dan Pengerusi lembaga pengarah SEACEN.

Pencapaian



Dr.Zeti menerima anugerah daripada
Wharton dean Geoffrey Garrett (The Star)
  • Bangkok 2015, Dr.Zeti telah dianugerahkan Pingat Dekan Wharton (Wharton Dean's Medal) oleh Wharton School of the University of Pennsylvania atas pencapaian dan kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia. Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada alumni universiti yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global.
  • Dr Zeti telah dipilih sebagai gabenor bergred A (Grade A) di kalangan ketua/gabenor bank pusat oleh Global Finance pd tahun 2013.
Tuanku Mizan Zainal abidin berkenan menyampaikan
anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M
Bersama Ayah dan anak, Alif Ayman
Majlis sambutan Maal Hijrah 1432H (MI)
  • Dr Zeti Aziz adalah pemenang anugerah Tokoh Maal Hihrah 2010. Dr Zeti mengulangi kejayaan ayahnya pada tahun 1977 dan Beliau merupakan wanita pertama yang menerima anugerah tersebut. Di peringkat antarabangsa beliau turut menyumbang kepada penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan antarabangsa dalam penyediaan laporan Kestabilan kewangan dan institusi kewangan Islam (Financial Stability and Islamic  Finance) dan mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan islam seluruh dunia. Di bawah pimpinan Dr Zeti, sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di Malaysia dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif. 
  • Pada tahun 2010 juga beliau telah dianugerahkan sebagai Gabenor Terbaik Bank Pusat Asia oleh majalah Emerging Markets.
  • Dr.Zeti dipilih sebagai Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance pada 13 September 2010.
  • Pada tahun 2009, majalah Global Finance telah menamakan Dr Zety Aziz sebagai salah seorang Ketua Bank Pusat Terbaik dunia.
  • 2007, Anugerah "London Sukuk Summit" - Sumbangan luar biasa untuk pembangunan Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market).
Anugerah Doktor kehormat undang-undang 
oleh Canselor University of Nottingham(pic)
  • Pada Jan 2006, Dr Zeti telah menerima anugerah Doktor kehormat undang-undang oleh Canselor University of Nottingham, Profesor Fujia Yang.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi
Euromoney Padraic Fallon di Washington
. (pic-thestar)
  • 2005- majalah Euromoney telah menamakan Dr. Zety sebagai ketua bank pusat dunia terbaik.
  • 2004 - Majalah The Banker terbitan Financial Times telah menamakan Dr. Zety sebagai ketua bank pusat dunia terbaik.
  • 2003, majalah Emerging Markets telah menamakan Dr Zety Aziz sebagai gabenor bank pusat Asia terbaik.
  • Jun 2, 2001 P.S.M. Panglima Setia Mahkota, Agong. Tan Sri
  • Sep 2000 D.K. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Rakyat Kedua, Johor.
  • Aug 2000 Wanita Paling Berkuasa dalam Bidang Kewangan, Global Finance Magazine.
  • Aug 24, 2000 Tun Fatimah Gold Medal in conjunction with the Wanita 2000 celebration.
  • Apr 8, 1998 D.P.M.J. Dato' Paduka Makhota JohorJohor. Dato'

Pendangan peribadi saya sebagai seorang Numismatis 

Pekembangan Dr Zeti Aziz dari masa ke semasa di dalam percaturan ekonomi negara sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawap di dalam institusi tertinggi kewangan Malaysia cukup menyakinkan bahawa beliau adalah permata tak ternilai yang dimiliki oleh Malaysia. Kedudukan dan kestabilan ekonomi berserta nilai mata wang Malaysia sebenarnya bukan hanya bersandar pada plan dan keputusan pemimpin politik seperti PM dan menteri kewangan namun ianya sangat berkait rapat dengan keputusan yang diambil oleh seseorang gabenor bank pusat.

Segala kepakaran Dr Zeti Aziz di dalam bidang ekonomi dan kewangan sedang membantu dan membentuk kestabilan kewangan negara sehingga ada kalanya rakyat tidak terasa kesannya biarpun terjadi kejatuhan dan kelembapan ekonomi pada negara Asia Tenggara mahupun dunia yang turut melibatkan Malaysia.

Tahap kesabaran dan samangat tinggi beliau bukan hanya mampu berfikiran positif dan terus maju mala mampu bertahan dan bertolak ansur dengan gelagat rakyat hinggalah pemimpin tertinggi di dalam politik.

Beliau memiliki pelan dan idea baru untuk terus mengembangan semua sektor yang berkait rapat dengan ekonomi dan kewangan negara. Semua kepakaran dan penggelaman beliau digunakan untuk mendapatkan yang terbaik bagi Malaysia. 


Sumbangan Dr Zeti Aziz di dalam arena Numismatik Malaysia

Kepakaran dan sumbangan beliau tidak terhenti setakat arena ekonomi dan kewangan sahaja. Mala saya terasa cukup kagum dengan cara beliau di mana sedang mengatur langkah dan cuba merealisasikan segala pelan yang tidak tertulis beliau agar arena numismatik tanahair mampu terus berkembang dan memiliki identiti tersendiri di rantau ini.

Saya mengakui tidak mengikuti perkembangan gabenor lain seperti mana saya mengikuti perkembangan Dr Zeti di dalam sumbangan mereka bagi industri numismatik Malaysia. Namun saya merasakan kelainan dan perbezaan amat ketara di bawah kepimpinan Dr Zeti berbanding gabenor BNM sebelumnya.

Numismatik Malaysia sedang berkembang dan telah dikenali dunia sejak Dr Zeti mengambil alih pejabat daripada Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman sejak Mei 2000.

Berikut adalah beberapa catitan peribadi saya di mana saya merasakan ianya adalah tindakan terancang dan positif dengan mengambil kira akan kesannya pada numismatik tempatan.


14 September 2011- Sasana Kijang -Muzium Bank Negara Malaysia yang menyimpan nilai warisan dan sejarah berkait mata wang Malaysia.



...akan bersambung.



1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...