07 Januari 2015

Tun Ismail bin Haji Mohamed Ali



1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

Ismail bin Mohamed Ali
Gabenor ke 2 BNM
Julai 1962 - Julai 1980
Tun Ismail bin Haji Mohamed Ali dilahirkan pada16 September 1918. Beliau adalah anak kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor. Beliau adalah abang kedapa Tan Sri Hashim Muhammad Ali (bekas Panglima Angkatan Tentera) ; Dato Ahmad Razali Mohd Ali (bekas Menteri Besar Selangor) ; Datuk Jaafar Mohd. Ali; Tun Dr.Siti Hasmah Mohamad Ali (Isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Datin Saleha Mohd Ali. 

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan Victoria Institution (VI) di antara tahun 1931 hingga 1938. Beliau melanjutkan pelajarannya di dalam jurusan ekonomi di Universiti Cambridge antara tahun 1938 hingga 1941. Beliau terkandas di England akibat Perang Dunia Kedua lalu menyambung belajar jurusan undang-undang pada tahun 1943 di Inns of Court di London, Middle Temple.

Sepanjang beliau menjadi Gabenor Bank Negara, beliau dilihat telah memacu dunia perbankan sehingga negara ini muncul dengan konsep yang kukuh dan dihormati di mata dunia. Beliau menjadi ahli bank Malaysia paling terkemuka, menjadi Gabenor Bank Negara dari tahun 1962 hingga 1980, mencatat rekod sebagai gabenor bank pusat yang paling lama berkhidmat di Asia.

Beliau meninggal dunia pada 19 Julai 1998 dan dikebumikan di Perkuburan Islam Ampang


1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...