08 Januari 2015

MYCC: Duit Syiling Peringatan Malaysia




Duit Syiling Peringatan adalah syiling yang dikeluarkan bagi tujuan koleksi dan peringatan sempena sesuatu peristiwa yang terjadi di dalam negara atau sesuatu yang menjadi kebanggaan negara. Ianya adalah salah satu bentuk rekod dan pengabadian sejarah. Jenis syiling ini adalah salah satu bentuk artefak moden yang ditinggalkan untuk tatapan generasi masa depan. 

Syiling peringatan biasanya ditempa dengan jumlah yang terhad dan ianya akan memiliki perbezaan berbanding dengan duit syiling edaran biasa. Jenis ini akan dijual dengan harga melebihi nilai mukanya kerana :

  • Jumlahnya terhad
  • Ditempa dengan kaedah lebih sempurna dan hati-hati
  • Ianya bukan bagi tujuan edaran
  • Ianya mengunakan logam berkualiti/ berharga
  • Cara pembungkusannya tidak sama seperti wang syiling edaran biasa.
Syiling jenis ini biasanya memiliki kualiti tinggi dengan Kilauan Tambahan (Brilliant Uncirculated) dan jenis pruf (Proof). Ianya dijual di dalam bungkusan/ kotak (folder/box) khas secara individu atau secara set yang mengandungi lebih dari 1 jenis syiling.

Harga, status dan syarat penjualan

Duit syiling jenis peringatan ditempa dan dijual dengan harga lebih mahal berbanding nilai mukanya. Nilai muka pada wang peringatan adalah nilai yang boleh digunakan untuk menjadikannya sebagai salah satu medium bagi tujuan pembayaran . Berikut adalah beberapa maklumat penting berkait duit syiling peringatan yang dikeluarankan oleh BNM.

  • Kesemua syiling peringatan keluaran BNM memiliki status wang sah (legal Tender)
  • Kesemua duit syiling peringatan boleh dikembalikan pada BNM untuk mendapatkan nilai muka yang tertera pada duit tersebut (dengan keadaan baik).
  • Ianya dijual kepada umum dengan terma "siapa cepat dia dapat" dan ada kalanya BNM akan terhadkan jumlah pembelian hanya pada hari pelancaran atau hari pertama penjualan sahaja.
  • BNM hanya akan menggeluarkan duit syiling mengikut jumlah tempaan yang telah diluluskan sahaja. Jika sudah habis dijual maka tiada penggeluaran lagi. (Ciri ini menambahkan nilai numismatik dengan cepat pada setiap duit syiling yang ditempa dengan kuantiti kurang dari 20,000 keping).

Logam dan bungkusan

Duit syiling peringatan ditempa menggunakan kepingan logam biasa (logam murah) dan juga dengan kepingan logam berharga seperti emas dan perak (logam mahal). Kini Emas Nordic (logam campuran murah) yang kelihatan kuning keemasan semakin popular bagi tujuan penempaan syiling peringatan. 

Emas Nordic (Nordic Gold) bukan emas tulin tetapi ianya hanya memiliki 'emas' pada namanya sahaja. Emas Nordic adalah gabungan daripada 4 jenis logam iaitu 

  • 89% tembaga
  •   5% aluminium
  •   5% zink 
  •   1% timah. 

Harap jangan keliru dengan Emas Nordic yang memiliki istilah 'emas' pada namanya.

Berikut adalah senarai logam atau komposisi logam yang biasanya digunakan untuk menempa syiling peringatan.


Jenis Elemen Logam bagi Duit Syiling
Simbol bagi Elemen Logam dan Definasi
Simbol
Nombor
Atomik
Takad
Lebur °c
BI
BM
Ag
79
1064
Silver
Perak
Al
13
660
Aluminium
Aluminium
Au
47
962
Gold
Emas
Cu
29
1084
Copper
Tembaga
Ni
28
1455
Nickel
Nikel
Sn
50
232
Tin
Timah
Zn
30
420
Zinc
Zink
CuZn*
-
+-940
Brass*
Loyang*
Cu89 Zn5 Al5 Sn1**
-
+-1000
Nordic gold**
Emas Nordic**
Campuran***
-
+-1520
Stainless Steel
Keluli Tahan Karat
Dwi- Logam
Memiliki 2 bahagian (dalam dan luar) dan setiap bahagian memiliki logam dan warna berbeza
* logam campuran elemen tembaga dan timah (% kandungan boleh berubah-ubah).
**Berasal dari negara Sweden dan ianya tidak mengandungi Emas (Au).
***Keluli (Fe) berserta kronomium(Cr), nikel(Ni) & mungkin  juga elemen lain.
Senarai di atas mampu  meliputi duit syiling keluaran BNM

Angka Roman biasa diguna-pakai di dalam syiling bukan hanya di Malaysia mala secara global. Ianya telah menjadi amalan sejak dahulu lagi untuk memaksudkan "XXX yang ke berapa" di dalam butiran sesuatu mata wang secara singkat dan ringkas. Sebagai contoh "Sukan SEA XI".

Berikut adalah Angka Roman yang utama:

Angka Rumi @ Angka Roman
7 Angka Rumi Utama
I
V
X
L
C
D
M
1
5
10
50
100
500
1000
12 Angka Rumi yang biasa digunakan pada jam.
I
Satu (1)
VII
Tujuh (7)
II
Dua (2)
VIII
Lapan (8)
III
Tiga (3)
IX
Sembilan (9)
IV
Empat (4)
X
Sepuluh (10)
V
Lima (5)
XI
Sebelas (11)
VI
Enam (6)
XII
Dua Belas (12)
Angka I jika diletakan sebelum sesuatu angka lain ianya bermaksud tolak 1 dan jika diletakan selepas sesuatu angka ianya bermaksud campur 1.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...