20 Ogos 2019

Panduan Tempahan dan Pembayaran Syiling Peringatan BNM



Sudah pasti ramai telah sedar dan tahu akan pendaftaran untuk pembelian duit syiling peringatan Pertabalan Agong  XVI  Al-Sultan Abdullah telah dibuka oleh BNM. Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan koleksi anda, sila layari laman web BNM untuk tujuan pendaftaran dan pembayaran.


Berikut adalah beberapa maklumat penting dari BNM yang akan membantu anda semua:-

  • Semua pembeli wajib berdaftar di duit.bnm.gov.my.
  • Tempahan dibuka mulai 9 pagi,  19 Ogos 2019 hingga 11 malam, 23 Ogos 2019.
  • Cetak/simpan pengesahan tempahan untuk rujukan.
  • Cabutan/Pengundian hanya akan dilakukan sekiranya tempahan melebihi stok.
  • Hanya bayaran e-payment  (Kad kredit/debit atau online banking).
  • Pembeli yang berdaftar berserta dengan bayaran sahaja dikira sebagai "pembeli berdaftar"
  • Bayaran tunai atau pindahan ke akaun bank (bank transfer) tidak dibenarkan.
  • Keputusan tempahan pada 17 September 2019 di https://duit.bnm.gov.my
  • Pengambilan syiling peringatan bermula pada 30 September hingga 11 Oktober 2019.
  • Pembeli yg berjaya wajib mengambil tempahannya pada tarikh yang ditetapkan.
  • Wajib berdaftar dengan maklumat asal seperti di MyKad dan hadir sendiri utk pengambilan.
  • Bukan warganegara boleh berdaftar menggunakan passport dan hadir sendiri utk pengambilan
  • Tiada had umur untuk pendaftaran namun tetapi penama yang berdaftar wajib hadir untuk pengambilan.
  • Pastikan tiada sebarang kesilapan maklumat sebelum meneruskan ke proses pembayaran.
  • Bayaran bagi tempahan yang tidak berjaya akan dikembalikan kepada pembeli dalam masa sekitar 14 hari dari tarikh cabutan tempahan. Bayaran ini mungkin akan dilakukan sebelum pengumuman keputusan tempahan.
  • Pembeli tidak boleh membatalkan tempahan yang telah diseratakan dengan bayaran.
  • Bank Negara Malaysia berhak untuk meminda mana-mana terma dan syarat tanpa perlu memberikan apa-apa notis terlebih dahulu 




Berikut adalah perkara yang saya ingin berkongsi dengan anda:-

  • Sekiranya anda tidak memiliki kemudahan untuk e-bayaran, anda boleh meminta bantuan ahli keluarga atau kenalan yang boleh dipercayai untuk melakukan pembayaran menggunakan e-bayaran mereka.
  • Pihak BNM tidak memberitahu bagaimana mereka akan kembalikan bayaran tetapi saya percaya BNM akan kembalikan bayaran ke akaun bank asal yang membuat bayaran.
  • BNM ada menyebut bahawa tiada had umur untuk pendaftaran tetapi tidak menyebut pembeli boleh membawa MyKid untuk pengambilan syiling peringatan. (sedikit kekeliruan di sini)
  • Seseorang yang tidak memiliki kad kredit/debit dan access ke online banking tidak boleh berdaftar dengan BNM. (Kekurangan ke?)
  • Pengambilan pada hari bekerja sahaja. Pihak numiscat benar-benar mengharapkan pihak BNM akan meminda syarat ini daripada hari bekerja ke "setiap hari bermula pada 30 September hingga 11 Oktober 2019".


Secara keseluruhan, numiscat rasa puas hati dengan sistem yang sedang dicuba oleh pihak BNM ini. Kami pasti pihak BNM sudah mendapatkan pandangan dan cadangan daripada para numismatis negara berkait sistem ini.

Kepada semua para numismatis di luar sana, pihak numiscat mengucapkan "SELAMAT BERJAYA" di dalam pemburuan masing-masing. 

04 Ogos 2019

LELONGAN NUMISMATIK MNS YANG KE 169




Malaysian Numismatic Society  (MNS) bakal mengadakan Lelongan Numismatik yang ke 169 di kalangan ahli-ahli mereka. Butiran acara lelongan adalah seperti berikut :-


Tarikh                          : Ahad, 18 Ogos 2019

Pendaftaran                : 9.00 pagi

Melihat Lot                  : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Lelongan bermula       : 10.00 pagi

Tempat                        : Sheraton Imperial Kuala Lumpur





Maklumat Lelongan

Sejumlah 412 lot barangan seperti duit syiling, wang kertas, token, medallion dan buku.

Lelongan hanya untuk ahli sahaja.

Orang awam boleh berdaftar dan menjadi ahli di lokasi lelongan untuk menyertai pembidaan. (tertakluk kepada syarat)


Hubungi

Sila hubungi Setiausaha Kehormat untuk maklumat lelongan:-
En. Lawrence De Souza  +6012 371 0951

MYCC 2019: Pertabalan SPBYDP Agong XVI Al-Sultan Abdullah


MYCC
2019
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
30 Julai
2019

Pertabalan SPBYDP Agong XVI Al-Sultan Abdullah
Installation of His Majesty SPBYDP Agong XVI Al-Sultan Abdullah



Bank Negara Malaysia mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam belas pada 30 Julai 2019.


Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, telah mempersembahkan duit syiling peringatan ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 Julai 2019 di Istana Negara, Kuala Lumpur..


Bahagian Hadapan
  • Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
  • Nama rasmi baginda "AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH"
  • Perkataan "KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
  • Tarikh pertabalan 30 JULAI 2019
  • Elemen dekoratif berupa corak payung 14 bucu yang terbuka melambangkan Baginda sebagai “payung yang menaungi” 14 buah negeri di Malaysia. Elemen ini dipaparkan di sekeliling potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Bahagian Belakang
 
  • Jata rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • Perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI"
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling
  • Elemen dekoratif berupa corak payung 14 bucu yang terbuka dipaparkan di sekeliling duit syiling.


Jualan Duit Syiling Peringatan

Bagi memberi peluang yang sama rata kepada orang ramai untuk membeli duit syiling peringatan edisi terhad ini, setiap orang hanya boleh membeli satu set dua dalam satu; satu duit syiling emas; satu duit syiling perak; dan maksimum tiga duit syiling emas Nordic. Orang ramai boleh membuat tempahan dan pembayaran secara dalam talian mulai 19 Ogos 2019.

Sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi jumlah yang ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya. Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan, pembayaran dan pengambilan duit syiling peringatan, sila layari laman sesawang Bank Negara Malaysia di http://www.bnm.gov.my mulai 19 Ogos 2019.


  
SPESIFIKASI TEKNIKA
MYCC
2019
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AuP
Emas Pruf
Emas Pruf
Gold Proof
(999.9)
RM100
300
@RM1800
7.96
Diameter
22.0
Tebal

AgP
Perak Pruf
Perak Pruf
Silver Proof
(99.9)
RM10
1,500
@RM200
31.1
Diameter
40.7
Tebal

NBU
Normal BU
Emas Nordik
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
20,000
@RM12
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
Perak Pruf & Nordik Pruf
Set of 2
1000
@RM230


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam
Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kecuali duit syiling peringatan emas (pruf).

Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...