Duit Syiling Peringatan adalah syiling yang dikeluarkan bagi tujuan koleksi dan peringatan sempena sesuatu peristiwa yang terjadi di dalam negara atau sesuatu yang menjadi kebanggaan negara. Ianya adalah salah satu bentuk rekod dan pengabadian sejarah. Jenis syiling ini adalah salah satu bentuk artifak moden yang ditinggalkan untuk tatapan generasi masa depan.
Syiling peringatan biasanya ditempa dengan jumlah yang terhad dan ianya akan memiliki perbezaan berbanding dengan duit syiling edaran biasa. Jenis ini akan dijual dengan harga melebihi nilai mukanya kerana :
- Jumlahnya terhad
- Ditempa dengan kaedah lebih sempurna dan hati-hati
- Ianya bukan bagi tujuan edaran
- Ianya mengunakan logam berharga
- Cara pembungkusannya tidak sama seperti wang syiling edaran biasa.
Syiling jenis ini biasanya memiliki kualiti tinggi dan jenis Kilauan Tambahan (Brilliant Uncirculated) dan jenis pruf (Proof). Namun terdapat juga syiling peringatan yang ditempa dengan kondisi dan cara penempaan biasa iaitu jenis Tidak Diedarkan (Uncirculated) sahaja. Ianya dijual di dalam bungkusan/kotak (folder/box) khas secara individu dan secara set yang mengandungi lebih dari 1 jenis syiling.
Logam dan bungkusan
Duit syiling peringatan ditempa menggunakan kepingan logam biasa (murah) dan juga dengan kepingan logam berharga seperti emas dan perak. Kini Emas Nordic yang kelihatan kuning keemasan semakin popular bagi tujuan penempaan syiling peringatan. Emas Nordic (Nordic Gold) bukan emas tulin tetapi ianya hanya memiliki 'emas' pada namanya sahaja. Emas Nordic adalah komposisi daripada 4 jenis logam iaitu 89% tembaga, 5% aluminium, 5% zink, dan 1% timah. Harap jangan keliru dengan Emas Nordic yang memiliki istilah 'emas' pada namanya.
Berikut adalah senarai logam atau komposisi logam yang biasanya digunakan untuk menempa syiling peringatan.
Angka Rubi @ Roman
Jenis
Elemen Logam bagi Duit Syiling
|
||||
Simbol bagi Elemen Logam
dan Definasi
|
||||
Simbol
|
Nombor
Atomik
|
Takad
Lebur °c
|
Nama Logam
|
|
Ag
|
79
|
1064
|
Silver
|
Perak
|
Al
|
13
|
660
|
Aluminium
|
Aluminium
|
Au
|
47
|
962
|
Gold
|
Emas
|
Cu
|
29
|
1084
|
Copper
|
Tembaga
|
Ni
|
28
|
1455
|
Nickel
|
Nikel
|
Sn
|
50
|
232
|
Tin
|
Timah
|
Zn
|
30
|
420
|
Zinc
|
Zink
|
CuZn*
|
-
|
+-940
|
Brass*
|
Loyang*
|
Cu89 Zn5 Al5 Sn1**
|
-
|
+-1000
|
Nordic gold**
|
Emas Nordic**
|
Campuran***
|
-
|
+-1520
|
Stainless Steel
|
Keluli Tahan Karat
|
Dwi- Logam
|
Memiliki 2 bahagian (dalam dan
luar) dan setiap bahagian memiliki logam dan warna berbeza
|
|||
* logam campuran elemen tembaga dan timah (%
kandungan boleh berubah-ubah).
**Berasal dari negara Sweden dan ianya tidak
mengandungi Emas (Au).
***Keluli (Fe) berserta kronomium(Cr), nikel(Ni) &
mungkin juga elemen lain.
|
||||
Senarai di atas mampu
meliputi duit syiling keluaran BNM
|
Angka Rubi @ Roman
Angka Roman biasa diguna-pakai di dalam syiling bukan hanya di Malaysia mala secara global. Ianya telah menjadi amalan sejak dahulu lagi untuk memaksudkan "XXX yang ke berapa" di dalam butiran sesuatu mata wang secara singkat dan ringkas. Sebagai contoh "Sukan SEA XI". Berikut adalah Angka Roman yang utama:
Angka Rumi @ Angka Roman
|
|||||||||
7 Angka Rumi Utama
|
|||||||||
I
|
V
|
X
|
L
|
C
|
D
|
M
|
|||
1
|
5
|
10
|
50
|
100
|
500
|
1000
|
|||
12 Angka Rumi yang
biasa digunakan pada jam.
|
|||||||||
I
|
Satu (1)
|
VII
|
Tujuh (7)
|
||||||
II
|
Dua (2)
|
VIII
|
Lapan (8)
|
||||||
III
|
Tiga (3)
|
IX
|
Sembilan (9)
|
||||||
IV
|
Empat (4)
|
X
|
Sepuluh (10)
|
||||||
V
|
Lima (5)
|
XI
|
Sebelas (11)
|
||||||
VI
|
Enam (6)
|
XII
|
Dua Belas (12)
|
||||||
Angka I jika diletakan sebelum sesuatu angka
lain ianya bermaksud tolak 1 dan jika diletakan selepas sesuatu angka ianya
bermaksud campur 1.
|