29 Mac 2015

Wang Kertas Terbaharu RM100 AA8888888 terjual pada harga RM87,400.00

AA8888888 - Super Solid 8 terjual pada harga RM87,400.00

Lelongan kedua wang kertas dengan nombor siri istimewa oleh Bank Negara Malaysia pada hari ini (29 Mac 2015) telah berlangsung di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. Semua lot yang dilelongkan oleh Bank Negara Malaysia adalah terus dari kilang kepada bakal pemenang dengan resit rasmi sebagai 'surat beranak'. 



Kesemua Lot dengan prefix pertama 'AA' menjadi tumpuan dan telah dibida dengan harga tinggi pada lelongan hari ini. Lot Terakhir di dalam senarai iaitu lot 178 adalah lot terpanas kerana ianya adalah Wang Kertas RM100 siri 12 era gabenor terkini (Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz) dengan nombor siri AA 8888888 (Prefix Pertama dan Super Solid).



Lot terakhir tersebut telah menutup tirai acara lelongan awam kedua Bank Negara Malaysia dengan penuh bergaya apabila ianya dibuka pada harga RM1000 dan telah dimenangi dengan bidaan tertinggi RM76,000.00 oleh membida bernombor 117, En.Ikhwan Nafik Bin Ikhwan Salim.

Sumber Gambar dan Video : En. Ahmad Ezzat

Maka dengan ini kita mampu gelarkan Wang Kertas RM100 AA8888888 sebagai wang kertas BAHARU termahal yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai bidaaan RM76,000.00 + RM11,400.00 (15% premium jualan) = RM87,400.00


Denominasi RM100 Siri Keunikan ini memiliki sesuatu yang sangat unik kerana ianya adalah wang kertas Malaysia pertama yang memiliki perkataan Bahasa English. Biarpun hanya sekadar singkatan 1 perkataan iaitu '1ST' (First) namun ianya sudah mencukupi untuk menjadikan RM100 Siri Keunikan ini kelihatan cukup unik.


27 Mac 2015

Fakta berkait 10 SEN 1971 dengan Banjir Besar di Kuala Lumpur.

10 SEN 1971 - Siri Pertama
Jumlah Tempaan : 32,236 Keping
Banyak soalan dan misteri masih menjadi carian dan kajian di dalam dunia numismatik Malaysia. Ramai telah mengkaji dan saya pasti mereka telah terjumpa dengan banyak maklumat namun ianya tidak dibukukan atau dicatitkan bagi tujuan perkongsian mungkin atas sebab tiada kelengkapan seperti pada hari ini. 

Ada juga kemungkinan mereka sengaja relakan maklumat yang telah ditemui itu terus menjadi rahsia demi kebaikan bersama?. Ada kalanya lebih baik memilih untuk terus membisu daripada bersuara kerana bukan semua kebenaran mampu diterima oleh semua orang.

Saya pernah terbaca kisah kenapa duit syiling 10 SEN 1971 ditempa dengan kuantiti amat sedikit (32,236 Keping) dan ada versi yang mengaitkannya dengan banjir besar yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Sebelum ini, saya sendiri memilih versi Banjir 1971 sebagai faktor kenapa jumlah tempaan 10 SEN 1971 amat sedikit. Tetapi, setelah saya melakukan beberapa kajian dan pencarian, saya mendapati versi banjir tidak boleh dikaitkan dengan tempaan 10 Sen 1971.


Berikut adalah penemuan di dalam kajian dan pencarian saya.

Banjir besar menenggelamkan Kuala Lumpur selama seminggu sekitar :

4hb Januari 1971.





Akhbar The Straits Times bertarikh 6 Jan 1971 (Pic)
Akhar Utusan Malaysia bertarikh 6 Jan 1971


Kilang Wang Bank Negara pula mula beroperasi dan mengeluarkan duit syiling pertamanya pada :
1hb Mei 1971.


dan

Kilang Wang Bank Negara dibuka secara rasmi pada 10 Julai 1971
Tun Ismail membantu Tun Tan Siew Sin di Majlis Pembukaan rasmi 
Kilang Wang Bank Negara pada 10 Julai 1971.

Catitan Arkib Negara

PERASMIAN PEMBUKAAN KILANG WANG BANK NEGARA
Posted by hasfiza on 15/11/2011 09:47:11

Pada hari ini dalam tahun 1971, Kilang Wang Bank Negara yang terletak di Batu Tiga, Shah Alam telah dirasmikan pembukaannya. Upacara perasmian dilakukan oleh Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin. Turut hadir di upacara ini ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ismail bin Mohamad Ali serta lain -lain jemputan khas. Bangunan kilang wang ini pada mulanya adalah merupakan pejabat mata wang Bank Negara. Ia kemudiannya telah diubah suai menjadi kilang wang dengan mendapat nasihat dari pakar-pakar luar negeri. Bagi melicinkan perlaksanaan perancangan kilang ini, pihak bank juga telah membentuk satu jawatan khas bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan pengambilan kakitangan, latihan dan pemilihan alat-alat yang diperlukan oleh kilang ini. Sebagai percubaan, kilang  ini telah berjaya mengeluarkan wang syilingnya yang pertama seperti yang dijadualkan pada 1hb Mei 1971. Apabila ia dilancar sepenuhnya, kilang ini mampu mengeluarkan sebanyak 70 juta keping wang syiling setahun. Sesungguhnya penubuhan kilang wang yang dirasmikan pembukaannya pada hari ini dalam tahun 1971, adalah merupakan peristiwa sejarah bagi Bank Negara Malaysia. Ia bukan hanya dapat mengatasi masalah kekurangan syiling di negara ini, tetapi ia juga telah membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan. Malah dengan penubuhannya juga Malaysia telah dapat menjimatkan pertukaran wang asing dan membuktikan ketinggian  mutu kecekapan pekerja-pekerja mahir di bidang teknikal di negara ini. 


Bagaimana banjir yang terjadi sekitar 4hb Januari 1971 mampu memberi kesan pada Kilang Wang Bank Negara yang berjaya memulakan operasinya pada 1hb Mei 1971?

Fakta dari keratan surat khabar dan dari Arkib Negara di atas membuktikan bahawa tiada kaitan antara 10 Sen 1971 dengan banjir pada tahun 1971.

Jadi apakah punca dan kemungkinan yang mampu dipertikaikan atau dikaitkan dengan kuantiti terendah di dalam sejarah penempaan duit syiling oleh Bank Negara Malaysia?

A = Mesin/Die Rosak?
B = Tiada Bahan (blank)?
C = Tiada kelulusan untuk duit edaran? (kemungkinan besar)
D = Proses peralihan teknologi dari UK ke Malaysia?
E = ?????


Masa untuk anda meneka kemungkinan-kemungkinan A, B, C, D atau E.  Sekiranya anda ada maklumat yang mampu mambantu menyelesaikan misteri 10 Sen 1971, berkongsilah dengan saya.

Akan bersambung.....

17 Mac 2015

RM1000 ZZ0000001 terjual pada harga RM322,000.00


Pada 15hb Mac 2015 lalu, berlangsungnya lelongan koleksi numismatik (Trigometric  Auction, Malaysia And Foreign Banknotes & Coins), di Hotel Hilton, Petang Jaya.

Lot 106 menjadi tumpuan kerana ianya merupakan wang kertas RM1000 siri ke-5 era Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Taha. Ianya adalah wang kertas Prefix Gantian Pertama bagi RM1000 dengan nombor siri ZZ 0000001, Pencetak Thomas De La Rue dan telah dinilai oleh PMG dengan gred 64 Choice Uncirculated - Exceptional Paper Quality (EPQ).


Wang kertas prefix gantian di atas telah mencatat sejarah baru apabila telah dibida dan dimenangi dengan harga RM280,000 (tidak termasuk premium 15%) oleh seorang numismatis tempatan. 

Maka dengan bidaan tersebut, wang kertas keluaran Bank Negara Malaysia RM1000 ZZ0000001 adalah wang kertas termahal dengan nilai RM322,000.00 (Termasuk Premium 15%)

----------------------------------------------
Lelongan numismatik akan datang

22hb Mac 2015 - Oleh MNS bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

29hb Mac 2015 - Oleh BNM bertempat di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

14 Mac 2015

SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA

SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA
Profesional Certificate In Numismatic Study (Pro CINS)

Berita baik kepada semua Numismatis tanah air. 

Saat dan ketika yang ditunggu dan dinantikan oleh numismatis tempatan selama ini telah tiba. Setelah sekian lama ianya dicadangkan dan usaha untuk ianya menjadi realiti akhirnya telah membuahkan hasil yang positif. Hasilnya bukan hanya sesuatu yang patut dan perlu dibangakan oleh para numismatis tempatan mala ianya bakal menjadi batu loncatan yang akan mengubah dan mencatat sejarah baru di dalam dunia numismatik Malaysia.
Hasil usaha dan percubaan tanpa putus asa oleh para numismatis tempatan akhirnya telah mencapai satu tahap yang membangakan dengan memperkenalkan program profesional secara formal di Malaysia.
SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA
  • Pertama kali diadakan di Malaysia.
  • Permohonan terbuka kepada semua.
  • Tarikh tutup untuk kumpulan (batch) pertama pada 30.03.2015
  • Sessi pengajian batch pertama ini akan bermula pada 11.04.2015 (sabtu)
  • Lokasi : Universiti Teknologi Malaysia, Shah Alam (Dewan Kuliah, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur)
  • Yuran : RM1,900 (Potongan 10% untuk Ahli Kelab Warisan Numismatik Malaysia)
  • Anjuran bersama : Kelab Warisan Numismatik Malaysia (kelab WNM) & Koperasi Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • 30 Jam Belajar termasuk 6 jam lawatan.
  • Tempoh 6 Bulan 
  • Kelas sekali dalam sebulan pada hari Sabtu
Borang boleh diminta melalui email : akademiacamar@gmail.com (ada disertakan di bawah)

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi urusetia:
Dato' Shahruddin (kelab WNM) 019-918 5858
Tn. Hj. Azmi (Kelab WNM)          013-922 7750
Azizan (UMP)                              014-501 5455
Syafiq  (Akademi Camar)            013-601 1484
Nadiah (Akademi Camar)            017-724 2664

----------------------------------------------------------------------
TENAGA PENGAJAR 

1. DR AZIZAN HAJI AZIT 
    TUAN HAJI AZMI  ABD MALIK  - Pengenalan Numismatik Malalaysia

2. DATO SHARUDDIN YUSOF,DIMP AMP- Pengurusan Numismatik dan Wang BNM

3. DR IBRAHIM BAKAR  -  Sejarah Penggunaan Awal Matawang di Tanah Melayu

4  MR DICKSON NIEW,  PNM   -  Sejarah Matawang Zaman Penjajah

5. MR DICKSON NIEW  PNM    -  Proses Penempaan Syiling dan Lawatan


6. MR GILBERT CHANG  -  Panduan Menggred Matawang



Borang Pendaftaran 
(klik untuk saiz besar sebelum muat turun)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...