28 Januari 2015

MYCC1981a: Set Pruf-Duit Syiling Malaysia 1981



MYCC
1981a
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
15 Okt
1981
Set Pruf -  Duit Syiling Malaysia 1981
1981 Proof Set - Coinage Of Malaysia

Duit Syiling Malaysia ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dalam bentuk set dan ianya memiliki 6 keping duit syiling iaitu setiap satu dari denominasi 1 sen, 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen, 50 Sen dan $1 dengan kandungan dan reka bentuk sama seperti syiling edaran yang telah diperkenalkan pada tahun 1967 dan 1971 ($1).

Namun dipercayai set ini tiada rekod rasmi berkait jumlah tempaan dan tarikh ianya dilancarkan. Berikut adalah kisah yang saya tahu berkait set ini. Kisah berikut hanya sekadar perkongsian sebab ianya tidak disokong oleh sebarang bukti dan saya tidak tahu jika ada versi lain.

"Set ini tidak dilancarkan dan telah dibatalkan atas sebab kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakan. Entah bagaimana sebilangan kecil set ini telah dikeluarkan dan dijual ke pasaran secara senyap dan tanpa diketahui. Set-set tersebutlah kini berada di dalam simpanan para pengumpul dan pencinta syiling jenis pruf."

Semua maklumat berkait set pruf ini berdasarkan "kemungkinan" sahaja dengan membekalkan sedikit bukti pada kad syiling dan sijil pengesahan.

 


Hadapan


Belakang

Butiran berkait Bahagian hadapan dan belakang duit syiling ini sama seperti Duit Syiling Siri Pertama.

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
1981a
$1
50 SEN
20 SEN
Komposisi
Composition
Kupro-Nikel | Copper Nickel
(Cu75Ni25)
Berat
Weight (g)
9.40
9.33
5.66
Diameter
 (mm)
24.20
27.76
23.59
Tebal
(mm)
2.60
2.18
1.75
Sisi
Edge
Kosong Berhuruf
Plain with lattering
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat  | Round

MYCC
1990b
10 SEN
5 SEN
1 SEN
Komposisi
Composition
Kupro-Nikel | Copper Nickel
(Cu75Ni25)
tembaga
(Copper)
Berat
Weight (g)
2.82
1.41
1.74
Diameter
 (mm)
19.40
16.25
17.78
Tebal
(mm)
1.37
1.04
1.26
Sisi
Edge
Bergerigi |Milled Edge

Kosong |Plain
Bentuk
Shape
Bulat  | Round
Tempaan
Mintage
-
Harga
Price (RM)
-
Kilang
The Franklin Mint, U.S.A

Info
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...