27 Ogos 2017

MYCC 2017b: Sukan SEA ke 29 & Sukan Para Asean ke 9


MYCC
2017b
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
16 Ogo
2017
Sukan SEA ke 29 & Sukan Para Asean ke 9
29th SEA Games & 9th ASEAN Para Games

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pula diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Temasya sukan ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan Hari Malaysia.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 16 Ogos 2017. 



Bahagian Hadapan
  • Imej Maskot rasmi RIMAU, diilhamkan daripada Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan tangkas. RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) and Bersatu (Unity)
  • Tema temasya sukan BANGKIT BERSAMA.
  • Perkataan "SUKAN SEA KE 29" dan "SUKAN PARA ASEAN KE 9".
Bahagian Belakang

  • Imej logo rasmi temasya sukan iaitu Wau Bulan. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling


SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2017b
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(99.9)
RM10
700
@RM230
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
13,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + Nordic Proof
Set of 2
1,300
@RM280


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam

Tempahan melalui email mulai 29 Ogos 2017 hingga 1pm 5 September 2017
Pengumuman keputusan tempahan dan pengundian pada 8 September 2017
Pembayaran dan Pengambilan mulai 8hb hingga 12hb September 2017


Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.











26 Ogos 2017

Duit syiling di dalam edaran pada 30hb Jun 2017




Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 30hb Jun 2017 dan berikut adalah angka dan jumlah berkait duit syiling yang berada di dalam edaran pada suku kedua 2017.

Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  30hb Jun 2017.

Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
31 Dis
2016
30 Jun
2017
Keterangan
1   Sen
43,338,264
43,322,716
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
180,780,149
193,084,125
Termasuk Siri 1,2,3.
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.
10 Sen
699,448,468
739,251,037
20 Sen
901,615,870
960,199,189
50 Sen
993,012,724
1,077,780,240
RM   1
32,655,192
32,577,503
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,716,290
9,716,280
RM 10
3,076,850
3,102,810
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM 15
1,423,200
1,423,515
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM 25
14,878,730
14,879,325
Keluaran RM20 sejak 19 Januari   1976 & RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
12,488,900
12,811,125
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,772,850
12,772,850
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
RM
2,926,755,987
3,122,469,215
Numiscat
* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 

Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

10 Ogos 2017

Sistem Jualan Duit Syiling Peringatan Secara Pengundian Awam



Sepertimana yang telah kita sedia maklum, Pihak Bank Negara Malaysia telah mengadakan jualan duit syiling peringatan 100 Tahun Industri Minyak Sawit Malaysia pada 9  Ogos 2017.

Ianya adalah duit syiling peringatan pertama bagi tahun 2017 serta ada kenangan menarik disebalik proses penjualannya yang perlu direkodkan demi mampu dijadikan rujukan dan perbandingan bersama.

Berikut adalah sedikit perkongsian daripada saya untuk tatapan semua.

Saya sampai di Sasana Kijang sekitar 8 pagi dan mendapati persekitarannya tidak seperti sebelumnya. Keadaan di Sasana Kijang agak tenang tanpa sebarang barisan dan tidak kelihatan kumpulan-kumpulan numismatis (collectors).


Saya berjalan mengikut tanda arah dan akhirnya sampai ke lobi Auditorium. Di sini saya dibekalkan dengan "hand Band" bernombor 0080 dan seterusnya diarah ke meja pendaftaran.



Di meja pendaftaran, saya ditanya berkait apakah jenis duit syiling yang ingin saya miliki daripada 3 pilihan seperti berikut:-
  • ·         Set 2 dalam 1 x 1 unit
  • ·         Single Silver x 1 unit
  • ·         Coin Card x 3 unit

Saya memilih ketiga-tiganya dengan harapan mampu memiliki single silver sebab biasanya sukar untuk mendapatkan mana-mana keluaran dengan tempaan terhad. Kali ini tempaan single Silver adalah 700 set berbanding 1300 set 2 dalam 1 dan 13,000 keping coin card.


Setelah itu saya dibekalkan dengan sehelai kertas yang memiliki maklumat pengundian awam dan 3 jenis tiket bagi 3 jenis duit syiling yang bakal dijual pada hari ini. Tiket-tiket ini memiliki 2 bahagian iaitu bahagian yang perlu disimpan oleh pembeli dan satu lagi bahagian adalah untuk dimasukan ke dalam kotak pengundian. 


Pembeli perlu meninggalkan lobi Auditorium setelah tiket tersebut diceraikan dan dimasukan ke dalam kotak pengundian.


Proses pendaftaran akan berlarutan sehingga pukul 11 pagi. Setelah itu proses pengundian akan dijalan. Senarai nombor tiket akan dipamerkan dan para pembeli boleh melihat keputusan pengundian untuk mengetahui sama ada nombor mereka telah berjaya terpilih di dalam proses pengundian.

Sekiranya nombor tiket mereka ada di dalam senarai pengundian, maka pembeli perlu pergi ke meja pembayaran untuk menunjukan "hand Band" berserta dengan bahagian tiket yang disimpan oleh pembeli untuk menamatkan proses pembelian.

Saya tinggalkan Sasana Kijang sekitar pukul 9 pagi dan kembali untuk mendapatkan duit syiling peringatan sekitar pukul 3 petang.

Saya terus ke Lobi Auditorium untuk memeriksa keputusan pengundian dan untuk mengetahui sekiranya saya layak untuk membeli/memiliki sebarang duit syiling seperti yang telah saya daftarkan pada pagi tadi.

Saya dikejutkan oleh salah seorang pegawai yang menanti kehadiran pembeli bahawa tiada pengundian dijalankan disebabkan jumlah duit syiling di dalam stok adalah melebihi jumlah pembeli yang telah berdaftar.

Tanpa diduga saya telah memiliki ketiga-tiga jenis duit syiling seperti yang ditawarkan pada pagi tadi.

Ianya tidak pernah terjadi di Sasana Kijang sepanjang penglibatan saya untuk beratur mendapatkan duit syiling peringatan.

Di manakah kesilapan sehingga keluaran duit syiling peringatan kali ini tiada sokongan dan sambutan?
  • Ke mana hilangnya pencinta duit syiling peringatan ketika edisi pertama 2017 dikeluarkan?
  • Mungkinkah ianya disebabkan oleh sistem pengundian awam?
  • Adakah ianya kerana keadaan ekonomi yang sedang lembab?


Apapun sebab dan punca disebalik tiada sokongan dan sambutan pada kali ini, yang pasti baki duit syiling yang tidak terjual pada hari ini akan dijual kepada umum di Galeri Muzium mulai esok. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...