Dato' Muhammad bin Ibrahim


Dato' Muhammad bin Ibrahim
Gabenor ke 8 BNM
Mei 2016 hingga Jun 2018
Tanda Tangan Dato' Mohammad bin Ibrahim
Tanda tangan Dato' Muhammad bin Ibrahim

Dato' Muhammad bin Ibrahim telah memulakan kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia pada April 1984 dan telah dilantik menjadi Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia pada Jun 2010.

Beliau telah dilantik menjadi Gebenor Bank Negara Malaysia yang ke lapan pada 27 April 2016 dan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Mei 2016. 

Berikut adalah kelulusan pendidikan beiau :-
  • Diploma Lanjutan Perbankan Islam dan Kewangan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Malaysia (UM)
  • Sarjana dalam Pentadbiran Awam, Harvard Kennedy School
  • Advance Management Programme, Harvard Business School

Dato' Muhammad telah bersama dengan Bank Negara Malaysia selama 34 tahun (2016) dan telah berkhidmat dalam bidang pengawalan dan penyeliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan dan perbendaharaan luar pesisir serta pasaran kewangan. Dato' Muhammad pernah menjadi Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, iaitu agensi permodalan semula bank yang ditubuhkan semasa krisis kewangan Asia. Beliau juga merupakan mantan pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai ahli majlis Malaysian Institute of Accountants.

Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Dato' Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.

Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.

Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.

Tidak terhad kepada itu, Dato' Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.

Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.

Selain memegang jawatan nombor satu bank pusat, Dato' Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional seperti berikut :-

  • Ahli majlis Malaysian Bankers Institute
  • Ahli lembaga pengarah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
  • Ahli Institut Akauntan Malaysia
  • Ahli panel Dana Amanah Nasional
  • Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan
  • Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam
  • Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat
  • pengarah bebas dalam lembaga pengarah PETRONAS
  • Pemegang amanah Majlis Kursi Tun Ismail Ali
  • Fellow Institut Perbankan Bertauliah Asian

Anugerah dan Darjah Kebesaran

PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) membawa gelaran Datuk
Darjah Kebesaran Persekutuan tahun 2012
Sempenana sambutan ulang tahun hari keputraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


DATO' PADUKA MAHKOTA SELANGOR (D.P.M.S.) membawa gelaran Dato'
Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan

Sempena Ulang Tahun Hari Keputraan Yang Ke 62 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tahun 2007





Sumber maklumat : BNM, Malaysiakini, Wikipedia.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...