26 Julai 2015

Prefix ZB polymer memiliki nilai numismatik tinggi?

Wang kertas gantian memiliki peminat tersendiri di dalam dunia numismatik. Ramai pengumpul meminati prefix gantian bukan hanya ianya bakal memiliki nilai numismatik tinggi mala dengan harapan ianya bakal menjadi item "rare" bagi prefix-prefix yang dicetak dengan kuantiti terlalu terhad.





Apabila kita sebut terhad, ramai tidak memahami bagaimana kejadian cetakan terhad ini terjadi dan mengapa ianya mampu mewujudkan nilai numismatik tinggi bagi sesuatu prefix. RM1 polimer Zeti Siri 12 yang memiliki prefix ZB sememangnya memiliki nilai numismatik dan ramai bertanya mengapa dan kenapa prefix ZB bagi RM1 polimer dijual dan dibeli dengan harga tinggi. 



Prefix gantian ZA dan ZB dicetak bagi mengantikan wang polimer yang rosak bagi prefix AA hingga DD. Kemungkinan besar pihak berkuasa meluluskan sebanyak 10.14 juta keping wang gantian bagi mengantikan wang yang telah rosak serta tidak memenuhi syarat untuk memasuki edaran. 



Setiap prefix hanya mampu dicetak dengan maximum 10 juta nombor siri berturutan iaitu XX 0000001 hingga XX10000000. Keadaan ini memaksa mengunakan 2 prefix bagi mencetak sejumlah 10.14 juta wang kertas iaitu seperti berikut:



ZA 0000001- ZA10000000 = 10 juta keping
ZB 0000001- ZB  0140000 = 140 ribu keping.

                           Jumlah = 10.14 juta keping.



Maka prefix ZA telah dicetak penuh (10 juta Keping) manakala prefix ZB hanya dicetak sebanyak 140 ribu keping. Setelah prefix DD, prefix DF telah dicetak oleh pencetak berbeza dan keadaan ini telah membekukan jumlah cetakan ZB pada angka 140 ribu keping.
(Pihak BNM mempunyai bidang kuasa untuk menyambung percetakan menggunakan prefix ZB sekiranya perlu.)

Mungkin anda ingin bertanya bagaimana saya tahu angka 140 ribu tersebut? Di dalam dunia numismatik, tiada maklumat 100% tepat selagi ianya tidak disahkan oleh pihak BNM. Maka kebanyakan pengkaji dan pengumpul hanya mampu meneka dan membuat kesimpulan mengikut bukti yang wujud di depan mata seperti wang kertas yang telah dijumpai dan di dalam simpanan para pengumpul serta maklumat tidak rasmi daripada kenalan kakitangan BNM.

Setakat ini belum ada sesiapa mengaku memiliki atau terjumpa nombor siri yang melepasi angka 140 ribu. Kesemua prefix ZB yang dijumpai hanya memiliki nombor siri dengan angkanya kurang 140 ribu.

Keadaan ini yang membuatkan para pengkaji numismatik membuat kesimpulan bahawa prefix ZB telah dicetak dengan terhad iaitu 140 ribu keping. Ramalan ini mewujudkan pemburuan prefix ZB agar tidak ketinggalan untuk memiliki minimum 1 keping demi melengkapkan koleksi.




Tahukah anda bahawa jumlah cetakan bagi RM5 polimer siri 12 ZB juga diramalkan bahawa dicetak sekitar 130 ribu keping? Tetapi ZB RM5 tidak menjadi bintang buruan seperti RM1 ZB mahupun nilainya setinggi ZB RM1. Kenapa jadi begini sedangkan RM5 ZB diramalkan cetakannya kurang dari jumlah cetakan RM1 ZB?

Sudahkah anda memiliki RM5 polimer siri 12 prefix ZB di dalam koleksi anda? Jika belum, ambillah peluang yang ada sementara ianya masih murah dan mampu dimiliki.

15 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya berserta Salam Aidilfitri  buat semua Muslimin dan Muslimat & Selamat bercuti kepada semua kenalan dan numismatis. 



Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa,
Dalam bertulis mungkin ada yang terguris jiwa,
Sa-Puloh jari disusun..kemaafan juga yang dipinta,
Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Raya..





12 Julai 2015

Mungkinkah Dr.Zeti Aziz akan meletak jawatan?

Sepertimana kita sedia maklum, 1MDB dan pemimpin tertinggi negara berdepan dengan dakwaan serius berkait dana berbillion Ringgit dan skandal tersebut dikaitkan dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia di pasaran dunia pada paras terendah

Kini semakin bergema nama Bank Negara Malaysia dan Dr.Zeti Aziz di dalam media massa berkait siasatan dan skandal dana berbillion Ringgit dan ada juga cadangan agar Dr.Zeti meletak jawatannya sebagai gabenor BNM.


Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
  • Apakah ada kemungkinan untuk BNM mendapatkan gabenor baru? 
  • Siapakah bakal mengantikan Dr.Zeti Aziz?
  • Adakah gabenor baru akan dilantik daripada senarai 3 timbalan gabenor?

Berikut adalah senarai 3 orang timbalan gabenor di bawah Dr.Zeti Aziz

Dato' Muhammad bin Ibrahim 
Dr. Sukudhew Singh
 ----------------------------------------------------
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus

Sekiranya benar tekanan semasa memaksa Dr.Zeti lepaskan jawatan sebagai gabenor maka sudah pasti BNM akan mendapat gabenor baharu. 

Tujuan saya menulis bukan hanya berkait penganti gabenor mala untuk mengingatkan semua pengumpul terutamanya pendatang baru agar bersedia dengan menyimpan prefix terbaru bagi semua denominasi.

Jika Dr.Zeti Aziz melepaskan jawatan, maka percetakan terakhir bakal menjadi prefix terakhir untuk era Dr.Zeti Aziz. Isu begini sudah pasti dihidu oleh pengumpul lama dan ramai pengumpul lama pasti akan bersedia dengan stack mahupun brick percetakan terakhir.




Dr.Zeti tidak akan undur dan akan kekal sehingga 2016


03 Julai 2015

Tempaan tersedikit tetapi terbanyak dinilai oleh NGC


Sebelum ini, saya telah menulis dan berkongsi berkait senarai tahun Keydate dan Semi Keydate mengikut kedudukan tempaan paling sedikit. Jika anda melihat pada kedudukan rank teratas atau tempaan paling sedikit adalah 10 Sen 1971 dengan jumlah tempaan sebanyak 32,236 keping.

Rank
Tahun
Denominasi
Jumlah Tempaan
1
1971
10 Sen
32,236
2
1982
$1
201,550
3
1986
$1
252,473

Tempaan tersedikit tersebut sebenarnya menduduki tempat teratas bagi jumlah duit syiling Malaysia yang pernah digred oleh penilai professional NGC mengikut pecahan gred dan denominasi. Ini menjadikan 10 Sen 1971 bertambah unik dan penuh dengan misteri di kalangan duit syiling keluaran BNM. 

NGC menyenaraikan sebanyak 542 jenis variasi duit syiling Malaya/Malaysia yang telah digred oleh mereka. Berikut adalah senarai 25 syiling terbanyak yang telah digred oleh NGC sehingga 2 Julai 2015. 

Year/Mint
Denom
Variety
Total
45
50
53
55
58
60
61
62
63
64
65
66
67
68
10S

997
5


3
10

4
14
35
208
337
359
22

20S

320




3


3
5
13
45
220
31

5C

301




1



6
67
134
82
11

10C

301






1
2
13
38
88
115
44

50C

298




7


22
46
96
93
33
1

5C

294




2


1
29
37
90
95
39
1
50C

294



1
1


6
21
62
121
77
5

20C

288


1

1


3
12
48
110
101
12

5C

241


1

1


4
13
40
58
66
50
8
20S

218




1


8
9
42
74
74
10

50S
SE
216



1


1
8
30
58
83
31
4

5C

195




1


3
10
28
59
74
20

50S

186



5
16

1
25
44
49
25
21


10C

183




2

1
4
9
23
60
66
18

$1

181








5
32
69
64
8
2
50S
SE
170
1


6
24

6
37
37
29
24
6


$1

165







3
17
48
59
35
3

5C

164




2

3
7
15
49
59
27
2

20C

163



2
5

1
19
39
54
38
4
1

20C

162




1

1
2
12
40
78
27
1

50S

161



1
1



1
27
38
73
20

50C

145


1
3
13

2
31
48
41
6



50S
SE
145
1


2
2

1
16
20
32
48
22
1

10C

141



1
4

4
11
31
38
46
6


*Klik pada tahun untuk mendapatkan maklumat terperincih dari laman NGC

Mengikut senarai NGC, duit syiling 10 sen 1971 adalah syiling paling banyak dinilai iaitu sebanyak 997 keping bagi designasi 'MS' dan 5 keping bagi designasi 'MSPL'. Gred MS66 mencuri perhatian saya sebab ianya memiliki sebanyak 359 keping dan 22 keping bagi gred MS67. Ini bermaksud syiling 10 Sen 1971 yang bakal memiliki gred NGC MS68 akan memiliki harga luar biasa kerana akan dikejar oleh para numismatis dengan berani membida pada harga tertinggi.

Pihak NGC tidak menyenaraikan mengikut pecahan V1, V2 dan V3 bagi 10 Sen 1971. Mungkin pihak NGC tidak kenal Variasi V1, V2 dan V3 atau tidak mengiktiraf akan kewujudan 3 variasi tersebut. Namun pihak NGC memiliki ruang variasi (variety) di laman mereka.

Apapun sebabnya, yang pasti jumlah tersebut akan terus bertambah sebab ramai sedang mencuba nasib dengan 'stok' yang mereka miliki untuk mendapatkan gred MS68 yang pertama. Saya cuma hairan bagaimana 10 Sen 1971 mampu bertahan dan selamat dengan gred tertinggi berserta jumlah yang begitu banyak.

Di dalam senarai di atas, 50 Sen 1968 SE memiliki hanya sekeping bergred MS67 iaitu gred tertinggi yang pernah dinilai oleh NGC sehingga kini. Syiling tersebut (50 Sen 1968 SE - NGC MS67) pasti menjadi perhatian dan bakal menjadi buruan para numismatis untuk dimiliki dan seterusnya dijadikan koleksi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...