Jenis tanpa folder
Wang bersadur emas seperti gambar di atas dijual secara meluas dengan harga RM35 hingga RM80 di atas talian dan ramai keliru status sebenarnya sehingga memikirkan ianya adalah wang keluaran BNM dan ada juga yang salah faham bahawa ianya memiliki emas sebenar.
Ianya bukan wang sah atau dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia bagi tujuan koleksi mahupun peringatan. Jadi dari mana ianya datang dan bagaimana ianya nampak seperti wang asli?
Wang bersadur emas ini sebenarnya dibuat bagi tujuan cenderahati dan perhiasan dan dimulakan dengan wang luar negara. Kilangnya berada di China dan ianya adalah MIC (Made In China).
Kini ianya sudah diwujudkan bagi mata wang Malaysia dan sedang aktif dijual di laman sosial dan laman jualan (market place) di atas talian.

Jenis yang di dalam folder |
Cenderahati ini dijual di dalam 2 bentuk iaitu tanpa folder dan dengan folder oleh pengedarnya dan harganya cukup murah iaitu;
Keterangan
|
Harga USD
|
-+RM
|
Tanpa Folder
|
0.92
|
3
|
Harga Folder
|
0.55
|
2
|
Dengan Folder
|
1.47
|
5
|
Kos Kiriman dari China
|
3.16
|
12
|
Tanpa Folder Siap dikirim (pos)
|
4.08
|
15
|
Dengan Folder Siap dikirim (pos)
|
4.63
|
17
|
Harga di atas adalah bagi sekeping dan jika dibeli dengan jumlah banyak pasti jauh lebih murah sebab kos kirimannya adalah bagi 1 keping dan ianya 2 hingga 4 kali daripada harga item.
Saya ada menghubungi pengedar di China dan dia mengakui dia memiliki item ini bagi denominasi RM2, RM100 Siri wawasan, RM100 Siri Keunikan, RM500 dan RM1000. Semua denominasi dengan harga sama seperti di jadual.

Saya rasa ada banyak pengedar atau kilang yang mengeluarkan wang bersadur emas seperti ini. Apakah mungkin ianya memiliki emas dengan harga RM3 sekeping? Fikirkanlah sendiri.
Seperti biasa ada penjual di Malaysia menjualnya dengan membekalkan info yang salah sehingga wujud rasa tidak puas hati di kalangan pembeli. Berikut adalah beberapa perkara dan maklumat salah yang saya kesan :
- Ianya adalah reka bentuk mereka
- Inya adalah wang yang dikeluarkan oleh BNM
- Ianya memiliki emas betul
- Ianya dijual dengan harga terlalu tinggi (pernah sampai ratusan ringgit)