27 Ogos 2015

MYCC 2015b : 50 Tahun Masjid Negara




MYCC
2015b
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
27 Ogo
2015
50 Tahun Masjid Negara
50th Anniversary of Masjid Negara

 50 Tahun Masjid Negara 50th Anniversary of Masjid Negara

Bank Negara Malaysia mengeluarkan 3 jenis duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Masjid Negara ke-50. Masjid Negara dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965. Upacara pembukaan tersebut telah diserikan dengan kehadiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Duit syiling ini dilancarkan pada 27 Ogos 2015 di Masjid Negara. Ianya mula dijual di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat-pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching bermula pada 28 Ogos 2015.

50 Tahun Masjid Negara 50th Anniversary of Masjid Negara 

Bahagian Hadapan

  • Imej Masjid Negara
  • Perkataan Masjid Negara dalam tulisan Jawi
  • Perkataan JUBLI EMAS MASJID NEGARA
  • Tahun 1965 - 2015
  • Landskap Masjid Negara (di bahagian bawah)
Bahagian Belakang

  • Logo perayaan sambutan Jubli Emas Masjid Negara
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling
50 Tahun Masjid Negara 50th Anniversary of Masjid Negara

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2015b
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AuP
Emas  Pruf
Emas
(Au99.99)
RM100
200
@RM1800
7.96
Diameter
22.00
Tebal
1.50
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(99.9)
RM10
2,000
@RM200
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
25,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + NBU
Set of 2
2,000
@RM250


S3
AuP + AgP + NBU
Set of 3
500
@RM2100


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Bank Negara Malaysia


Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












26 Ogos 2015

Keluaran Khas Sempena 50 Tahun Masjid Negara

Sudah hampir 2 bulan berita berkait syiling peringatan 50 tahun Masjid Negara kedengaran dan berbisikan sesama para numismatis. Sehingga entri ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Bank Negara Malaysia di laman rasmi mereka.

Namun begitu, Badan Kebajikan Masjid Negara (BKKMN) telah memuat naik satu gambar yang memiliki maklumat berkait syiling tersebut.


(Sumber pic)
Mengikut maklumat pada gambar di atas, Syiling peringatan tersebut hanya boleh didapati di;

  • Perkarangan Masjid  Negara (Tapak Ekspo)
  • 27hb hingga 29hb Ogos 2015.
  • 10 pagi hingga 10 malam

Berikut adalah reka bentuk syiling peringatan tersebut.


Kepada anda yang berdekatan dengan lokasi Ekspo, bolehlah mendapatkannya untuk menambah dan memenuhi koleksi anda.

09 Ogos 2015

Lelongan Ketiga Wang Kertas Malaysia oleh BNM

Klik untuk ke laman MNP

Pihak Bank Negara Malaysia bakal mengadakan lelongan awam ketiga bagi wang kertas dengan nombor siri istimewa. Lelongan ketiga ini bakal menjadi lelongan pertama yang boleh diikuti dan dibida oleh pembida di atas talian (online). 

Semua pembida yang ingin menyertai atau mengikuti lelongan ini secara atas talian wajib berdaftar dengan pihak MNP. 





Berikut adalah butiran berkait lelongan tersebut.

Tarikh : 22 Ogos 2015

Sessi 1: 10.30am wang kertas RM1, RM10 dan RM50

Sessi 2: 12.00pm wang kertas RM5, RM20 dan RM100

Pendaftaran : Buka pada 8.30am dan tutup antara 10.00am-10.30am

Lokasi : Auditorium - Sasana Kijang Money Meseum @ Bank Negara Malaysia,Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur, Malaysia, 50480

Deposit : RM300

Premium : 15% dari harga bidaan tertinggi di Auditorium
                  20% dari harga bidaan tertinggi di atas talian melalui laman www.mnp.com.my/onlinebidding





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...