Penilaian Gred Numerik


Penilaian Numerik yang diamalkan oleh Amerika memiliki nilai gred bernombor 1 hingga 70. Ianya berasal dari nilai $1 hingga $70 yang dibayar untuk membeli duit syiling 1 sen terawal mereka iaitu Large Cent 1794.

Large Cent 1794

Pada ketika dulu, pengumpul duit di Amerika membeli 'Large Cent 1794' dengan membayar 1 Dollar ($1) bagi kondisi paling teruk sehingga 70 Dollar ($70) bagi syiling dengan kondisi paling sempurna. Amalan pembelian $1-$70 tersebut telah dijadikan asas untuk penilaian gred di mana sekiranya sesuatu syiling itu dibayar $60 maka itu bermaksud syiling tersebut memiliki gred tidak diedarkan (Uncirculated). 

kini 'Large Cent 1794' memiliki nilai minimum ribuan ringgit bagi gred PO-1 dan ratusan ribu mala jutaan Ringgit bagi gred melebihi MS60.

Skala pembelian 'Large Cent 1794' dengan nilai Dollar $1-$70 telah dikekalkan menjadi penilaian gred numerik agar ianya mampu diguna pakai untuk semua jenis duit tanpa mengikut nilai pasarannya. Ianya telah diperkenalkan oleh seorang pakar psikologi dan numismatis Amerika yang bernama William Herbert Sheldon pada tahun 1949. Ianya dikenali sebagai skala Sheldon (Sheldon Scale).
William Herbert Sheldon, Jr.
Lahir : 19 Nov 1898 - Warwick, Rhode Island
Meninggal : 17 Sep 1977 - Cambridge, Massachusetts

Skala Sheldon didapati kurang sesuai atau ketinggalan zaman pada tahun 1953 namun bertahan sehingga tahun 1970. Persatuan Numismatik Amerika (ANA - American Numismatic Association) telah mengubahsuai, menghapuskan dan menambah beberapa nilai dan gred ke dalam skala Sheldon pada tahun 1970. Skala penilaian yang telah diubah-suai oleh ANA masih diguna-pakai sehingga ke hari ini dan ianya masih dikenali sebagai skala Sheldon.

Berikut adalah penilaian gred numerik yang diguna pakai oleh syarikat-syarikat penilaian Amerika seperti  NGC dan PCGS. Penilaian gred seperti di bawah akan diberikan mengikut kondisi oleh penilai-penilai (lebih dari seorang penilai) yang berpengelaman dan bertaraf antarabangsa. Mereka menggunakan pembesaran sehingga 5x menggunakan kanta pembesar atau microskopi digital.

Gred Syiling Tidak diedarkan (Uncirculated Coin)
Skala di atas adalah untuk syiling tidak diedarkan (MS) dan syiling peruf (PF)

Gred Syiling Telah Diedarkan (Circulated Coin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...