MYB: Wang Kertas Malaysia

PERINGATANNumisCat ingin menegaskan bahawa kesemua maklumat dan gambar di dalam laman NumisCat adalah bagi tujuan kajian kami dan ianya dikongsi bagi tujuan pendidikan sahaja agar mampu menarik perhatian dan minat lebih ramai pendatang baru ke dunia numismatik. 

Generasi baru mungkin tidak pernah melihat warisan mata wang kebangaan Malaysia kecuali disimpan dan ditunjukan oleh mereka-mereka yang ada menyimpannya. Di sini saya akan cuba menyenaraikan kesemua siri keluaran BNM dan maklumat-maklumat yang berkaitan denga mata wang keluaran BNM. 

Kebanyakan wang kertas keluaran terawal Bank Negara Malaysia sudah tidak kelihatan di dalam edaran biasa. Namun, kesemua denominasi yang dikeluarkan oleh BNM masih sah diperlakukan walaupun kebanyakan keluaran siri terawal sudah tidak kelihatan di dalam edaran. Ini adalah kerana pihak BNM telah mengeluarkannya (menarik balik) secara berperingat. Mengeluarkan dari edaran atau menarik balik sesuatu denominasi wang dari edaran bukan bermaksud ianya telah dinyahwangkan.

Menarik balik (mengeluarkan) wang dari edaran adalah salah satu tugas dan tanggung-jawap BNM bagi memastikan ianya diganti dengan wang baru atau digantikan dengan denominasi lain. Selagi sesuatu mata wang TIDAK DINYAHWANGKAN oleh BNM, ianya masih sah diperlakukan (Legal Tender) dengan nilai muka yang tertera padanya. Ramai keliru dan dan tidak mampu memperbezakan antara wang yang telah ditarik balik dengan wang yang telah dinyahwangkan. Ramai juga berfikiran bahawa wang yang telah ditarik balik sudah tidak sah diperlakukan untuk sebarang urusan pembayaran.


Wang yang telah dinyahwangkan adalah wang yang tidak sah diperlakukan (Not Legal Tender). Terdapat banyak denominasi yang telah ditarik balik dan beberapa denominasi yang telah dinyahwangkan oleh pihak BNM atas sebab-sebab tertentu. Terdapat juga mata wang keluaran BNM dengan status wang tidak sah. Biasanya jenis ini dikeluarkan dalam bentuk wang peringatan dan bukan kesemua wang peringatan yang dikeluarkan oleh BNM berstatus wang tidak sah.

Pada 12 Sept 1998, BNM telah mengeluarkan notis pemberitahuan berkait denominasi RM1000 dan RM500 yang bakal dinyahwangkan pada 1 Julai 1999 dan meminta semua rakyat agar menukarkan wang kertas RM1000 dan Rm500 di dalam simpanan mereka untuk nilai penuh di mana-mana bank berhampiran. 

Pada 31 Mei 1999, BNM telah mengulangi notis peringatan berkait penarikan balik wang kertas RM1000 dan RM500. Wang kertas RM1000 dan RM500 telah dinyahwangkan oleh BNM berkuat kuasa pada 1 Julai 1999.

Bagi seorang pengumpul duit lama (numismatis) walaupun sesuatu mata wang telah ditarik balik atau dinyahwangkan, ianya tetap menjadi bahan koleksi atas dasar numismatik. Jika anda memiliki sebarang mata wang keluaran BNM yang telah ditarik balik atau dinyawangkan di dalam simpanan, anda boleh menawarkannya kepada para numismatis, rata-rata semua numismatis akan cuba memilikinya biarpun ianya sudah tidak sah diperlakukan atau telah dikeluarkan dari edaran biasa.


Berikut adalah senarai wang kertas yang masih dijumpai di dalam edaran sebelum keluaran Siri Keunikan Malaysia pada tahun 2012.



Senarai wang kertas yang masih boleh dijumpai di dalam edaran sebelum Siri Keunikan Malaysia diperkenalkan pada tahun 2012







Siri Wawasan 2020




Denominasi
Substrat
Ukuran
Warna




RM100
Kertas
150mm X 69mm
Ungu




RM50
Kertas
145mm X 69mm
Hijau-biru




RM10
Kertas
140mm X 65mm
Merah




RM5
Kertas | Polimer
135mm X 65mm
Hijau




RM2
Kertas
130mm X 65mm
Putih-Ungu




RM1
Kertas
120mm X 65mm
Biru




numiscat.blogspot.com












Perbezaan antara Siri BNM & Siri Pengumpul

1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

Terdapat perbebazaan pada siri versi BNM berbanding dengan siri versi Pengumpul. Ini terjadi disebabkan para pengumpul ingin menjadikan setiap perubahan pada wang kertas senang dikenali dan mampu dinamakan tanpa menghadirkan sebarang kekeliruan. Anda akan sukar dan tidak mampu mendapatkan maklumat dari internet sekiranya membuat carian mengunakan siri versi BNM. Ini kerana kesemua pengumpul tanah air sehati sejiwa di dalam segala tulisan mahupun catitan di internet mengunakan siri versi pengumpul. Salah satu sebab utamanya adalah buku katalog numismatik yang telah menyenaraikannya begitu. Jika anda ingin mendalami dunia numismatik tempatan, bersedialah untuk mengenali dan menghafal siri versi pengumpul.

Siri versi BNM adalah ringkas dan hanya memiliki 4 siri sahaja sejak tahun 1967 hingga 2014. Siri Versi BNM tertumpu pada tema/motif dan senang untuk dibezakan sebab ianya 100% berbeza dari corak dan reka bentuk wang kertas. Demi mengelak sebarang kekeliruan, sebaiknya sebut/tulis sahaja siri BNM dengan temanya, contoh: RM10 siri Wawasan 2020. Berikut adalah senarai siri mengikut tema wang kertas. 




Siri Wang Kertas Edaran Keluaran BNM mengikut Corak & Tema









SIRI
TEMA
TAHUN




1967




1982




1996




2008|2012











numiscat.blogspot.com











Siri versi Pengumpul pula memiliki 12 siri wang kertas sejak 1967 hingga 2014. Siri versi Pengumpul tertumpu pada perubahan tema/motif, gabenor dan perubahan ciri-ciri yang jelas kelihatan kecuali di dalam keadaan tertentu. Siri versi pengumpul lebih mendalam dan terperincih. Percayalah, tiada satu pun wang kertas mampu melepaskan diri daripada versi pengumpul. Ianya memerlukan ketelitian dan kefahaman tentang wang kertas untuk mampu mengenali dan memahami semua siri yang dimaksudkan di dalam versi pengumpul. Ini menjadikan dunia numismatik Malaysia lebih unik dan tersendiri. Ianya juga adalah salah satu ciri keunikan yang membezakan para numismatis tempatan berbanding rakyat biasa di dalam mengenal pasti sesuatu denominasi wang kertas keluaran BNM. Berikut adalah senarai siri versi pengumpul.





Siri Wang Kertas Edaran Keluaran BNM mengikut Gabenor dan Siri




1967 hingga 2014




BNM
PENGUMPUL
GABENOR
TAHUN




Siri 1
1967




1972




1976




1981




Siri 2
1982




1986




Siri 3
1995




1996




1999








2000 | 2004




Siri 4
2008 | 2012










numiscat.blogspot.com












Sebahagian besar siri versi pengumpul dapat dibezakan dengan melihat pada tandatangan gabenornya. Berikut adalah senarai tanda tangan Gebenor Bank Negara Malaysia:

 
Walaupun saya mengatakan bahawa siri pengumpul adalah lebih terperincih namun ada beberapa situasi di mana perubahan ciri-ciri jelas tidak diambil kira untuk ianya dijadikan siri baru oleh pengumpul kerana perubahan ciri-ciri hanya terjadi pada denominasi tertentu sahaja. 

Biarpun begitu, ciri-ciri tersebut tidak pernah terlepas daripada pandangan para numismatis tempatan. Ianya dibezakan di dalam sirinya dengan istilah-istilah khas. Anda boleh mengetahui tentang ciri-ciri tersebut dengan klik pada setiap sirinya. 

Pencetak (printer) wang kertas Malaysia

Kesemua mata wang Malaysia dicetak di luar negara sejak tahun 1967. Pada tahun 1971, Malaysia telah memiliki kilang sendiri bagi menghasilkan duit syiling. 

Pada tahun 2003, Wang kertas Malaysia telah mula dicetak di Malaysia oleh syarikat yang berasal dari German: 
Giesecke & Devrient Malaysia Sdn. Bhd. 
Lot 6 Off Jalan Delima 1/1, Batu Tiga 
40150 Shah Alam, Selangor
E-mail: mabel.low@gi-de.com
laman web : http://www.gi-de.com
Tel : +603 5629-2929 

Fax: +603 5629-2800

Kini, Malaysia memiliki kilang dan mencetak sendiri wang kertas/polymer di: 
Kilang Wang Bank Negara Malaysia, 
Kompleks Kilang Wang,
Lot 2, Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40740 Shah Alam.
laman web : http://www.bnm.gov.my
Tel: +603 5519-1611

Walaupun BNM telah memiliki kilang dan mampu mencetak wang kertas sendiri, ada kalanya BNM terpaksa juga mencetak di kilang luar negara atas sebab-sebab tertentu. 

Berikut adalah senarai pencetak (printer) wang kertas Malaysia sejak tahun 1967 sehingga kini :


Berikut adalah senarai wang kertas mengikut Siri dan Denominasi



Fakta berkait wang kertas

Mengikut data dan angka yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi penghujung tahun 2013; jumlah nilai mata wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi adalah seperti berikut :



Jumlah nilai wang kertas di dalam edaran sehingga akhir tahun 2013









Denominasi
Jumlah RM
Jumlah Keping




RM1
1,859,558,030
1,859,558,030




RM2
127,165,400
63,582,700




RM5
1,520,846,300
304,169,260




RM10
4,396,568,600
439,656,860




RM20
1,571,208,700
78,560,435




RM50
35,276,662,500
705,533,250




RM100
25,742,054,000
257,420,540




RM500
74,807,500
149,615




RM1,000
24,750,000
24,750




Jumlah
70,593,621,030
3,708,655,440









numiscat.blogspot.com



Angka di atas termasuk kesemua siri dan denominasi yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia termasuk untuk jenis wang kertas yang telah dinyahwangkan seperti RM500 dan RM1000)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...