Klik Untuk Berita Asal |
- Adakah ianya wang palsu? Bukan!
- Adakah pihak bank menolak untuk menerimanya? Tidak dan dijamin BNM!
- Adakah wartawan telah merujuk kepada pihak BNM sebelum menulis berita ini? Pembaca tekalah sendiri.
- Apa yang membuatkan ianya dijadikan isu? Hanya wartawan sahaja mampu menjawap!
"Wang Pelik" yang dimaksudkan dalam berita berkenaan sebenarnya adalah wang asli yang telah tertanggal Jalur holografik (HOLOGRAPHIC STRIPE) iaitu salah satu ciri keselamatannya. Ini bukan "specis pelik" mahupun wang cacat (Error Banknote) tetapi adalah salah satu "mangsa penderaan pengguna".
Sepatutnya pihak media ambil kesempatan ini untuk mendidik pengguna melalui tulisan mereka tentang perkara-perkara berikut :
- Cara-cara penjagaan wang dengan betul.
- Senaraikan duit-duit yang hilang kelayakan untuk berada di dalam edaran.
- Tindakan yang perlu diambil jika pengguna termiliki jenis wang tersebut.
Saya kesal dan merasa pelik kenapa perkara ini dijadikan isu sedangkan jaminan pihak BNM bahawa kesemua jenis mata wang asli keluaran BNM yang telah hilang kelayakan untuk berada di dalam edaran boleh ditukarkan di mana-mana bank perdagangan atau di cawangan BNM.
Berita seperti di ataslah salah satu faktor kepada kewujudan sejumlah bakal orang kaya dalam dunia fantasi yang terus dilamun mimpi indah. Sayangnya mereka tidak sedar hakikat bahawa mereka telah menawarkan diri mereka menjadi "badut numismatik" bukan hanya di mata numismatis tempatan mala pada pandangan numismatis dunia juga.
Berikut adalah jaminan pihak Bank Negara Malaysia :