Prefix pilihan adalah prefix terpilih yang biasanya menjadi pilihan para pengumpul duit kertas. Banyak kisah dan sejarah sebenarnya tersembunyi di sebalik prefix wang kertas secara amnya. Para pengumpul yang telah lama di dalam hobi ini dan memburu koleksi prefix mereka biasanya hanya menamakan prefix untuk maksudkan tahun atau masa sesuatu kejadian tertertentu sesama rakan pengumpul lain.
Berikut adalah senarai prefix yang menjadi koleksi para pengumpul duit kertas.
Prefix Pertama adalah prefix awal yang digunakan untuk memulakan sesuatu denominasi bagi siri wang kertas tersebut. Prefix pertama hanya akan wujud sekiranya denominasi bagi siri wang kertas tersebut dicetak menggunakan lebih dari 1 prefix. Sekiranya ianya melibatkan hanya satu prefix sahaja maka ianya adalah Prefix Tunggal.
Prefix Terakhir adalah prefix yang digunakan untuk mengakhiri siri atau denominasi wang kertas tersebut.
Prefix Pertama & Terakhir bagi Pencetak
Apabila sesuatu denominasi dicetak oleh pencetak (printer) berbeza di dalam siri yang sama, maka prefix Pertama dan prefix terakhir akan digunakan untuk membezakan set yang telah dicetak oleh pencetak.
Berikut adalah contoh di mana denominasi RM10 siri 6 dan siri 7 telah dicetak oleh pencetak berbeza bagi setiap siri.
RM10 Siri 6 telah dicetak oleh dua pencetak berbeza, maka Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak TDLR adalah PR dan VM. Manakala Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak BABN adalah VM dan VR. Di mana prefix VM adalah prefix kesinambungan (cross over).
RM10 siri 7 juga telah dicetak oleh dua pencetak berbeza. Jadi Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak FCO adalah VR dan YR. Manakala Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak G&D adalah VV dan WK. Di mana prefix VV dan WK adalah prefix kesinambungan (cross over).
RM10 siri 7 juga telah dicetak oleh dua pencetak berbeza. Jadi Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak FCO adalah VR dan YR. Manakala Prefix Pertama dan terakhir bagi pencetak G&D adalah VV dan WK. Di mana prefix VV dan WK adalah prefix kesinambungan (cross over).
- Memiliki kecacatan
- Tidak memenuhi ciri atau kualiti untuk diedarkan
- Hilang sebahagian
- Koyak dan sebagainya
Sebagai contoh, sekiranya pihak BNM mendapati terdapat 1 juta keping RM1 yang telah rosak dan berjaya dikembalikan pada mereka, maka BNM akan hapuskan 1 juta wang kertas yang rosak tersebut dan akan mencetak wang kertas baru sebagai gantian. Wang kertas gantian tersebut akan dicetak dengan prefix berbeza berbanding prefix biasa agar mudah bagi pihak BNM untuk membuat rekod dan kajian berkait jumlah wang kertas yang telah digantikan untuk sesuatu denominasi atau siri.
Berikut adalah Prefix Pertama, Terakhir dan Gantian (FLR) mengikut denominasi bagi siri 1 hingga ke siri 10.
- Prefix Tunggal (Only Prefix)
Prefix tunggal adalah prefix di mana sesuatu denominasi wang kertas hanya dicetak dan diedarkan dengan hanya 1 prefix sahaja. Salah satu contoh prefix tunggal adalah denominasi RM1 siri ke 10 era Ali Abul Hassan. Ianya hanya wujud dengan prefix CR maka RM1 AAH hanya wujud dengan prefix tunggal.
Berikut adalah Prefix Pertama, Terakhir dan Gantian (FLR) mengikut denominasi bagi siri 1 hingga ke siri 10.
Prefix Pertama, Terakhir & Gantian bagi Siri 1-Siri 10 | ||||||||||||||
numiscat.blogspot.com | ||||||||||||||
Gabenor | Ismail Md Ali | Aziz Taha | Jaffar | Ahmad Don | Ali Abul Hassan | |||||||||
Siri Gabenor | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | ||||
Tahun | 1967 | 1972 | 1976 | 1981 | 1984 | 1985 | 1995 | 1996 | 1999 | |||||
Siri BNM | Siri 1 Geomatrik | Artefak Budaya | Siri 3 Wawasan 2020 | |||||||||||
Perbezaan | O & SA | U & SE | Tiada $ + corak lain | Tanda tangan | Centre | Side | Side | Centre | ||||||
RM 1 | A/1 | D/4 | E/55 | L/70 | AA | CA | - | - | CR | |||||
D/3 | E/54 | L/69 | Q/34 | BZ | HJ | |||||||||
Z/1 | Z/1 | BA | BA | |||||||||||
RM 2 | - | - | - | - | AA | DF | DJ | |||||||
DF | DJ | DY | ||||||||||||
ZA-ZC | ZD | - | ||||||||||||
RM 5 | A/1 | A/45 | A/71 | B/19 | NA | NE | PW | - | - | AA | ||||
A/45 | A/70 | B/18 | B/30 | ND | PW | QW | AM | |||||||
Z/1 | NZ | NZ | NZ | ZA | ||||||||||
RM 10 | A/1 | B/85 | E/1 | F/51 | PA | PR | VR | AA | AW | CA | ||||
B/84 | D/99 | E/50 | G/21 | PQ | VR | YR | AV | BF | CX | |||||
Z/1 | Z/1-Z/4 | X/1 | QA | QA | QA | ZA | ZA | ZA | ||||||
RM 20 | - | - | TA | TF | - | - | ||||||||
TE | TH | |||||||||||||
- | UZ | |||||||||||||
RM 50 | A/1 | A/26 | A/66 | B/66 | VA | VP | ZY | AA | BG | BJ | ||||
A/25 | A/65 | B/65 | B/99 | VN | ZY | CA | BG | BJ | EB | |||||
Z/1 | Z/1 | X/1 | X1 | WA | WA | WA | ZA | ZA | ZA | |||||
RM 100 | A/1 | A/4 | A/11 | A/25 | ZA | ZD | AG | AA | AF | AL | ||||
A/3 | A/10 | A/25 | A/30 | ZC | AG | AM | AE | AK | AR | |||||
Z1 | X1 | ZZ | ZU | ZU | ZA | ZA | ZA | |||||||
RM 500 | - | - | ZV | ZV | ZW | - | - | |||||||
ZX | ||||||||||||||
RM 1000 | A/1 | A/1 | A/1 | - | ZY | ZY | ZY | - | - | |||||
ZA | ||||||||||||||
ZZ | ZZ | ZZ | ||||||||||||
Prefix Tunggal | Prefix Pertama | Prefix Terakhir | Prefix Gantian | |||||||||||
numiscat.blogspot.com | ||||||||||||||
Sila hubingi saya sekiranya ada kesilapan atau terlepas sesuatu berkait dta di atas untuk diperbetulkan.
- Prefix Kesinambungan (Prefix CrossOver)
'Prefix Kesinambungan' adalah nama yang saya berikan kepada Prefix CrossOver.
Prefix jenis ini terjadi apabila prefix bagi sesuatu denominasi wang kertas dicetak oleh dua pencetak berbeza.
Pencetak A (printer A) akan mencetak sebahagian daripada prefix tersebut. Selebihnya akan disambung percetakannya oleh Pencetak B (Printer B). Di mana akan terjadi kesinambungan (crossover) pencetakan daripada A ke B melibatkan prefix sama.
Terdapat dua jenis Prefix Kesinambungan, iaitu:
Terdapat dua jenis Prefix Kesinambungan, iaitu:
- Siri Sama (melibatkan denominasi dan siri sama)
- Siri Berbeza (melibatkan denominasi sama tetapi siri berbeza)
Prefix Cross Over bagi RM10 siri 6 & siri 7 |
Siri Sama
Prefix Kesinambungan VM (siri 6 Jaffar) dan VV & WK (siri 7 Ahmad Don) adalah prefix yang dicetak oleh dua pencetak di dalam siri yang sama.
Pencetak TDLR mencetak sebahagian dari Prefix VM dan selebihnya dicetak oleh pencetak BABN.
Pencetak FCO mencetak sebahagian dari prefix VV & WK dan selebihnya dicetak oleh pencetak G&D.
Note : Prefix WK yang dicetak oleh FCO memiliki abjad 'WK' yang besar dan lebar berbanding 'WK' yang dicetak oleh D&G |
Siri Berbeza
Prefix VR (siri 6 Jaffar) dan Prefix VR (siri 7 Ahmad Don) adalah prefix yang melibatkan siri berbeza dan dicetak oleh pencetak berbeza.
Pencetak BAB mencetak Prefix Terakhir VR bagi siri 6 dan Prefix Pertama VR Siri 7 pula dicetak oleh pencetak FCO.
Prefix VR (siri 6 Jaffar) dan Prefix VR (siri 7 Ahmad Don) adalah prefix yang melibatkan siri berbeza dan dicetak oleh pencetak berbeza.
Pencetak BAB mencetak Prefix Terakhir VR bagi siri 6 dan Prefix Pertama VR Siri 7 pula dicetak oleh pencetak FCO.
- Prefix Naik Tanga (Ladder Prefix)
Prefix Naik tanga hanya akan terjadi apabila prefix tersebut memiliki lebih dari 2 abjad dan ianya berturutan.
Contoh : AB dan ABC
- Prefix Penuh (Solid prefix)
Prefix Penuh adalah prefix yang memiliki 2 atau lebih abjad yang sama.
Contoh : AA, BB, CC, DD, AAA
Contoh : AA, BB, CC, DD, AAA