MYB09: Wang Kertas Siri 9 1999


1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

MYB
09
Wang Kertas Malaysia Siri 9
9th Series Malaysia Banknote
1999
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
Gabenor ke 6 | 6th Governor


Senarai Denominasi, Tahun diedarkan dan perbezaan

1999
1999
1999
1999
RM2
RM10
RM50
RM100
Unggu Muda
Merah
Biru-kelabu
Unggu

Wang kertas siri 9 versi pengumpul bersamaan dengan siri ketiga versi BNM dengan reka bentuk corak, tema dan motif 100% sama berbanding siri sebelumnya. Satu-satunya perbezaan pada siri ini berbanding siri sebelumnya adalah tanda tangan gabenor sahaja.

Siri ini menggunakan simbol identiti RM (Ringgit Malaysia). Semua ciri keselamatan pada siri ini sama seperti siri sebelumnya.

Siri ini memilliki hanya 4 denominasi iaitu RM2, RM10, RM50 dan RM100 dan siri ini tidak memiliki denominasi RM5 seperti siri sebelumnya. Siri ini tidak memiliki wang kertas RM1 kerana denominasi RM1 masih wujud di dalam bentuk duit syiling. Duit syiling RM1 telah dihentikan penempaannya pada tahun 1996 dan digantikan dengan wang kertas RM2 sejak tahun 1996. Kewujudan duit syiling RM1 dan wang kertas RM2 adalah faktor kenapa denominasi RM5 tidak dicetak dan diedarkan di dalam siri ini.


Denominasi RM2 dan RM10 telah merasmikan siri ini dengan memasuki edaran pada bulan Januari 1999 dan diikuti oleh RM50 dan RM100 pada bulan Jun 1999.

Berikut adalah butiran penting pada siri ini dan perbezaan berbanding siri sebelumnya.


Ditanda tangani oleh gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (Tepi/Sisi)

Bahasa & Identiti
·         Bahasa Melayu
·         Tulisan Jawi bagi "Bank Negara Malaysia" dan denominasi wang kertas tersebut.
·         Identiti RM (Ringgit Malaysia) digantikan dengan simbol Dollar $

Tema

"Wawasan 2020" dengan menampilkan pembangunan ekonomi Malaysia dan pencapaian menjelang status negara maju sepenuhnya.

Motif
Setiap denominasi memiliki motif tersendiri seperti berikut,
·         RM   2  - Rangkaian Telekomunikasi Moden
·         RM 10  - Pengangkutan Moden
·         RM 50  - Sektor Perlombongan
·         RM100 - Sektor Pembuatan/Perkilangan

Nombor siri

·         Memiliki nombor siri jenis mendatar berwarna hitam dan jenis nombor siri menegak dan berwarna merah pada muka belakang.
·         Menggunakan jenis nombor kecil pada permulaan dan semakin membesar pada digit berikutnya (Novel Numbering) kecuali RM2 agar tidak mudah untuk dipalsukan.
·         Ianya mengandugi prefix jenis 2 abjab dan diikuti oleh 7 digit nombor. Ini bermaksud, setiap set prefix memiliki 10 juta nombor atau 10 juta keping wang kertas.

Kesan Kalimantang (Flurocent Effect)
Siri ini memiliki banyak kesan kalimantang agar ianya tidak mudah ditiru dan senang dikesan keasliannya apabila diperiksa dengan sinaran/ pancaran cahaya UV seperti berikut:
·         blok denominasi serta anjad BNM akan bersemarak
·         Nombor siri akan bersemarak
·         Serat keselamatan bersemarak dengan 3 warna iaitu merah, biru dan kuning.
·         Benang keselamatan yang tidak terlindung akan bersemarak
·         PEAK (Printed and Embossed Anti-Copy Key) akan bersemarak
·         Bunga Raya akan bersemarak
·         Beberapa corak di muka hadapan dan belakang turut bersemarak

Tera Air (Water mark)
·         (Water mark) Memiliki kawasan permukaan tera air yang cerah tanpa sebarang percetakan pada kedua-dua permukaan.
·         Tera Air Potret Agong dan  denominasi wang kertas

Benang Keselamatan (Silver Security Thread)
Memiliki benang keselamatan pada bahagian belakang dan berwarna perak kelihatan terputus-putus (Intermittent) pada permukaan. Benang keselamatan ini memiliki lubang berbentuk abjad mikro "BNM"  diikuti nombor mewakili setiap denominasi Contoh: BNM RM 100. Ciri keselamatan ini jelas kelihatan apabila kita menghalakan wang kertas bertentangan dengan sebarang cahaya terang.

Jalur Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
Ianya telah dicetak dengan abjad "BNM" dan denominasi dengan identiti "RM". Warna elemen ini akan berubah apabila sudut penglihatan diubah. Holografik LEAD tidak terdapat pada RM2.
.
Ciri Tanda Sentuhan @ Tanda Buta  (Braille Feature)
Siri ini memiliki ciri tanda sentuhan (tanda buta) bagi mereka yang cacat penglihatan mampu mengesan melalui sentuhan. Ianya diwujudkan dengan suatu lapisan dakwat khas dengan corak timbul (Intaglio) di bahagian hadapan (hujung kanan sebelah atas) seperti berikut:
·         RM   2  - 1 unit berbentuk bulat
·         RM  10 - 3 unit berbentuk bulat
·         RM  50 - 2 unit berbentuk wajik
·         RM100 - 3 unit berbentuk wajik

Ciri Keselamatan Tambahan
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key)
Apabila mengubah sudut penglihatan dengan mengalihkan wang kertas, denominasi akan kelihatan pada bahagian tengah blok PEAK. Apabila melihat bertentangan dengan sebarang cahaya terang, terdapat beberapa bentuk (tanpa sebarang cetakan) akan kelihatan berwarna kerana bentuk berwarna yang kelihatan telah ditempatkan 100% tepat di bahagian belakang. Kesan sama juga akan terjadi pada imej Bunga Raya.

Ciri Anti Pengimbas/Penyalin (Anti-Scanner/Copier Features)
Ciri ini terdapat pada beberapa kawasan pada wang kertas di mana reka bentuknya tidak mampu dikesan dan disalin dengan penggunaan peranti pengimbas atau penyalin.

Tulisan Mikro (Micro-Letterings)
Siri wang kertas ini memiliki beberapa kawasan pada kedua muka dengan tulisan mikro yang hanya kelihatan dengan bantuan kanta pembesar.

Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings)
Tulisan mikro berbentuk kotak segi empat yang membentuk 2 segi tiga dengan berlainan warna mampu dirasai dengan sentuhan. Corak yang membentuk abjad "BNM" ini sebenarnya telah dibentuk oleh tulisan mikro (denominasi wang kertas) secara berulang dan hanya mampu dilihat dengan bantuan kanta pembesar. Kotak ini akan bersemarak apabila dipancarkan dengan cahaya UV.

Tulisan Mikro Latar Belakang (Background Micro-Letterings)
Terdapat beberapa kawasan pada wang kertas telah menampakan warna kertas dengan seakan sesuatu corak tetapi sekiranya dilihat dengan bantuan kanta pembesar, ianya adalah tulisan mikro "BNM" yang berulang.

Cetakan Intaglio  (Intaglio Print)
Cetakan intaglio memiliki kesan cetakan timbul dengan suatu lapisan yang menggunakan dakwat khas agar cetakannya mampu dikesan dengan sentuhan. Jenis cetakan ini telah digunakan untuk mencetak potret Agong, angka denominasi, elemen perhiasan dan perkataan " BANK NEGARA MALAYSIA "




Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 1 unit Tanda Buta  (1 unit of Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
DUA RINGGIT (Two Ringgit) | 2 , RM 2
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Dua Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Two Ringgit in Jawi lattering) | 2 , RM 2
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Rangkaian telekomunikasi moden pada puncak Menara Kuala Lumpur dan Sistem MEASAT
(Modern Telecommunication Network. Kuala Lumpur Tower and MEASAT (Malaysia East Asia Satellite))

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 2
Saiz
Size
130mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
Jan 1999
MYB
0902
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
DF
DF
Pertama | First

2
DG
DG
Kedua | Second
3
DH
DH
Ketiga | Third
L
DJ
DJ
Terakhir | Last
R
ZD
ZD
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 3 unit Tanda Buta (3 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SEPULUH RINGGIT (Ten Ringgit) | 10 , RM 10
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Sepuluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Ten Ringgit in Jawi lattering) | 10 , RM 10
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Rangkaian Pengankutan moden bagi udara, darat dan laut. Ianya diwakili oleh Kapal terbang MAS, Sistem LRT, Sistem perhubungan jalan raya dua hala dan Kapal kontena MISC.
(modern transportation by air, land and sea. This is represented by Malaysia Airlines' aircraft, Light Rail Transit System's train, two way road system and Malaysia International Shipping Corporation's container vessel)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 10
Saiz
Size
140mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
Jun 1999
MYB
0910
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AW
AW
Pertama | First

N
AX
BE
Normal
L
BF
BF
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 2 unit Tanda Buta (2 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
LIMA PULUH RINGGIT (Fifty Ringgit) | 5 , RM 50
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Lima Puluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Fifty Ringgit in Jawi lattering) | 5 , RM 50
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor perlombongan. Ianya diwakili oleh pelantar gerudi minyak berserta dengan injap kawalan kepala telaga. Imej paip minyak dijadikan latar belakang sebagai simbolik yang bermaksud cabang industri minyak yang banyak.
(Mining sector. This is represented by a central oil drilling platform together with wellhead control valves. In the background are images of oil pipes - symbolic of the many branches of the oil industry.)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 50
Saiz
Size
145mm X 69mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
Jun 1999
MYB
0950
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
BG 970
BG 999
Pertama | First

C
BH 000
BH 999
Tengah | Centre
L
BJ000
BJ
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 3 unit Tanda Buta (3 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SERATUS RINGGIT (One Hundred Ringgit) | 100 , RM 100
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Seratus Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and One Hindred Ringgit in Jawi lattering) | 100 , RM 100
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor pembuatan. Ianya diwakili oleh tertib pengeluaran kereta dan enjin kereta Proton.
(Manufacturing sector. This is represented by a car production line and a Proton car engine. )

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 100
Saiz
Size
150mm X 83mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
Jun 1999
MYB
091H
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AF
AF
Pertama | First

2
AG
AG
Kedua | Second
3
AH
AH
Ketiga | Third
4
AJ
AJ
Keempat | Fourth
L
AK
AK
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement

PENTING

Kesemua 4 denominasi siri ini menggunakan simbol/Identiti RM (Ringgit Malaysia).
Penggunaan Identiti RM (RINGGIT MALAYSIA) hanya wujud pada tahun 1996 (Siri Wawasan). Kesemua denominasi wang kertas siri ini tidak memiliki nama pencetak.

Semua data berkait Prefix dan nombor siri adalah sekadar rujukan dan panduan. Ianya adalah bagi tujuan kajian dan pendidikan sahaja. Sekiranya ada sebarang kesilapan atau sesuatu yang terlepas daripada senarai, tolong hubungi kami untuk membetulkannya.

1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...