Awalan atau Prefiks (Prefix)
Prefix dan Nombor Siri pada wang kertas/polymer keluaran BNM adalah nombor berdaftar bagi setiap kepingan wang yang dicetak. Ianya berbeza-beza dan tidak sama sekali boleh wujud prefix dan nombor siri sama pada dua keping wang kertas. Sekiranya wujud itu bermaksud salah satu dari 2 keping tersebut adalah bukan asli (palsu). Setiap keping wang kertas/polimer keluaran BNM akan bermula dengan Prefix dan diikuti dengan No Siri. Prefix bagi wang kertas dan polymer edaran keluaran BNM memiliki 3 jenis prefix iaitu:-
- Prefix campuran 1 abjad dan 2 digit nombor (A/1, B/22, Z/1)
- Prefix 2 abjad (AA, AB, ZA)
- Prefix 3 abjad (AAA, ABC, ZAA)
Prefix campuran 1 abjad dan 1 digit nombor (A/1) adalah prefix terawal yang diguna pakai sejak wang kertas siri pertama dikeluarkan ketika era Gabenor ke 2 Tun Ismail bin Mohamed Ali. Wang kertas keluaran BNM bermula dengan prefix campuran 1 abjad dan 2 digit nombor di mana ketika itu setiap set memiliki 1 juta nombor iaitu bernombor 000001 hingga 1000000 (satu hingga satu juta).
Prefix campuran 2 abjad dan 2 digit nombor (KL/98) adalah prefix istimewa dan hanya kelihatan pada wang polymer peringatan Sukan Komenwell 1998 berdenominasi RM50. Prefix campuran 2 abjad dan 2 digit nombor tersebut dikeluarkan semasa wang kertas edaran siri ke 8 era Gabenor ke 5 iaitu Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don. Setelah membuat pencarian saya mendapati, wang peringatan RM50 polymer sempena sukan Komenwel 1998 bukan wang sah (not legal tender).
Prefix 2 abjad (AA) tanpa campuran nombor mula diperkenalkan pada wang kertas keluaran BNM siri ke 5 ketika era Gabenor ke 3 iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Taha. Setiap set memiliki 10 juta nombor iaitu bernombor siri 0000001 hingga 10000000 (satu hingga sepuluh juta).
Prefix 3 abjad (AAA) mula diperkenalkan pada era Gabenor ke 7 iaitu Tan Seri Dato' Seri Dr.Zeti Akhtar Aziz. Setiap set memiliki 10 juta nombor iaitu bernombor siri 0000001 hingga 10000000 (satu hingga sepuluh juta).
Prefix terdiri daripada abjad A hingga Z dan dan nombor 1 hingga 99. Abjad I dan O tidak digunakan untuk mengelak sebarang kekeliruan.
Anda boleh membaca lebih lanjut berkait Prefix Pilihan di sini.