MYB08: Wang Kertas Siri 8 1996-1998



1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

MYB
08
Wang Kertas Malaysia Siri 8
8th Series Malaysia Banknote
1996
1998
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don
Gabenor ke 5 | 5th Governor


Senarai Denominasi, Tahun diedarkan dan perbezaan

1996
1997
1998
1998
RM2
$10
$50
$100
Unggu Muda
Merah
Biru-kelabu
Unggu

Wang kertas siri 8 versi pengumpul bersamaan dengan siri ketiga versi BNM dengan reka bentuk, corak, tema dan motif 100% baru dan berbeza berbanding siri sebelumnya.

Perbezaan yang paling ketara adalah siri ini merupakan siri pertama yang merasmikan mata wang Malaysia dengan memiliki identiti RM (Ringgit Malaysia) setelah 31 tahun Malaysia menggunakan simbol dollar $. Selain dari itu siri ini diselitkan dengan banyak ciri-ciri keselamatan mengikut perkembangan teknologi semasa dan seiring dengan kemajuan canggih agar tidak mudah untuk dipalsukan.

Siri ini memilliki hanya   4 denominasi iaitu RM2, RM10, RM50 dan RM100. Siri ini tidak memiliki denominasi RM5, RM500 dan RM1000 berbanding siri sebelumnya. 

Siri ini tidak memiliki wang kertas $1 kerana denominasi $1 masih dikeluarkan di dalam bentuk duit syiling sejak tahun 1989. Namun duit syiling RM1 telah dihentikan penggeluarannya pada tahun 1996 dan digantikan dengan wang kertas RM2. Situasi ini menjadi faktor kenapa tiada denominasi RM1 ketika era TS Ahmad Mohd Don. Kewujudan duit syiling RM1 dan wang kertas RM2 adalah faktor kenapa denominasi RM5 tidak dicetak dan diedarkan di dalam siri ini.


Ketika siri ini mula diedarkan, denominasi $500 dan $1000 masih wujud dan terus dikeluarkan tetapi dengan corak dan reka bentuk siri lama (Artefak Budaya). Namun Denominasi $500 dan $1000 telah dihentikan pengeluaran pada tahun 1998 atas faktor keselamatan dan mengawal aliran keluar mata wang Malaysia ke luar negara. Ianya adalah sebab kenapa siri ini tidak memiliki kedua-dua denominasi terbesar di dalam edaran dan kedua-dua denominasi tersebut telah dinyahwangkan pada 1hb Julai 1999.

RM2 merasmikan siri ini dengan memasuki edaran pada 5 Februari 1996 dan diikuti oleh RM10 pada tahun 1997. Seterusnya RM50 dan RM100 secara berperingkat pada tahun 1998.

Berikut adalah butiran penting pada siri ini dan perbezaan berbanding siri sebelumnya.


Ditanda tangani oleh gabenor Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Tepi/Sisi)

Bahasa & Identiti
·         Bahasa Melayu
·         Tulisan Jawi bagi "Bank Negara Malaysia" dan denominasi wang kertas tersebut.
·         Identiti RM (Ringgit Malaysia) digantikan dengan simbol Dollar $

Tema

"Wawasan 2020" dengan menampilkan pembangunan ekonomi Malaysia dan pencapaian menjelang status negara maju sepenuhnya.

Motif
Setiap denominasi memiliki motif tersendiri seperti berikut,
·         RM   2  - Rangkaian Telekomunikasi Moden
·         RM 10  - Pengangkutan Moden
·         RM 50  - Sektor Perlombongan
·         RM100 - Sektor Pembuatan/Perkilangan

Nombor siri
Memiliki nombor siri jenis mendatar berwarna hitam dan jenis nombor siri menegak dan berwarna merah pada muka belakang.
Menggunakan jenis nombor kecil pada permulaan dan semakin membesar pada digit berikutnya (Novel Numbering) kecuali RM2 agar tidak mudah untuk dipalsukan.
Ianya mengandugi prefix jenis 2 abjab dan diikuti oleh 7 digit nombor. Ini bermaksud, setiap set prefix memiliki 10 juta nombor atau 10 juta keping wang kertas.

Kesan Kalimantang (Flurocent Effect)
Siri ini memiliki banyak kesan kalimantang agar ianya tidak mudah ditiru dan senang dikesan keasliannya apabila diperiksa dengan sinaran/ pancaran cahaya UV seperti berikut:
·         blok denominasi serta anjad BNM akan bersemarak
·         Nombor siri akan bersemarak
·         Serat keselamatan bersemarak dengan 3 warna iaitu merah, biru dan kuning.
·         Benang keselamatan yang tidak terlindung akan bersemarak
·         PEAK (Printed and Embossed Anti-Copy Key) akan bersemarak
·         Bunga Raya akan bersemarak
·         Beberapa corak di muka hadapan dan belakang turut bersemarak

Tera Air (Water mark)
·         (Water mark) Memiliki kawasan permukaan tera air yang cerah tanpa sebarang percetakan pada kedua-dua permukaan.
·         Tera Air Potret Agong dan  denominasi wang kertas

Benang Keselamatan (Silver Security Thread)
Memiliki benang keselamatan pada bahagian belakang dan berwarna perak kelihatan terputus-putus (Intermittent) pada permukaan. Benang keselamatan ini memiliki lubang berbentuk abjad mikro "BNM"  diikuti nombor mewakili setiap denominasi Contoh: BNM RM 100. Ciri keselamatan ini jelas kelihatan apabila kita menghalakan wang kertas bertentangan dengan sebarang cahaya terang.

Jalur Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
Ianya telah dicetak dengan abjad "BNM" dan denominasi dengan identiti "RM". Warna elemen ini akan berubah apabila sudut penglihatan diubah. Holografik LEAD tidak terdapat pada RM2.
.
Ciri Tanda Sentuhan @ Tanda Buta  (Braille Feature)
Siri ini memiliki ciri tanda sentuhan (tanda buta) bagi mereka yang cacat penglihatan mampu mengesan melalui sentuhan. Ianya diwujudkan dengan suatu lapisan dakwat khas dengan corak timbul (Intaglio) di bahagian hadapan (hujung kanan sebelah atas) seperti berikut:
·         RM   2  - 1 unit berbentuk bulat
·         RM  10 - 3 unit berbentuk bulat
·         RM  50 - 2 unit berbentuk wajik
·         RM100 - 3 unit berbentuk wajik

Ciri Keselamatan Tambahan
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key)
Apabila mengubah sudut penglihatan dengan mengalihkan wang kertas, denominasi akan kelihatan pada bahagian tengah blok PEAK. Apabila melihat bertentangan dengan sebarang cahaya terang, terdapat beberapa bentuk (tanpa sebarang cetakan) akan kelihatan berwarna kerana bentuk berwarna yang kelihatan telah ditempatkan 100% tepat di bahagian belakang. Kesan sama juga akan terjadi pada imej Bunga Raya.

Ciri Anti Pengimbas/Penyalin (Anti-Scanner/Copier Features)
Ciri ini terdapat pada beberapa kawasan pada wang kertas di mana reka bentuknya tidak mampu dikesan dan disalin dengan penggunaan peranti pengimbas atau penyalin.

Tulisan Mikro (Micro-Letterings)
Siri wang kertas ini memiliki beberapa kawasan pada kedua muka dengan tulisan mikro yang hanya kelihatan dengan bantuan kanta pembesar.

Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings)
Tulisan mikro berbentuk kotak segi empat yang membentuk 2 segi tiga dengan berlainan warna mampu dirasai dengan sentuhan. Corak yang membentuk abjad "BNM" ini sebenarnya telah dibentuk oleh tulisan mikro (denominasi wang kertas) secara berulang dan hanya mampu dilihat dengan bantuan kanta pembesar. Kotak ini akan bersemarak apabila dipancarkan dengan cahaya UV.

Tulisan Mikro Latar Belakang (Background Micro-Letterings)
Terdapat beberapa kawasan pada wang kertas telah menampakan warna kertas dengan seakan sesuatu corak tetapi sekiranya dilihat dengan bantuan kanta pembesar, ianya adalah tulisan mikro "BNM" yang berulang.

Cetakan Intaglio  (Intaglio Print)
Cetakan intaglio memiliki kesan cetakan timbul dengan suatu lapisan yang menggunakan dakwat khas agar cetakannya mampu dikesan dengan sentuhan. Jenis cetakan ini telah digunakan untuk mencetak potret Agong, angka denominasi, elemen perhiasan dan perkataan " BANK NEGARA MALAYSIA "




Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 1 unit Tanda Buta  (1 unit of Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
DUA RINGGIT (Two Ringgit) | 2 , RM 2
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Dua Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Two Ringgit in Jawi lattering) | 2 , RM 2
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Rangkaian telekomunikasi moden pada puncak Menara Kuala Lumpur dan Satelit MEASAT
(Modern telecommunication network. Kuala Lumpur Tower and MEASAT Satelit)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 2
Saiz
Size
130mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
5 Feb 1996
MYB
0802
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AA
AA
Pertama | First

N
AB
DE
Normal
L
DF
DF
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement
R2
ZB
ZB
R3
ZC
ZC

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 3 unit Tanda Buta (3 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SEPULUH RINGGIT (Ten Ringgit) | 10 , RM 10
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Sepuluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Ten Ringgit in Jawi lattering) | 10 , RM 10
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Rangkaian Pengankutan moden bagi udara, darat dan laut. Ianya diwakili oleh Kapal terbang MAS, Sistem LRT, Sistem perhubungan jalan raya dua hala dan Kapal kontena MISC.
(modern transportation by air, land and sea. This is represented by Malaysia Airlines' aircraft, Light Rail Transit System's train, two way road system and Malaysia International Shipping Corporation's container vessel)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 10
Saiz
Size
140mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
19 Jan 1998
MYB
0810
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AA
AA
Pertama | First

N
AB
AU
Normal
L
AV
AV
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 2 unit Tanda Buta (2 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
LIMA PULUH RINGGIT (Fifty Ringgit) | 5 , RM 50
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Lima Puluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Fifty Ringgit in Jawi lattering) | 5 , RM 50
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor perlombongan. Ianya diwakili oleh pelantar gerudi minyak berserta dengan injap kawalan kepala telaga. Imej paip minyak dijadikan latar belakang sebagai simbolik yang bermaksud cabang industri minyak yang banyak.
(Mining sector. This is represented by a central oil drilling platform together with wellhead control valves. In the background are images of oil pipes - symbolic of the many branches of the oil industry.)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 50
Saiz
Size
145mm X 69mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
20 Jul 1998
MYB
0850
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AA
AA
Pertama | First

N
AB
AZ
Normal
BA
BF
L
BG
BG
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement


Wang Kertas Peringatan RM50  | Sukan Komanwel XVI, KL'98
RM50 Commemorate Banknote | XVI Commonwealth Games, KL'98


Bank Negara Malaysia telah kerjasama dengan 'Sukom Ninety Eight Berhad' untuk mengeluarkan wang polimer RM50 untuk memperingati Sukan Komanwel XVI, Kuala Lumpur 1998. Ianya merupakan wang polimer  pertama yang diterbitkan di Malaysia. Ianya adalah wang sah.
(Bank Negara Malaysia in co-operation with Sukom Ninety Eight Berhad has issued a new RM50 note to commemorate the Kuala Lumpur 1998, XVI Commonwealth Games. This banknote is the first polymer banknote to be issued in Malaysia. This banknote is a legal tender)

Sebanyak 500,000 set dikeluarkan (dalam folder) | 500,000 Set in folder
No siri : KL/98 000001 hingga KL/98 500000 | Seriel Numbers: KL/98 000001 to KL/98 500000
Dijual pada harga RM80/set | Sold @ RM80/set

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia) | 2 unit Tanda Buta (2 units of  Braille Feature)
Potret Agong  dengan "Optical Variable Device" (OVD) berwarna keemasan pada tingkap lut sinar
(Gold-coloured Optical Variable Device (OVD) with the portrait of the Agong)
Logo Bank Negara Malaysia pada tingkap lut sinar (Central Bank of Malaysia's Logo on transparent window)
WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
LIMA PULUH RINGGIT (Fifty Ringgit) | 5 , RM 50
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)
Pencakar langkit di ibu negara, Menara KLCC dan Menara KL 
(Kuala Lumpur city skyline with prominent landmarks)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Peta perhubungan Multimedia Super Corridor ke KLCC, Cyberjaya dan KLIA2.
(Multimedia Super Corridor connecting Kuala Lumpur City Centre to Putrajaya, Cyberjaya and the new Kuala Lumpur International Airport.)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Lima Puluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
Logo Sukan Komanwel XVI, Kuala Lumpur 1998 (Kuala Lumpur 1998, XVI Commonwealth Games 's Logo)
(Central Bank of Malaysia and Fifty Ringgit in Jawi lattering) | 5 , RM 50
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
National Stadium in Bukit Jalil (Bukit Jalil National Stadium)

SPESIFIKASI TEKNIKAL untuk Wang Peringatan RM50
Technical Specification  for RM50 Commemorate Banknote
RM 50
Saiz
Size
152mm X 76mm
Substrat
Substrate
POLIMER
POLYMER
1 Jun 1998
MYCB
0850
PPEFIX
Prefiks Tunggal | Only Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
KL/98 00
KL/98 09
100k Pertama | First 100k
NPA AUSTRALIA

Wang Kertas Peringatan
Commemorate Banknote
2
KL/98 10
KL/98 19
100k Kedua | Secaond 100k
3
KL/98 20
KL/98 29
100k Ketiga | Third 100k
4
KL/98 30
KL/98 39
100k Keempat | Fourth 100k
L
KL/98 40
KL/98 49
100k Terakhir | Last 100k

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 3 unit Tanda Buta (3 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SERATUS RINGGIT (One Hundred Ringgit) | 100 , RM 100
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Seratus Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and One Hindred Ringgit in Jawi lattering) | 100 , RM 100
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor pembuatan. Ianya diwakili oleh tertib pengeluaran kereta dan enjin kereta Proton.
(Manufacturing sector. This is represented by a car production line and a Proton car engine. )

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 100
Saiz
Size
150mm X 83mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
26 Okt 1998
MYB
081H
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AA
AA
Pertama | First

2
AB
AB
Kedua | Second
3
AC
AC
Ketiga | Third
4
AD
AD
Keempat | Fourth
L
AE
AE
Terakhir | Last
R
ZA
ZA
Gantian | Replacement

PENTING
Kesemua 4 denominasi siri ini menggunakan simbol/Identiti RM (Ringgit Malaysia).
Penggunaan Identiti RM (RINGGIT MALAYSIA) hanya wujud pada tahun 1996 (Siri Wawasan). Kesemua denominasi wang kertas siri ini tidak memiliki nama pencetak.
Semua data berkait Prefix dan nombor siri adalah sekadar rujukan dan panduan. Ianya adalah bagi tujuan kajian dan pendidikan sahaja. Sekiranya ada sebarang kesilapan atau sesuatu yang terlepas daripada senarai, tolong hubungi kami untuk membetulkannya.

1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...