Salah satu pengetahuan asas yang
perlu ada pada semua numismatis tempatan ialah mengenali gabenor BNM dan tanda
tangan mereka. Ini penting sebab kesemua wang kertas keluaran BNM memiliki
tanda tangan gebenor ketika ianya dicetak.
Dato' Muhammad bin Ibrahim |
Sudah pasti semua numismatis
tempatan meneka dan menunggu untuk melihat tanda tangan Dato' Muhammad bin Ibrahim, gebenor baru dan yang ke 8 Bank Negara
Malaysia.
Pada 16hb Mei 2016,
syiling peringatan 50 Tahun Yayasan Sabah telah mula dijual kepada umum dan
acara tersebut telah mencatat beberapa sejarah dan kenangannya tersendiri.
Salah satu sejarah yang perlu dipertengahkan adalah tanda tangan gebenor baru telah
merasmikan dunia numismatik di dalam sijil pengesahan syiling peringatan tersebut.
Maka dengan rasminya boleh diumumkan
bahawa syiling peringatan 50 Tahun Yayasan Sabah telah menjadi mata wang (sijil
pengesahan) pertama yang memiliki tanda tangan gabenor ke 8 BNM Dato' Muhammad bin Ibrahim.
Tanda tangan Dato' Muhammad bin Ibrahim nampaknya agak panjang tetapi 'simple'
dan mampu dibaca dengan mudah. Secara peribadi saya merasakan perkataan 'bin'
menarik perhatian saya. Keunikan kewujudan 'bin' bukan hanya menjadi
keistimewaan tanda tangan ini mala telah membantu menjadikan tanda tangan ini
yang terpanjang di antara gebenor-gebenor BNM sebelum ini.
Nampaknya syiling peringatan
telah membantu para numismatis untuk mengenali tanda tangan Dato' Muhammad bin Ibrahim seawal bulan
Mei 2016 dan sudah pasti semua sedang menunggu kemunculan wang kertas pertama
dengan tanda tangan ber'bin' kan?
Kami meramalkan wang kertas
dengan tanda tangan Dato' Muhammad bin Ibrahim mungkin akan mula diedarkan seawal bulan Januari 2017 atau selewatnya pada Jun 2017. Jika
ramalan ini tepat maka kita perlu menunggu hampir 8 hingga 13 bulan lagi untuk melihat
tanda tangan MbI pada wang kertas.
Harap-harap ramalan ini tepat atau hampir tepat agar semua pengumpul memiliki masa secukupnya untuk menabung duit demi mampu
memiliki Last Prefix Zeti dan 1st Prefix MbI.
Ramalan tidak semestinya menjadi
kenyataan, sebagai contoh saya meramalkan syiling peringatan 50 tahun Yayasan
Sabah akan memiliki tanda tangan Dr.Zeti tetapi pihak BNM tidak ingin melihat
kisah RM1 AAH berulang kembali. Ini membuktikan pihak BNM tidak ingin mengulangi sebarang kesilapan lampau.
Ini sudah pasti berpihak kepada BNM dan gabenor baru dengan menyakinkan para numismatis Malaysia yang sentiasa inginkan yang terbaik dan lebih perhatian daripada pihak BNM. Semoga dunia dan aktiviti numismatik Malaysia akan terus maju di bawah pengurusan gabenor ke lapan Dato' Muhammad bin Ibrahim.
Ini sudah pasti berpihak kepada BNM dan gabenor baru dengan menyakinkan para numismatis Malaysia yang sentiasa inginkan yang terbaik dan lebih perhatian daripada pihak BNM. Semoga dunia dan aktiviti numismatik Malaysia akan terus maju di bawah pengurusan gabenor ke lapan Dato' Muhammad bin Ibrahim.
Such a pity a knowledgeable banker with calibre had to resign but we all know he had to submit to the greed and evil of the then PM. Had he resigned earlier as a mark of protest to the rubbish purchase of trx land using the central bank's funds, he would hv been reinstated by the new government.
BalasPadam