Mungkin
ramai masih mempersoalkan tentang pengeluaran syiling peringatan
100 Tahun Persatuan Pandu Puteri untuk kali kedua kan? Sekiranya benar, di sini kami akan kongsi
perkara yang berkaitan dengan syiling peringatan tersebut agar ianya mampu memperbezakan
antara kedua-dua '100 tahun' yang dimaksudkan.
Syiling
tahun 2012 untuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri SEDUNIA dan
Syiling tahun 2016 untuk Persatuan Pandu Puteri MALAYSIA.
Syiling tahun 2016 untuk Persatuan Pandu Puteri MALAYSIA.
Bank
Negara Malayasia dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Malaysia pernah
mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada
29hb Mei 2012.
Setelah 4
tahun, Bank Negara Malaysia mengeluarkan satu lagi syiling peringatan bersempena
dengan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 28hb Mei 2016.
Sama
tetapi tidak serupa
Persamaan
- Telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
- BNM mengeluarkan 2 jenis syiling iaitu Perak dan Emas Nordic.
- Memiliki Logo PPPM di bahagian belakang.
- Dilancarkan pada hujung bulan Mei (29hb Mei & 28hb Mei)
Perbezaan
- Pelancaran di Ipoh vs Langkawi
- Gabenor berbeza, Zeti vs MI
- Syiling Perak vs Perak berwarna
- Tanpa Tahun vs Bertahun
Kelebihan & Kelainan
Syiling
peringatan 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia tidak memiliki tarikh atau tahun pada
reka bentuknya. Ini menjadikannya syiling peringatan yang unik dan satu-satunya
syiling peringatan keluaran BNM tanpa tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan