Senarai syiling peringatan tahun 2016 |
Duit syiling peringatan 50 Tahun Yayasan Sabah telah dilancarkan dan dijual kepada umum pada 16 Mei 2016. Biarpun syiling ini adalah syiling peringatan yang ketiga bagi tahun 2016 namun perjalanan sejarah syiling peringatan Malaysia pernah melalui musim kemarau tanpa sebarang pengeluaran bagi tahun-tahun berikut :
1968 | 1970
1973 | 1974 | 1975
1978 | 1983 | 1988 | 1991
1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998
Pengumpul duit syiling peringatan pernah menunggu dan terus menanti selama 3 tahun (1973 hingga 1975) serta 6 tahun (1993 hingga 1998) berturut-turut untuk melihat syiling peringatan baru keluaran BNM untuk menghiasi koleksi mereka.
Penantian dan kemarau seperti itu tidak lagi terjadi sejak Dr.Zeti menduduki kerusi gabenor pada tahun 2000. Ketika di era Dr.Zeti, BNM mengeluarkan sekurang-kurangnya 1 keping syiling peringatan bagi setiap tahun.
Catatan minimum 1 keping hingga 4 keping syiling peringatan bagi setiap tahun selama 16 tahun membuktikan pengurusan Dr.Zeti sentiasa peka kepada pembangunan dan kemajuan numismatik Malaysia.
Sepanjang 16 tahun tersebut, para pengumpul pernah berdepan dengan kesukaran lebih hebat berbanding tahun 2016 dengan pengeluaran selang sebulan.
Ya benar, ini bukan kali pertama pihak BNM mengeluarkan duit syiling peringatan dengan kadar singkat diantara dua pengeluaran.
Berikut adalah senarai tahun yang memiliki pengeluaran syiling peringatan oleh BNM dengan kadar cepat dan singkat (kurang 2 bulan).
Tarikh
|
Syiling Peringatan
|
30 Sep 2003
|
|
03 Okt 2003
|
|
31 Mei 2008
|
|
24 Jun 2008
|
|
08 Feb 2009
|
|
13 Apr 2009
|
|
27 Apr 2009
|
|
01 Okt 2010
|
|
15 Okt 2010
|
|
02 Sep 2013
|
|
17 Sep 2013
|
|
29 Feb 2016
06 Mar 2016
|
|
25 Apr 2016
|
|
16 Mei 2016
|
Kami berharap senarai di atas mampu menenangkan jiwa dan kuatkan semangat pendatang baru mahupun pengumpul lama untuk terus cekal di dalam mengharungi cabaran dan ujian sebagai pengumpul duit syiling peringatan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan