Sebagai seorang pengumpul duit syiling sudah pasti kita tertarik dan meminati duit syiling. Meminati duit syiling belum tentu dapat menyedarkan seseorang bagaimana untuk menyayangi duit syiling tersebut. Ini kerana meminati dan menyayangi adalah dua perkara yang berbeza.
Perasaan minatlah yang biasanya memaksa kita untuk melakukan beberapa kesilapan pada peringkat awal ketika kita mengelarkan diri kita sebagai pengumpul. Seterusnya perasaan sayanglah bakal menyedarkan kita akan kesilapan lampau terhadap numismatik.

5 KESILAPAN yang sering dilakukan oleh semua pendatang baru sebenarnya terjadi disebabkan oleh faktor kurang pendedahan dan pengetahuan berkait numismatik ketika 2 tahun pertama bergelar pengumpul duit lama. Berikut adalah senarainya.
1) Kumpulkan Ilmu sebelum kumpulkan item
Jadikanlah 2 tahun pertama anda di dalam numismatik bagi tujuan mendapatkan kenalan, guru dan ilmu berkait numismatik. Pada awal 2 tahun ini jangan habiskan duit dengan membeli item mahal yang kononnya rare, disebaliknya usahakan sendiri agar mampu mendapatkan item dengan nilai muka atau 'issued price' sahaja.
Sebenarnya banyak item-item baru yang sedang menjadi mahal dan rare. Jika anda sedar dan usahakan dari awal pengeluarannya, ianya pasti dapat dimiliki untuk nilai muka atau dengan harga murah.
Habiskan lebih masa, tenaga dan duit anda di dalam pencarian ilmu pengetahuan dan kenalan numismatik. Pastikan anda habiskan duit untuk mendapatkan buku-buku rujukan dan tulisan-tulisan berkait numismatik tempatan. Sediakan budget minimum 2 buku atau RM50-RM100 setahun bagi bahan rujukan berkait numismatik pada peringkat awal.
Anda tidak mungkin mampu bertahan di dalam dunia numismatik tanpa mendalami dan menjiwai numismatik itu sendiri. Anda harus mencari jawapan untuk soalan mengapa dan kenapa sesuatu item itu cukup bermakna bagi diri anda dan apakah sejarah disebaliknya.
Sasaran koleksi adalah salah satu faktor penting di dalam numismatik. Tanpa pengetahuan dan ilmu numismatik, anda tidak akan tahu apakah yang wujud di dalam pasaran untuk dijadikan bahan koleksi.
Menetapkan sasaran koleksi sebelum memulakan aktiviti pengumpulan adalah cara betul di dalam numismatik. Sekiranya anda tidak memiliki sasaran koleksi maka anda akan sesat dengan mengumpulkan koleksi yang tidak lengkap dan kemungkinan besar anda akan membazirkan duit dengan membeli item yang tidak sepatutnya.
Jangan sesekali anda cuba memiliki sesuatu item hanya kerana semua pengumpul otai memilikinya atau memburunya. Item-item rare dan mahal tidak dapat memberikan anda pangkat "otai numismatik'. Hanya ilmu dan pengetahuan serta pengalaman sahaja mampu melayakan seseorang itu disegani di dalam dunia numismatik.
Sesungguhnya dunia numismatik Malaysia adalah sangat luas dan banyak bahagiannya masih belum diterokai oleh para numismatis.
Klik di sini untuk menbaca berkait maklumat asas numismatik yang pernah ditulis oleh kami sebelum ini.
2) Mencuci atau membersihkan duit syiling

Hentikan sebelum terlambat kerana perbuatan anda akan merosakan duit syiling tersebut dengan menghilangkan 'toning' semulajadi dan akan menghauskan/melarutkan satu lapisan nipis pada kedua permukaan. Kerosakan seperti ini bakal menghilangkan nilai numismatik sehingga 50% atau lebih bagi sesuatu duit syiling.
Duit syiling kelihatan kotor, lama, pudar, berlainan toning atau tidak kilat; seharusnya disimpan seperti seadanya tanpa sebarang cubaan yang merugikan. Ini kerana keaslian duit syiling hanya mampu diabadikan dengan kekalkan lapisan teratas pada kedua muka duit tersebut. Sebarang cubaan mencuci dan memberishkan bakal merosakan lapisan tersebut dan hilangkan kelayakan untuk ianya digelar sebagai 'ASLI'.
Kebanyakan duit syiling yang biasa menjadi mangsa adalah daripada komposisi tembaga, gangsa atau campurannya di mana warnanya kemerahan dan kekuningan seperti 20 sen dan 50 sen siri ketiga.
Kebanyakan duit syiling yang biasa menjadi mangsa adalah daripada komposisi tembaga, gangsa atau campurannya di mana warnanya kemerahan dan kekuningan seperti 20 sen dan 50 sen siri ketiga.
20 sen atau 50 sen tahun 2016 yang berkilat tanpa sebarang calar yang baru keluar daripada kilang sepatutnya memiliki kondisi UNC. Jika syiling ini disimpan di dalam tabung buluh dan dibiarkan untuk 10 tahun, ianya tetap akan memiliki kondisi UNC biarpun warnanya telah menjadi gelap kecokletan tanpa sebarang kilauan.
Bayangkan apa akan jadi sekiranya anak anda terjumpa dan tercuci syiling tersebut dengan cuka dan serbuk penaik lalu dikilatkan dengan sabun dynamo berberuskan dawai tembaga. Kondisi yang sepatutnya MS62 mungkin sudah menjadi EF. Harga yang sepatutnya RM100 kini hanya akan laku untuk RM30. Adakah anda jenis suka menipu kondisi dan tidak mahu mengaku sekiranya duit syiling itu pernah dicuci ?
Seorang numismatis mestilah sentiasa jujur dan sentiasa bertanggungjawap di dalam setiap aktivitinya berkait numismatik. Membuat kesilapan adalah perkara biasa, mengakui kesilapan serta bersedia untuk memperbetulkan kesilapan tersebut adalah perkara luar biasa yang perlu dimiliki oleh semua numismatis.

3) Mata wang dijadikan bahan perhiasan
Duit syiling dijadikan bahan perhiasan diri seperti rantai leher, loket, rantai tangan dan sebaginya. Senario ini biasanya dipengharuhi sifat kesenian yang kreatif.
Duit syiling akan digandingkan dengan gam gajah, cat minyak, soldering, drill dan akhirnya sekeping duit syiling yang memiliki nilai muka dan nilai numismatik akan menjadi sekeping logam yang hanya memiliki nilai lebur sahaja.
Pastikan anda telah simpan stok berguni sebelum merosakan sekeping duit syiling. Pastikan juga syiling yang bakal dirosakan itu tidak terdiri daripada keydate dan error coin. Jangan menyesal setelah drill lobang pada 10 sen 1971.
Dahulu saya kerap melipat wang kertas RM5 siri 5 dan 6 menjadi daun dan digandingkan dengan syiling RM1 keris sebagai buahnya. Tahukah anda nilai numismatik bagi RM5 siri 5 dengan kondisi UNC sekarang?
4) Kajian sains dengan mata wang
Duit syiling dijadikan bahan uji kaji sains. Mata wang diuji kaji agar ianya mampu diubah dari bentuk asal kepada sesuatu yang lebih menarik dan berbeza dengan yang biasa.
Contohnya duit syiling tembaga diubah menjadi kelihatan seperti syiling perak atau emas dengan tindak balas bahan kimia.
Nombor siri atau tanda tangan gabenor wang kertas RM1 polimer dihilangkan dengan bahan kimia. Menukar warna dakwat wang kertas dengan tindak balas bahan kimia atau menghilangkan sesuatu cetakan daripada wang kertas.
Mata wang yang telah melalui aktiviti uji kaji seperti tersebut tidak akan memiliki sebarang nilai numismatik dan hanya akan memiliki status mata wang rosak atau PMJ (Post Mint Job).
5) Bukan semua duit lama memiliki nilai pelaburan
Sekiranya anda menghabiskan duit untuk membeli sesuatu duit syiling atau wang kertas dengan tujuan untuk melengkapkan koleksi atau sekadar mengisi hobi, itu tidak mengapa. Jangan sesekali anda habiskan wang anda bagi tujuan pelaburan tanpa mengetahui potensi pulangannya.
percayalah, tiada cara pintas untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Jangan sesekali anda fikir duit anda mampu memberikan pulangan tinggi pada kadar singkat tanpa sebarang pengetahuan dan kajian rapi. Jika anda jenis berfikiran seperti itu maka ramai akan mangsakan anda dengan mudah.
Tahun 2013 dan 2014 boleh dikatakan lembah beruntung bagi semua pengumpul dan penjual sebab harga pasaran serta permintaan berada pada paras tertinggi. Bayangkan duit syiling 50 Sen 1995 VF boleh dijual pada harga RM45. Syiling peringatan Shah Alam pernah melepasi paras RM600. Wang kertas RM50 AAH sign tepi prefix BH kondisi VF melepasi paras RM150.
Cuba fikirkan nasib mereka-mereka yang telah membeli dengan harga sebegitu pada tahun 2014 atas nama pelaburan. Hari ini 50 Sen 1995 hanya RM10 sahaja. Syiling peringatan Shah Alam hanya RM60 sahaja. Kebanyakan wang kertas hanya berbeza beberapa ringgit sahaja dari nilai mukanya.

Ramai telah menikmati keuntungan berlipat kali ganda dengan hobi numismatik dan tidak kurang hebatnya juga dengan mereka yang mengalami kerugian di dalam numismatik.
Pastikan anda sedar dan faham kenapa dan mengapa anda membelanjakan setiap ringgit anda di dalam dunia numismatik. Jangan sesekali membayar untuk membeli 'kerugian'.
Sesungguhnya semua peniaga/penjual inginkan keuntungan dan adakalanya mereka akan 'berlakon' dan tinggalkankan kita tanpa sebarang pilihan selain dari membayar harga terlalu tinggi. Jika itu terjadi maka anda terpaksa menunggu 5 hingga 15 tahun lagi untuk mendapatkan balik modal anda. Kesilapan seperti inilah bakal mengecewakan pendatang baru dan 'give-up' sebelum mengenali dunia dan pasaran numismatik.
Anda boleh mendapatkan maklumat seperti ini di dalam tulisan dan perkongsian pengumpul lama. Rajin-rajinlah membaca tulisan mereka di laman blog atau laman web mereka. Sesungguhnya semua itu ditulis dengan harapan mampu sedarkan dan selamatkan anda dari terus dihayutkan arus kesesakan yang mampu merugikan.
Klik di sini untuk mengetahui berkait "10 Kesilapan Pelabur Syiling Peringatan"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan