27 Februari 2016

Wang kertas di dalam Edaran pada 31hb Disember 2015


Sebelum ini saya telah menulis berkait duit syiling di dalam edaran pada 31hb Disember 2015. Kali ini saya akan berkongsi berkait data dan maklumat berkait wang kertas pula seperti yang dijanjikan sebelum ini..

Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada 31hb Disember 2015.



Jumlah Wang Kertas di dalam edaran pada 
31 Disember 2015
Denominasi
Ringgit Malaysia
RM1
2,033,222,208
RM2
126,278,708
RM5
1,734,761,810
RM10
4,890,933,840
RM20
2,074,433,380
RM50
40,570,543,300
RM100
33,810,520,000
RM500
74,759,500
RM1000
24,494,000
Jumlah RM
85,339,946,746
(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. Biarpun begitu, masih terdapat sebanyak RM74.76 juta wang kertas denominasi RM500 dan 24.49 juta Ringgit wang kertas RM1000 di dalam edaran yang masih belum dikembalikan pada pihak Bank Negara Malaysia. 

Angka di atas menunjukan ada sedikit penurunan bagi jumlah wang kertas RM500 dan RM1000. Ini bermaksud  32 keping RM1000 dan 36 keping RM500 telah dikembalikan kepada pihak Bank Negara Malaysia sepanjang tahun 2015. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...