Seperti tahun lepas, kami ingin berkongsi fakta dan angka berkait duit syiling yang berada di dalam edaran.
Bank Negara Malaysia merupakan badan induk yang diberi kuasa penuh untuk mengeluarkan mata wang sah dan berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di dalam edaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2015.
Duit Syiling di dalam edaran pada 31 Disember 2015.
| ||
Denominasi
|
Juta RM
|
Keterangan
|
1 Sen
|
43,346,075
|
Keluaran sejak 1967-2007
|
5 Sen
|
173,143,080
|
Termasuk Siri 1,2,3
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.
|
10 Sen
|
677,029,751
| |
20 Sen
|
868,096,754
| |
50 Sen
|
947,588,689
| |
RM 1
|
32,679,842
|
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
|
RM 5
|
9,716,295
| |
RM10
|
2,980,180
|
Keluaran sejak 15 Disember 1976
|
RM15
|
1,423,200
|
Keluaran sejak 19 Januari 1976
|
RM25
|
14,878,155
|
Keluaran RM20 sejak 19 Januari 1976 & RM25 sejak 19 Januari 1976
|
RM100
|
12,278,825
|
Keluaran sejak 27 Januari 1969
|
RM200
|
12,774,850
|
Keluaran sejak 15 Disember 1976
|
RM250
|
8,390,500
|
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
|
RM500
|
13,158,000
|
Keluaran sejak 19 Januari 1976
|
Total
|
2,817,484,196
|
Ringgit
|
Tahun 2015 2.8b Ringgit
Tahun 2014 2.6b Ringgit
Tahun 2014 2.6b Ringgit
Sebanyak 200 Juta Ringgit telah memenuhi edaran dan pasaran Malaysia dalam bentuk duit syiling pada tahun 2015. Kemungkinan besar, sebahagian daripada 200 juta ringgit tersebut telah tersimpan di dalam tabung dan album pengumpul duit syiling.
Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.
** Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah wangkan dan tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.
Ramai pengguna/rakyat Malaysia tidak tahu atau tidak sedar hakikat bahawa denominasi terbesar bagi duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah bernilai RM500 dan Malaysia juga memiliki denominasi 15 Ringgit, 25 Ringgit dan 25 SEN (Quarter Ringgit ).
Saya akan menulis berkait jumlah wang kertas di dalam edaran bagi tahun berakhir 31hb Desember 2015 dalam masa terdekat.
RM10 seri No ZB7206488
BalasPadam